Cara Lengkap Masak Laksa Kuah Merah Terengganu

Share

Selain daripada laksa kuah lemak, ada juga yang meminati laksa kuah merah. Cara nak masak pun senang juga.

Resipi yang dikongsikan saudara Muliadi Ramli ini, bolehlah dicuba untuk dihidangkan buat keluarga.

LAKSA KUAH MERAH

BAHAN-BAHAN:

5kg laksa beras
2kg ikan selayang | direbus dan diambil isinya, kemudian dikisar halus (air rebusan jangan kerana digunakan dalam kuah laksa)

BAHAN KISAR HALUS:

3 biji bawang besar
12 biji bawang merah – beli online di sini
1 ½ inci halia – beli online di sini


½ inci kunyit hidup – beli online di sini
2 inci lengkuas – beli online di sini
1 pek cili boh –beli online di sini
4 biji kelapa (perah dan ambil santan)
½ keping gula melaka – beli online di sini
3 sudu besar kerisik – beli online di sini
Rempah 4 sekawan (untuk tumisan)
Rempah cap bunga rose
7 sudu besar rempah gulai
1 ½ sudu besar rempah masak
Garam secukupnya
Perasa
Ikan kering | digoreng dan dikisar halus (optional)
5 asam keping – beli online di sini
½ cawan kelapa parut kisar

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak. Masukkan rempah 4 sekawan, tumis sampai wangi.
2. Kemudian, masukkan cili boh. Tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan bahan kisar halus, tumis hingga pecah minyak.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Masukkan rempah cap bunga rose, kacau rata hingga sebati dan pecah minyak.
4. Masukkan air rebusan ikan. Biarkan mendidih. Masukkan santan dan kacau hingga pecah minyak.

5. Bila kuah dah cantik pecah minyak, masukkan isi ikan dan kacau rata.
6. Masukkan gula melaka, asam keping, ikan kering kisar, kelapa parut kisar dan kerisik. Juga garam,gula dan perasa secukupnya.
7. Renehkan sekurang-kurangnya satu jam untuk mendapatkan kuah yang cantik dan merah. Bila dah masak, tutup api.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

ULAM-ULAMAN:

Kacang panjang
Tauge
Daun kesom
Bunga kantan
Daun kemangin
Timun batang

*semuanya dipotong halus
*Sediakan cili hidup kisar (kalau suka pedas), belacan dan limau nipis untuk yang suka masam.

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff