Cara Masak Ayam Pedas Ala Korea Secara Homemade

Share

Selalu orang kata yang resipi mudah dan ringkas itulah yang lebih sedap hasilnya. Salah satu yang boleh dicuba ialah Ayam Pedas Ala Korea ni. Sesuai dijadikan sajian makan tengah hari untuk anak-anak yang baru balik dari sekolah. Maklumlah, hari kedua persekolahan kan? Jadi kita kasih masak best-best sikit. Selamat mencuba!

RESIPI AYAM PEDAS ALA KOREA

 BAHAN UNTUK AYAM GORENG:

  • 300gm drummet ayam | cuci bersih dan tos
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu  makan serbuk  cili
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan tepung jagung
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN TUMISAN:

  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1/2 bawang besar | dadu halus
  • 2 sudu makan chili flakes
  • 1 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Ayam diperap bersama bahan-bahan perapan dan juga tepung jagung. Gaul rata. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bawang putih dan merah hingga wangi dan masukkan chili flakes.

3. Seterusnya masukkan sos cili, dan kacau rata hingga sebati. Jika terlalu garing tambah sedikit air.

4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

5. Masukkan  air asam jawa. Kacau rata sehingga kuah sedikit pekat.

6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.


INFO CHEF: Sambal ayam ala Korea pedas, masam dan manis ini sungguh enak dimakan begitu saja sebagai snek atau dimakan bersama nasi putih ketika panas.

Published by
Nur