
Daun-daunan herba seperti daun pandan, daun limau purut, daun selasih, daun bay, daun kari dan sebagainya pasti menjadi stok di dalam peti ais bukan? Jika ada stok di rumah, memang mudahkan kerja-kerja memasak. Namun jika disimpan terlalu lama, daun-daun herba ini akan rosak dan menjadi kering.
Untuk menyimpan dengan lebih lama, ada cara yang boleh dicuba. Petua yang anda boleh amalkan adalah bersihkan daun-daun herba kemudian lap hingga kering. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk beku. Apabila hendak menggunakannya, barulah anda keluarkan dan masukkan ke dalam masakan anda. Dengan cara ini, daun-daunan herba anda dapat disimpan lebih tahan lama malah rasanya tetap sama seperti yang segar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini 4 Tip Bubur Pulut Hitam Masak Sempurna & Tidak Berjelatah!

Bubur pulut hitam yang anda masak tidak sempurna seperti diharapkan walaupun sudah menggunakan beras pulut yang baik dan santan yang segar. Jangan risau ini ada tip mudah yang boleh membantu menyelesaikan masalah Bubur Pulut Hitam yang masih berjelatah (keras) dan cair.
Diharapkan dengan tip mudah Bubur Pulut Hitam anda menjadi lebih lembut, pekat dan lemak manis seperti yang diharapkan:-

1.Pilih Beras Pulut Hitam Kualiti.
Beras pulut hitam yang keras, halus dan bewarna hitam pekat adalah yang terbaik. Semakin keras dan hitam pulut, semakin tinggi kandungan kanjinya. Sebaiknya, cuci bersih beras pulut hitam sebelum direbus.
2 Rendam Pulut Semalaman
Agar pulut hitam masak sempurna dan tidak tidak berjelatah semasa di rebus, anda perlu rendam dahulu pulut hitam sekurang-kurangnya enam jam atau semalaman sebaik-baiknya. Dengan cara ini tekstur pulut lebih mudah lembut dan proses memasak menjadi cepat dari biasa..

3. Sentiasa Kacau Bubur Semasa Di Masak
Setelah pulut yang anda rebus kembang sekata, masukkan bahan campuran seperti santan, gula, daun pandan dan sedikit garam. Anda perlu sentiasa kacau bubur untuk mengelakkan ia berkerak atau melekat pada periuk. Jika terlalu pekat tambah santan jika terlalu pekat
4. Tambahkan Tepung Jagung Jika Terlalu Cair
Selepas santan dimasukkan dalam bubur masih cair, anda boleh tambahkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kecilkan api dan masukkan dalam bubur dan terus kacau rata hingga kuah menjadi pekat seperti diinginkan.
Ini Perbezaan Bihun & Suhun, Korang Boleh Baca Supaya Tak Keliru.

Pernah keliru tak nak bezakan mana satu bihun dan mana satu suhun? Sebab dua bahan ini secara padangan mata kasar bentuk dan warna macam sama, hakikat sebenarnya ia adalah dua bahan yang berbeza. Malah kedua-duanya dibuat dari bahan yang berbeza, tekstur dan cara memasak juga tidak sama. Nak tau apa perbezaannya, baca hingga habis info ini.
Bahan Asas
Bihun sejenis mi halus yang dibuat dari tepung beras, ia juga disebut sebagai Mihun. Ada juga bihun dibuat dari tepung jagung. Sedangkan suhun dibuat dari pati kacang hijau, tapi sekarang ada juga yang dihasilkan dari pati ubi kayu dan kentang.
Warna Tekstur & Rasa
Warna bihun putih kusam, teksturnya rapuh dan mudah patah semasa kering, tetapi selepas dimasak ia mengadi lembut dan sedikit kenyal. Sementara suhun berwarna putih jernih dan ia lebih liat dan tidak mudah patah walaupun dalam keadaan kering. Selepas dimasak teksturnya licin, menyerap air dan mudah putus, rasanya adalah tawar berbanding bihun.
Cara Memasak
Sebelum dimasak bihun cukup sekadar direndam air panas selama 2-3 minit kemudian ditoskan sebelum sedia dimasak. Atau boleh juga dicelur lebih kurang satu minit. Angkat dan tos. Atau boleh saja direndam air sejuk. Tetapi rendaman mestilah lebih lama. Sama dengan bihun, suhun juga perlu direndam dengan air panas tetapi masanya lebih lama (5-15 minit). Tetapi bila ditoskan suhun akan melekat satu sama lain. Oleh itu adalah lebih baik rendam suhun dalam air sejuk biasa dan tos hanya bila sedia dimasak.
Cara Simpan
Bihun yang sudah dimasak boleh bertahan satu hari jika disimpan pada suhu bilik, jika dimasukkan dalam peti sejuk ia bertahan 4-5 hari. Tetapi ia perlu disimpan dalam bekas bersih dan kedap udara. Jika dalam keadaan kering ia tahana lama jika disimpan dalam bekas kering dalam suhu bilik.Sementara suhun mesti disimpan dalam keadaan kering, jika basah ia tidak tahan disimpan lama. Suhun kering juga perlu disimpan dalam bekas kedap udara di tempat kering.
Diharapkan info ini boleh membantu anda membezakan dari padangan mata kasar, cara memasak dan menyimpan bihun dan suhun.
8 Cara Kurangkan Rasa Masin Kuah Kari Tanpa Perlu Tambah Air

