Cara Masak Ayam Perap Mayo Yang Paling Sedap.

Share

Di musim cuti ni, lauk berasaskan ayam pastinya antara menu wajib ada setiap kali waktu makan. Maklumlah, budak-budak ni lauk lain kurang minat. Jika hari-hari masak menu yang sama, buntu juga kan? Jadi boleh cuba resipi Ayam Perap Mayo

perkongsian dari saudari Ezani Hana Syafniza ni. Dijamin enak dan menjilat jari. Mudah sahaja cara pembuatannya. Jadi, selamat mencuba!

RESIPI AYAM PERAP MAYO

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam – jumlah ikut suka berapa banyak

BAHAN PERAPAN:

  • Halia
  • Bawang putih
  • Mayones
  • Sos Tiram
  • Kicap manis
  • Madu
  • Serbuk Cukup Rasa @ Kiub Ayam

( **bahan perapan bergantung pada jumlah ayam yang digunakan)

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk halia dan bawang putih.

2. Campur semua bahan dan gaul sebati. Ubah suai rasa jika mahu lebih manis atau lemak. Jika mahukan rasa manis berlemak, lebihkan madu dan mayones.

3. Perap ayam selama 5 jam keatas.

4. Ayam yang diperap boleh digoreng dan dibakar. Sedia untuk dinikmati.

5. Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & foto: Ezani Hana Syafniza 

Published by
Nur