Orang Malaysia sekarang ni ramai yang suka dengan pasta terutama golangan muda. Tapi kalau asyik makan pasta dengan sos balognes, kabonara, Aglio Olio atau sebarang sos berkrim, muak jugakan. Apa kata, korang cuba pulak jodohkan pasta dengan kuah citarasa tempatan atau senang cerita sesuai dengan tekak orang kita. Korang boleh cuba ni.

Cara Masak 3 Menu Pasta Sedap & Sesuai Dengan Tekak Orang Malaysia.
SUP MAKARONI DAGING BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:

  • 200gm makaroni | rebus dan tos
  • 200gm daging | rebus dan simpan airnya
  • 1/2 batang seleri
  • 3-4 biji padi | hiris
  • Sedikit hirisan daun bawang dan sup
  • 1 batang serai | titik
  • Rempah Penumis (kulit kayu manis, bunga lawang, & buah pelaga)
  • 1 sudu makan rempah sup
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu the serbuk lada sulah
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak untuk menumis

BAHAN Kisar:

Ads
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawag putih

CARA MEMASAK:
1. Hiris daging yang telah direbus nipis-nipis. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, rempah penumis dan bahan kisar hingga wangi.
3. Setelahnya masukkan campuran rempah sup dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
4. Tumis hingga pecah minyak, tambahkan air rebusan daging.
5. Jika tidak cukup kuah tambah sedikit air.
6. Setelah kuah sup mendidih, masukkan hirisan daging dengan hirisan batang seleri.
7. Perasakan dengan lada sulah, hirisan cili padi, garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
8. Masukkan makaroni yang telah direbus dalam mangkuk.
9. Tuangkan sup dalam mangkuk macaroni tadi.
10. Kemudian tabur hirisan daun bawang dan sup di atasnya.
11. Sup macaroni sedia dihidangkan.

Cara Masak 3 Menu Pasta Sedap & Sesuai Dengan Tekak Orang Malaysia.
FETTUCINE RENDANG DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:

  • 200 gm pasta fettucine | rebus dan tos
  • 150gm daging kisar
  • 200ml santan pekat
  • 1 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis

Bahan Kisar:

Ads
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 hirisan lengkuas
  • 2 hirisan halia
  • 3 batang serai

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Kemudian masukkan pes cili dan serbuk kunyit, terus kacau hingga timbul minyak.
3. Seterusnya masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
4. Masukkan pula santan, kacau rata dan biarkan mereneh seketika.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Bila kuah hampir pekat masukkan kerisik.
7. Kecilkan api dan terus kacah hingga kuah pekat dan timbul minyak.
8. Setelah cukup rasa. Tutup api.
9. Masukkan fettucine dalam pinggan dan hias di atasnya dengan kari daging kisar.
10. Sedia dihidangkan.

Cara Masak 3 Menu Pasta Sedap & Sesuai Dengan Tekak Orang Malaysia.
PASTA MASAM MANIS BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 200gm pasta | rebus & tos
  • 10-12 biji bebola daging
  • 150ml susu segar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 3-4 sudu makan minyak masak | untuk menumis

Bahan Kisar:

  • 3 biji cili merah
  • 1 biji tomato
  • 5 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan santan, sos cili dan tomato, kacau rata.
4. Masukkan bebola daging, kacau lagi.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan pasta dalam pinggan dan tuangkan kuahnya di atas pasta.
7. Pasta sedia dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI