
Menu Tiga Rasa ni memang antara hidangan yang jadi kegemaran ramai. Selain ikan, anda juga boleh menggunakan udang, sotong dan juga isi ayam. Rasanya yang tidak terlalu pedas juga menjadikan sajian ini sesuai dinikmati oleh anak-anak. Selamat mencuba!
AYAM 3 RASA CITARASA RESTORAN
BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi dada ayam | dihiris
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang putih
- 2 biji cili padi
- 1 biji cili merah besar
- 1 biji tomato | potong dadu
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos ikan
- Daun ketumbar untuk hiasan
- Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Kisarkan semua bahan bahan seperti bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah besar, tomoto.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar atas api sederhana hingga pecah minyak.
- Masukkan isi ayam yang telah dipotong. Kacau hingga ayam masak.
- Seterusnya, masukkan sos tiram, sos ikan gula dan garam secukup rasa.
- Angkat dan sebelum dihidangkan hias dengan hirisan daun ketumbar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Chicken Chop Rangup Tanpa Salut Tepung, Tak Guna Minyak


Selalu chicken chop yang salut tepung, kan? Kali ini, kita tunjuk cara buat yang kulit dia rangup, tanpa perlu salut tepung. Malah tak perlu pakai minyak langsung. Bahan pun sikit sahaja.
Menerusi perkongsian resipi daripada Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, dengan menggunakan bahan yang sikit sahaja, boleh menghasilkan menu chicken chop yang sangat sedap.
Jom kita cuba! Oh ya, resipi ini sesuai untuk dua orang makan.
CRISPY SKIN CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM GRAVY

BAHAN-BAHAN:
2 potong ayam (bahagian pinggul dan peha)
50-100ml krim masakan
5 biji cendawan – beli online di sini
1 sudu besar lada hitam – beli online di sini
1 ulas bawang putih – beli online di sini
1 sudu mentega – beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
TONTON Makan Di Mana Eps 15: Duduk Rumah Pun Boleh Layan Lauk Kenduri
CARA-CARA:
1. Ini bahagian paha dan pinggul ayam. Saya dah belah bahagian bawah (dalam) dan buang tulang dia. Kalau tak pandai buang, boleh suruh penjual ayam potong. Beritahu je “Bang, potong untuk chicken chop!”

2. Ni saya dah buang tulang di hujung paha tu sekali. Ayam ni kena lap dengam tisu supaya dia kurang basah. Lepas tu, tabur garam dan lada hitam secukup rasa.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

3. Panaskan kuali leper guna api sederhana selamat 1 minit. Paling sesuai kalau guna “cast iron skillet”. Kalau tak ada, boleh guna kuali yang stainless steel atau non-stick.
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]

4. Kemudian masukkan ayam. Kulit di bahagian bawah. Api sederhana. Tak payah guna minyak. Nanti lemak ayam akan cair dan jadi minyak. Proses ini dinamakan “fat rendering”.

5. Lemak yang cair tu akan turun* ke bawah dan sekeliling ayam. Ia akan kelihatan mengering. Jangan panik. Jangan cuba angkat ayam*. Pada waktu ni, kulit ayam sedang melekat pada kuali.

6. Teruskan masak. Biar sahaja. Proses ini memakan masa 20 minit. Sepanjang ini, guna api perlahan atau sederhana. Jangan risau, ayam tak akan hangus. Jangan risau pasal ayam melekat.

7. Setelah cukup 20 minit, baru periksa sama ada kulit ayam dah lekang dari kuali atau belum. Kalau belum, sambung lagi masak. Ayam akan lekang sendiri bila kulit dia dah cukup rangup.

8. Macam ni. Dia lekang sendiri. Kuis sikit dan angkat je. Mudah sahaja nak tanggalkan dari kuali. Masa ni kulit ayam saya dah rangup. Jadi macam keropok, tapi tak hangus pun walaupun masak selama 20 minit.

9. Terbalikkan, dan masak bahagian bawahnya pula. Ini ambil masa 1-2 minit sahaja. Kalau dah tak merah dagingnya, kira dah masak. Angkat dan rehatkan dalam pinggan.

10. Kerak ayam dalam kuali ni, kita nak buat jadi kuah. Masukkan bawang putih yang disagat dan mentega. Biar mentega cair dan tumis bawang putih dengannya sampai naik aroma.

11. Masukkan air 1-2 senduk, dan cuba kikis kerak ayam ni perlahan-lahan. Ia akan tanggal dengan mudah. Kerak inilah sumber rasa ayam yang padu! Tak payah guna serbuk perasa ayam dah.

12. Kemudian masukkan krim masakan. Gaul rata. Kalau tak ada krim masakan, boleh guna susu sejat atau susu segar. Tambah garam dan gula jika perlu. Ikut citarasa masing-masing.

