Kesihatan

Cara Kenal Pasti Telur Yang Elok Atau Sudah Busuk. Letak Telur Dalam Air

Share

Baru beli telur tapi bila pecah telur rupanya sudah busuk. Mulalah kita was-was dengan kualiti telur yang lain.

Jadi macam mana nak kenal pasti antara telur yang elok dan busuk terutama bila kita beli dalam kuantiti yang banyak. Boleh lakukan ujian seperti dikongsi oleh @emilyxlevi.

In caranya;

1. Masukkan telur dalam bekas berisi air dan lihat tindak balasnya.

2. Jika telur yang dimasukkan dalam air terapung dipermukaan itu tandanya telur sudah lama dan busuk. Biasanya telur ni turut dipenuhi bitnik hitam.

3. Sekiranya telur tenggelam tapi dalam keadaan ‘menegak’ atau ”berdiri’ itu bermaksud telur sudah kurang segar. Ia masih boleh dimakan tapi perlu dihabiskan secepatnya.

4. Jika telur tenggelam di dasar dan dalam keadaan melintang itu bermakna telur segar.

 INFO

Keadaan tersebut berlaku disebabkan kadar ruang udara di dalam telur segar masih kecil.

Jika ruang udaranya semakin besar, maka telur tersebut telah kehilangan kandungan air di dalamnya.

Bagi memastikan telur boleh digunakan dalam jangka masa lama, anda digalakkan menyimpannya di dalam peti sejuk.

 

Published by
Rose