Bahagian isi ayam atau disebut fillet ni kurang digemari kerana rasanya sedikit hambar bebanding bahagian peha, drummet dan drumstick. Tapi dengan sedikit olahan resipi kepingan isi ayam iaitu bahagian dada boleh dijadikan sajian yang lazat.
Kredit foto : iStock
Bagi mereka yang mahu berdiet tanpa lemak, isi ayam bahagian dada pastinya menjadi pilihan pola makanan sihat. Disebabkan ia tidak mengandungi lemak maka rasanya agar kurang berperisa berbanding daging ayam bahagian paha atas atau bawah.
Agar rasanya lebih enak ada pelbagai cara mengolahnya. Pertama dengan cara dikukus. Biarkan kulit ayam melekat pada potongan dagingnya. Perap dengan parutan bawang putih, garam dan serbuk lada hitam sehingga kukus hingga matang.
Bila nak makan siang kulit ayam, atau biarkan daging ayam berendam perencah selama 30 minit kemudian panggang dalam oven panas hingga empuk. Angkat, tanggalkan kulit ayam, sangat enak dijadikan campuran salad.
Jika ingin rasa lebih enak, siang kulit dada ayam, rendam potongan daging dada ayam dengan bawang bombay dan parutan bawang, kicap soya dan sedikit gula, garam dan lada hitam. Setelah satu jam bakar atau panggang.
Sapukan sedikit minyak sayur agar rasa daging ayam lebih berperisa. Ayam panggang sedap dinikmati dengan salad atau nasi.
Daging dada ayam terutama lebih cepat empuk dibandingkan dengan daging paha.
Jika ingin lebih cepat masak , potong-potong fillet ayam melintang serat kasar-kasar atau dicincang kasar.
Sumber : food,detik.com
Ni ada dua resipi filet ayam yang mudah. Kesukaan anak-anak, sesuai untuk masakan dapur si bujang juga
FILET AYAM GORENG RANGUP
RESIPI PERTAMA :
Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji telur
serbuk roti
sedikit garam
sedikit lada sulah
serbuk perasa ayam
minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya
1. Ayam di potong-potong dan di bersihkan dengan tepung gandum, buat fillet ayam. Bilas dan toskan.Tumbuk halia dan bawang putih.
2. Satukan ayam dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, lada sulah, garam dan perasa.
3. Perap seketika di dalam peti sejuk.
4. Bila masa untuk menggoreng ,pukul telur. Ambil ayam tadi dan celupkan ke dalam telur, kemudian gaul atau lumurkan dengan serbuk roti.
5. Goreng hingga keemasan.
RESEPI KEDUA – FILET AYAM GORENG RANGPU
BAHAN-BAHAN :
2 belah dada ayam
lada sulah secukupnya
tepung goreng ayam (adabi atau apa-apa jenama tepung serbaguna segera)
telur ayam | di pukul sedikit
Cara membuatnya
1. Basuh dada ayam dan toskan. Buat filet ayam.
2. Renjiskan dengan sedikit serbuk lada sulah.
3. Panaskan minyak banyak dan salut filet ayam dengan telur dan kemudian tepung goreng ayam.
4. Goreng sehingga berwarna keemasan.
5. Semasa menghidang potong kecil-kecil.
Kredit : Resepi Ummi
Via FB : Dapur Chef