13. Akhir sekali, masukkan cendawan yang telah dihiris. Gaul sebati. Boleh guna cendawan tin atau cendawan segar. Gunalah cendawan butang, cendawan portabello atau shiitake segar.

14. OK dah boleh hidang! Saya selalu letak kuah di bawah sebab tak nak kulit ayam yang rangup tu jadi lembut sebelum dimakan. Kulit rangup tu mahal. Boleh hidang dengan kentang goreng jika suka.

Kredit resipi: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Buat Bahan Kudapan Sendiri, Potato Chips Yang Nipis & Rangup
7 Tips Gulai Ayam Kelate Jadi Cantik & Sedap, Boleh Cuba Resipi Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Ayam Mentega Blackpepper. Simple Tapi Sedap Tak Terkata

Resipi ayam mentega blackpepper ini simple saja cara masaknya. Tapi, sedapnya tak terkata. Aroma mentega dan lada hitamnya memancing selera. Cukup satu lauk ini dimakan dengan nasi putih.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Dapur Shai Anne ini ye. Anak-anak pun mesti suka. Cuma kena kurangkan tahap pedas lah ye.
Resipi Ayam Mentega Blackpepper
Bahan-bahan:

Isi ayam (potong kecil dan bersihkan)
Serbuk lada hitam – boleh beli online di sini
2 sudu besar mentega – boleh beli online di sini
1 labu bawang Holand (hiris) – boleh beli online di sini
3 ulas bawang putih (tumbuk) – boleh beli online di sini
2- 3 biji cili api (ikut kepedasan yang dikehendaki)
Daun ketumbar (hiris)
Sos Tiram
Kicap Manis – boleh beli online di sini
Minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung – boleh beli online di sini
Secukup rasa Maggi
Garam – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
Cara Memasak:

Letak isi ayam dalam mangkuk. Bubuh tepung jagung, serbuk lada hitam, Maggi Cukup Rasa, bawang putih, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.

Panaskan mentega dalam kuali. Masukkan isi ayam tadi dan goreng hingga ayam masak.

Setelah ayam masak, ketepikan sedikit dan masukkan hirisan bawang Holland. Goreng hingga ia agak layu dan gaul dengan ayam.

Masukkan sos tiram, kicap manis, minyak bijan, dan hirisan cili padi. Gaul sekata dan biarkan ia mereneh dan kuat memekat.

Kemudian tambahkan hirisan daun ketumbar ketika menghidang. Siap. Makan dengan nasi panas-panas memang ngam!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Paprik Ayam Terbaik, Rasa Macam Makan Di Kedai Tomyam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Resipi Ayam Kam Heong Sedap & Gerenti Jadi

Sedapnya Ayam Kam Heong ni. Kalau makan di restoran, mahal juga. Tak puas makan. Jadi hari ni RASA nak kongsi resipi perkongsian dari Dani Shoppe’s yang anda boleh try masak di rumah. Selain ayam, menu ni juga boleh menggunakan udang atau lala. Hmmm…bestnya! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK AYAM KAM HEONG SEDAP

BAHAN A:
- 1/2 ekor ayam (paha & isi dada) – cuci bersih & toskan
- Garam
- Serbuk kunyit – beli online DISINI
- Minyak masak secukupnya
BAHAN B:
- 6 ulas bawang merah kecil @ 1 biji bawang merah besar – hiris halus – beli online DISINI
- 5 ulas bawang putih – ketuk / cincang kasar – beli online DISINI
- 1 sudu makan serbuk kari – beli online DISINI
- Cili padi secukupnya – beli online DISINI
- Sedikit udang kering – jika suka ( empunya resipi tak letak) – beli online DISINI
- Sedikit halia – ditumbuk lumat – beli online DISINI
- Daun kari – beli online DISINI
- Sos tiram – beli online DISINI
- Kicap manis – beli online DISINI
- Sedikit garam dan gula

CARA MEMASAK:
1. Buang tulang ayam bahagian paha, hiris isinya jadi ketulan kecil.
2. Perap ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
4. Untuk menyediakan sos, ambil 3-4 sudu makan minyak gorengan ayam dan masukkan dalam kuali.
5. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari, halia dan udang kering sampai naik bau dan sedikit keperangan.

6. Masukkan serbuk kari dan sedikit sahaja air. Kacau sebati.
7. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis. Nak tambah kicap pekat pun boleh.

8. Jika suka, boleh tambahkan 1 sudu makan sos cili. Kacau sebati. Kalau sos kering sangat, tambah 2-3 sudu makan air.
9. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.

10. Rasa sos. Jika kurang rasa baru tambahkan garam dan sedikit gula.
11. Kacau sekata sehingga ayam cukup masak dan sempurna rasa masin, manis dan pedas.
12. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Dani Shoppe’s
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Masak Kuah Ikan 3 Rasa Yang Sedap Tanpa Guna Sos Segera
Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.
Buat Puding Sedap Guna Biskut Lemak. Makan Sejuk Memang Best!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

