Suka makan masakan India? Jika ya, hidangan Ayam Varuval Pandan ni antara menu yang wajib cuba. Cara memasaknya sangat mudah dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Malah resipi perkongsian dari Vilve’s Kitchen ini juga sangat ringkas dan dilengkapi penduan memasak langkah demi langkah. Sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK AYAM VARUVAL PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong kecil
7-8 helai daun pandan – dipotong
2 biji bawang besar – hiris
2-3 tangkai cili kering – gunting halus
2 biji cili hijau – hiris
2 inci kunyit hidup – tumbuk halus
5-6 ulas bawang putih – tumbuk halus
1 inci halia – tumbuk halus
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH:
Ads
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 kuntum bunga cengkih
3-4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2-3 helai daun briyani ( daun bay)
BAHAN PERASA ( BOLEH UBAH SUAI IKUT CITA RASA MASING-MASING):
2 sudu makan serbuk cili kering
2 sudu makan serbuk kari ayam
2 sudu makan serbuk garam masala
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya. Gaul rata dan biarkan seketika.
2. Panaskan minyak masak, tumis bahan rempah hingga wangi.
3. Kemudian masukkan potongan daun pandan. Kacau rata hingga naik bau.
Ads
4. Masukkan bawang besar, cili kering, cili hijau, kunyit hidup, bawang putih dan halia. Masak lagi hingga sekata dan kelihatan sempurna.
5. Seterusnya masukkan ayam. Gaul semua bahan hingga rata dan ayam masak sepenuhnya.
Ads
6. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan perasa. Gaul sekali lagi hingga semua bahan sebati dan bergaul rata.
Asalkan lauk ayam, anak-anak pasti selera makan. Walaupun hanya ayam goreng, si kecil tetap suka. Apa kata hari ni anda sediakan menu Ayam Goreng Kicap Lada Hitam ni pula. Kombinasi rasa manis dan masin menjadikan ia sangat enak! Rasa pun tidaklah pedas. Jom cuba!
AYAM GORENG KICAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam | hiris kecil
50gm daun bawang
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
3 biji cili merah | hiris memanjang
1 biji bawang besar | dadu kecil
5ulas bawang putih | cincang
3cm halia mudah | hiris halus
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
Kemudian perasakan dengan garam, gula secukupnya.
Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
Gulai Ayam Kelate antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Dah rasa sekali mesti teringat-ingat dan nak repeat makan lagi.
Paling penting guna rempah yang dibeli khas dari Pantai Timur khususnya Kelantan. Kalau susah nak jumpa boleh dapatkan secara atas talian atau online sahaja.
Ada pelbagai versi Gulai Ayam Kelantan ini, namun rasanya memang cukup tersendiri. Makan dengan nasi putih ada pula sambal lada jantan, lepas makan terus teringat.
Pasti ramai yang risau jika menggoreng hati dan pedal ayam. Ini kerana, dua benda ini memang akan meletup bila digoreng. Silap percaturan, habis merecik minyak panas di tangan. Oleh yang demikian, ramai yang kurang gemar menyimpan sahaja di dalam peti sejuk atau dibuang. Sayangnya…
Ada banyak petua dan cara yang dikongsi ramai untuk mengatasi masalah ni. Ada yang kata kelar dulu, goreng sekali dengan isi ayam dan banyak lagi. Jika anda pernah cuba dan tidak berapa menjadi, usah khuatir kerana ada lagi cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini.
CARA-CARA GORENG HATI & PEDAL AYAM AGAR TIDAK MELETUP
Apa yang anda perlukan ialah:
1.Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
2. Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
3. Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.Selamat mencuba!