Menu Asam Pedas Daging Tetel ni memang jadi kegemaran ramai. Padanannya cukup mudah. Nasi putih ditambah dengan ikan masin dan sambal belacan, sudah cukup untuk ‘mengoncang’ selera makan. Bagi anda yang nak masak untuk keluarga, resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni sangat sesuai dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI ASAM PEDAS DAGING TETEL

BAHAN-BAHAN:

  • 300-400gm daging tetel – rebus empuk
  • 2 biji bawang besar (*) – beli online DISINI
  • 3 ulas bawang putih (*) – beli online DISINI
  • 1 hiris halia (*) – beli online DISINI
  • 1 inci belacan (*) – beli online DISINI
  • Ketumbar (*) – beli online DISINI
  • Jintan manis (*) – beli online DISINI
  • Jintan putih (*) – beli online DISINI
  • Lada hitam (*) – beli online DISINI
  • Cili kering kisar – beli online DISINI
  • Kerisik – beli online DISINI
  • 2 batang serai dititik – beli online DISINI
  • Air asam jawa secukupnya – beli online DISINI
  • 1 genggam daun kesum – beli online DISINI
  • 3-4 helai daun limau purut – beli online DISINI
  • 1 sudu teh halba – beli online DISINI
  • Air
  • Minyak masak
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan-bahan bertanda (*) dan kisar halus.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali atau periuk. Masukkan halba.

3. Masukkan juga serai yang telah dititik. Goreng sebentar.

4. Seterusnya masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis seketika.

5. Masukkan cili kering kisar. Jumlahnya terpulang pada cita rasa masing-masing. Tumis selama 20 minit atau hingga pecah minyak.

IKLAN

6. Bahan tumisan perlu dimasak hingga pecah minyak. Jika tumis sekejap, rasa asam pedas akan jadi kurang enak.

7. Masukkan hirisan daging tetel yang telah direbus empuk.

8. Kemudian masukkan air. Jumlahnya bergantung kepada cita rasa masing-masing, sebanyak mana yang anda nak. Kacau rata.

9. Masukkan kerisik. Kacau lagi hingga sebati.

10. Masukkan juga air asam jawa. Jumlahnya agak-agak. Jika terlebih letak, kuah akan jadi terlebih masam. Jadi letaklah secukupnya.

11. Tambahkan daun kesum dan juga daun limau purut yang telah dibuang tulang tengahnya.

12. Bila kuah sudah mendidih, perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Ikut kesesuaian dengan selera masing-masing.

13. Renehkan asam pedas seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Rosni Musa

 

Nak beli BLENDER baru? Pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan jenama.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Sedap & Mudah. Resipi Kek Tapak Kuda Nutella Ni Kena Cuba

Cara Masak Asam Pedas Tenggiri Berempah Stail Orang Melaka

Resipi Ayam Pandan Thai. Sedap, Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Cara-Cara Buat Mayones Homemade Hanya Guna 5 Bahan.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official