Sedapnya menu Asam Pedas Tenggiri ni. Bagi yang teringin nak makan Asam Pedas yang sedap, tak perlu lagi pergi jauh ke Melaka. Anda boleh masak sendiri di rumah ikut resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni.
Asam Pedas Melaka ni ada macam-macam versi. Ada yang guna daun kari, daun kunyit, daun kesum dan bunga kantan. Semua resipi tersebut mengikut daerah masing-masing. Jadi jom cuba. Pasti anda suka dengan rasanya.
RESIPI ASAM PEDAS TENGGIRI BEREMPAH CARA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR LUMAT:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar halba hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar, cili giling, serai yang telah dititik dan serbuk kunyit.
3. Tumis semua bahan hingga pecah minyak.
4. Bila bahan tumis dah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan sedikit air. Jumlah air bergantung kepada banyak mana yang kita mahu.
5. Renihkan kuah seketika lalu masukkan bendi.
6. Kemudian masukkan pula daun kesom dan daun limau purut.
7. Bila bendi sudah separuh masak, masukkan ikan, garam dan serbuk perasa. Renihkan lagi hingga ikan masak.
8. Angkat dan boleh dihidangkan untuk keluarga tercinta.
Kredit resipi & foto: Rosni Musa
Nak beli KUALI NON STICK baru? Pilih DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official