Cara Masak Ayam Sirsau, Sedap & Mudah Masak.

Share

Ayam Sirsau adalah menu popular di kalangan masyarakat Banjar, rasa pedas dan kaya dengan aroma serai dan daun limau purut ini sangat sedap dan mudah dimembuatnya. Kalau korang ingin mencuba, tidak ada masalah, resipinya RASA ada kongsikan.

AYAM SIRSAU
BAHAN-BAHAN:

  • 6 ekor ayam | potong kecil
  • 6 biji tomato | potong empat
  • 30 biji cili padi merah dan hijau | buang tangkai
  • 18 batang serai | titik
  • 4 kiub pati ayam
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 30 tangkai cili kering | potong dan rebus kemudian tos
  • 20 biji cili padi merah
  • 20 biji cili padi hijau
  • 16cm kunyit hidup
  • 30 ulas bawang merah
  • 24 ulas bawang putih
  • 1 keping belacan saiz kecil

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
  2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan serai diikuti kiub pati ayam dan ayam.
  4. Setelah ayam kecut masukkan air asam jawa dan sedikit air.
  5. Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Sebelum angkat masukkan tomato, cili padi merah dan hijau.
  8. Setelah cukup rasa dan kuah sedikit pekat. Tutup api.
  9. Ayam Sirsau sedia dihidangkan.
Published by
Norasida Myasin