Cara Masak Ayam Sambal Sedap Macam Dekat Majlis Kenduri

Share

Lauk Ayam Sambal @ Ayam Masak Merah macam yang kita selalu makan di majlis kenduri kahwin tu nampak sedap kan? Lain sikit rasanya berbanding Ayam Sambal yang biasa kita masak di rumah. Warna merah tapi rasa tak pedas. Hmm…Memang buka selera. Nak Jangan lupa cuba resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni ya. Sesuai sangat nikmati dengan aneka nasi tumis tau nasi putih.

 

RESIPI AYAM SAMBAL @ AYAM MASAK MERAH KENDURI

BAHAN A:

  • Ayam – dipotong
  • 1 batang serai – kisar
  • 1 hiris halia – kisar
  • 1 ulas bawang putih – kisar
  • 3/4 sudu makan serbuk kunyit beli online disini
  • 1 sudu teh perencah Hilal – jika ada
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit air

BAHAN B ( KISAR):

BAHAN C:

  • 2 biji cili merah – kisar
  • 1 1/2 sudip cili kisar beli online disini
  • 3/4 sudu makan gula melaka hancur beli online disini
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • 3/4 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh perasa
  • Air asam jawa ( 1/2 gelas air + secubit kecil asam jawa)
  • 1/4 cawan air
  • 3/4 sudip sos cili beli online disini

BAHAN D:

  • 1 biji bawang holland | dihiris dan digoreng seketika

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga ayam masak. (Ia ikut cara masak stail kenduri. Ayam direbus dahulu. Barulah isinya tidak keras.)

2. Setelah direbus, goreng ayam seketika menggunakan minyak panas. (Jangan goreng terlalu garing kerana nanti isinya akan keras.) Angkat dan ketepikan.

3. Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumis bahan B hingga naik bau.

4. Kemudian masukkan cili merah kisar.

5. Diikuti dengan cili kisar. Tutup seketika kuali dengan tutup periuk dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

6. Perasakan dengan gula melaka, gula, garam dan perasa. Boleh ubah suai jumlah ikut citarasa anda. Tutup lagi kuali bagi menaikkan warna sambal. Masak guna api perlahan sahaja.

7. Seterusnya masukkan air asam jawa dan air. Jumlah air bergantung pada kepekatan kuah yang anda nak. Tutup kuali sekali lagi.

8. Masukkan sos cili. Kacau rata.

9. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan biar selama 3-4 minit supaya kuah meresap pada isi ayam.

10. Akhir sekali tabur hirisan bawang holland yang telah digoreng seketika. Kacau rata.

11. Siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur