Cara Simpan Daun-Daun Herba Agar Tahan Lama & Masih Segar Walau Beli Lebih Dari Sebulan

Share

Masakan Melayu kaya dengan penggunaan bahan-bahan segar sebagai penambah rasa serta menyedapkan lagi hidangan. Malah sesetengah darinya adalah bahan penting dalam penghasilan kuih muih. Memang tak lengkap jika tidak menggunakannya.

Antara daun-daunan herba yang wajib ada ialah daun pandan, daun  kesum, daun limau purut, daun selasih, daun salam, daun kari

dan sebagainya. Sebab itulah orang tua dulu-dulu banyak tanam pokok-pokok ini di kawasan rumah.

Namun bagi golongan muda yang tinggal di bandar, agak susah nak bercucuk tanam lebih-lebih lagi jika kawasan yang ada tidak bersesuaian.  Pilihan yang ada hanyalah dengan membeli herba-herba ini. Namun jika disimpan terlalu lama, daun-daun herba ini akan rosak dan menjadi kering.

Bagi memastikan daun-daun herba ni kekal segar dengan lebih lama, ada cara yang boleh dicuba. Petua

yang anda boleh amalkan adalah:

  1. Bersihkan daun-daun herba kemudian lap hingga kering.
  2. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk beku.
  3. Apabila hendak menggunakannya, barulah anda keluarkan dan masukkan ke dalam masakan anda.

Dengan cara ini, daun-daunan herba anda dapat disimpan lebih tahan lama malah rasanya tetap sama seperti yang segar. Selamat mencuba!

 

Published by
Nur