Teringin nak masak menu Ayam Teriyaki tapi tak jumpa resipi yang mudah? Maklumlah, sos Jepun ni banyak sangat versinya. Di pasaraya pun ada jual sos Teriyaki segera tapi jika boleh buat sendiri, buat apa beli. Betul tak? RASA kongsikan resipi Ayam Teriyaki guna sos homemade ni. Mudah, cepat dan tak pedas. Memang sesuai untuk kanak-kanak.

RESIPI AYAM TERIYAKI HOMEMADE

Cara Masak Ayam Teriyaki Homemade Tanpa Guna Sos Segera.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam
  • 1 sudu makan air sejuk
  •  1/2 cawan gula
  •  1/2 cawan kicap cair
  •  1/4 cawan cuka
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 ulas bawang putih| dicincang
  •  1/2 sudu teh serbuk halia
  • Sedikit bijan | disangai

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Dalam periuk kecil, campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan biarkan mereneh dan memekat.
  2. Lumur ayam dengan sos dan bakar dalam ketuhar pada suhu 175C selama 25 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
  3. Angkat dan taburkan sedikit bijan yang telah disangai.
  4. Nikmatinya bersama nasi.

Info chef:  Ayam ni jika lebih lama diperap, lebih enak rasanya. Jika ada lebih masa, boleh perap dengan lebih lama.

 

IKLAN

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI