Agar-Agar Santan Pandan atau dikenali juga sebagai agar-agar lumut memang sedap dan digemari ramai sehingga sekarang. Anda yang ingin mencuba, ini resipinya yang mudah diikuti, sukat guna cawan, kalau ikut cara yang betul ia gerenti menjadi, elok hasilnya dengan tekstor cantik berlumut, lebih lembut, tak mudah berair dan terbukti sedap ye. Selamat mencuba .

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
20gm agar-agar tali/ boleh guna serbuk agar-agar 11gm
4 cawan air
1 cawan gula
Sedikit gula batu
1 biji telur gred A
1 kotak santan kara 200ml + dengan 1 cawan air jadikan 2 cawan santan
1 cawan jus pandan | blend 4 – 5 helai daun pandan dengan 1 cawan air & tapiskan
Pewarna hijau epal dari star brand
Sedikit esen vanilla
Sedikit garam

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Masak agar-agar bersama air hingga larut agar-agar.
  2. Masukkan gula pasir dan gula batu, kacau rata.
  3. Tuangkan jus pandan ke dalamnya.
  4. Jika nampak pucat tanbah sedikit pewarna hijau epal dan kacau lagi.
  5. Pecah telur dalam santan, kacau sebati gunakan whisk.
  6. Tuang terus dalam periuk agar-agar tadi, tambah sedikit esen vanilla & sedikit garam. kacau seketika.
  7. Biarkan agar-agar mendidih membuak-buak sampai permukaan periuk.
  8. Tutup api dan tuangkan dalam loyang 8×8.
  9. Biarkan beku/sejuk.. nanti akan terbentuk 2 lapisan
  10. Simpan dalam peti sejuk 1 – 2 jam.. boleh potong ikut suka

Kredit : dapurkakzura

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI