Enaknya Ayam Sambal Bali ni. Rasa bumbunya yang harum dan memikat selera. RASA kongsikan resipi langkah demi langkah, ‘Signature Dish Original Recipe’ Ayam Sambal Bali dari Aisha Shukor untuk sukatan 1 ekor ayam. Ikut setiap satu langkahnya, pasti menjadi. Malah empunya resipi juga menghalalkan resipi ini untuk dicuba. Pasti tak sabar kan nak rasa. Jom lihat cara penyediaannya.
Suka makan masakan India? Jika ya, hidangan AyamVaruval Pandan ni antara menu yang wajib cuba. Cara memasaknya sangat mudah dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Malah resipi perkongsian dariVilve’s Kitchen ini juga sangat ringkas dan dilengkapi penduan memasak langkah demi langkah. Sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Berita baik untuk isteri-isteri sibuk terutamanya yang bekerja. Dengan adanya pes ajaib ini anda semua tidak perlu bersilat di dapur setiap hari. Cuba ambil sedikit masa hujung minggu ni sediakan pes untuk kemudahan di hari-hari bekerja. Dengan pes yang sama ini, anda boleh gunakan untuk masak pelbagai resipi dengan sedikit penambahan bahan lain ikut citarasa. Yang pasti, kerja memasak lebih pantas dan menjimatkan masa.
Ayam masak merah adalah lauk yang selalu dihidangkan di kenduri kahwin. Selain sedap dan semua orang makan, ayam masak merah juga memang digemari.
Jom kita lihat resipinya.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
1/2 ekor ayam
1 inci halia (dikisar)
2 biji bwg besar (dikisar)
4 ulas bwg putih (dikisar)
2 cawan cili kering (dikisar)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng secukupnya
Kismis
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng ayam agak-agak masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kurangkan minyak masak agak-agak cukup untuk menumis. Tumiskan bawang besarm bawang putih dan halia yang telah dikisar.
3. Kemudian, masukkan cili kering kisar. Tumis lagi. Kacau sebati sehingga garing dan naik minyak.
4. Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau lagi.
5. Masukkan air, garam dan gula.
6. Apabila masakan telah mendidih, masukkan ayam tadi. Gaul rata-rata. Matikan api.
7. Taburkan bawang goreng dan kismis.
* Jika suka cita rasa sedikit masam, boleh guna tomato puri.