Pernah tak tiba-tiba lauk kari anda terasa masin. Ini mesti gara-gara terlebih garam. Tapi jangan panik. Anda masih boleh kurangkan rasa masin kari tersebut tanpa perlu tambah air.
Bagi anda yang baru belajar memasak, garam seeloknya ditaburkan dengan cubitan jari untuk mengelakkan terlebih rasa. Jangan membazir, kalau ikut petua yang mudah ini pasti kari anda kembali lazat. Ia mampu menyerap rasa masin yang berlebihan itu. Selamat mencuba!
CARA KURANGKAN RASA MASIN KARI TANPA GUNA AIR
1. MASUKKAN HIRISAN KENTANG MENTAH

Hiriskan beberapa kentang mentah dan masukkan ke dalam kari anda. Hirisan kentang itu akan menyerap dan boleh mengurangkan rasa masin daripada garam yang berlebihan itu. Biarkan kentang dalam 20 minit dalam kari. Oh, jangan lupa pula membasuh dan mengupas kentang itu terlebih dahulu.
2. BUAT DOH TEPUNG

Buat bebola doh tepung dalam 2- 3 biji bergantung banyak mana kuah kari anda dan masukkan ke dalam kari. Ia boleh menyerap garam berlebihan itu. Hah, jangan lupa keluarkan bebola itu sebelum kari dihidangkan.
3. TAMBAHKAN KRIM SEGAR

Tambahkan krim segar untuk meneutralkan kesan garam. Ia akan menyebabkan kari lebih berkrim dan mengurangkan rasa garam yang berlebihan itu.
4. KENTANG REBUS

Anda boleh juga menambahkan kentang rebus di dalam kuah kari dan biarkan ia di dalam kuah kari itu. Ia juga boleh mengurangkan rasa masin.
5. GUNA DADIH
Tambahkan satu sudu makan dadih di dalam kari dan masakkan sekali dalam kari itu. Ia memberikan rasa yang ringan dan enak serta mengurangkan rasa masin.
6. SUSU SEIMBANGKAN RASA

Menambahkan susu juga mampu memberi kesan yang sama kerana ia juga berupaya mengurangkan jumlah garam yang dimasukkan kerana ia boleh meneutralkan kemasinan dan mengimbangkan rasa keseluruhan kari.
7. HIRISAN BAWANG BESAR

Anda boleh menambahkan bawang besar mentah atau pun yang telah digoreng. Kiranya anda mahu menambahkan bawang mentah, belah dua bawang itu. Masukkan ke dalam kari dan anda boleh mengeluarkannya selepas beberapa minit, ia juga satu bahan yang boleh menyerap lebihan garam.
Anda juga boleh menambah bawang besar yang digoreng yang boleh menambah perisa dan biarkan sahaja ia di dalam kari.
8. CUKA DAN GULA

Tambahkan satu sudu makan cuka bersama satu sudu makan gula, untuk menyeimbangkan rasanya. Rasa cuka yang masam dan gula yang manis, kedua dua bahan perasa itu akan membuarkan rasa kari lebih seimbang.
Jadi sekiranya anda terlebih tabur garam di dalam hidangan , jangan rasa kecewa, ingat petua genius ini sebelum anda ingin memasak semula.

