Cara Masak Ayam Sambal Bali Paling Mantap. Ikut Resipi Ini Pasti Jadi

Share

Enaknya Ayam Sambal Bali ni. Rasa bumbunya yang harum dan memikat selera. RASA kongsikan resipi langkah demi langkah, ‘Signature Dish Original Recipe’ Ayam Sambal Bali dari Aisha Shukor untuk sukatan 1 ekor ayam. Ikut setiap satu langkahnya, pasti menjadi. Malah empunya resipi juga menghalalkan resipi ini untuk dicuba. Pasti tak sabar kan nak rasa. Jom lihat cara penyediaannya.

 

RESIPI AYAM SAMBAL BALI MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
6 batang serai – dititik


8 tangkai daun kari – dilerai
Segenggam cili kering (*)beli online disini
5 biji bawang besar (*) beli online disini
5 ulas bawang putih (*) beli online disini
Sedikit belacan (*) beli online disini
Kicap masin beli online disini
1 senduk gula beli online disini
1 sudu teh garam

(Bahan bertanda (*) perlu dikisar halus)

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan potong kecil. Basuh, tos kemudian masukkan serbuk kunyit serta garam dengan secukupnya. Gaul rata.


2. Panaskan minyak masak anggaran dua senduk. Goreng ayam yang diperap tadi.


3. Goreng ayam hingga kecut dan separuh garing. Jangan sampai terlalu garing. Angkat dan toskan.


4. Dengan menggunakan baki minyak gorengan tadi, goreng serai yang dititik sampai separa coklat

.


5. Masukkan daun kari. Goreng seminit.


6. Seterusnya tumis bahan-bahan kisar tadi hingga wangi.


7. Tambahkan garam satu sudu.


8. Masukkan juga 1 senduk gula (jangan risau manis sebab nanti akan seimbangkan rasa dengan kicap)


9. Bila cili semua sudah cukup garing, masukkan kicap dalam 8 kali renjis atau sampai dapat warna maroon / merah gelap macam dalam gambar.


10. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.


11. Balik-balikkan ayam bersama kuah selama 10 minit.


12. Ayam Sambal Bali siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Horany Gaming

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur