Kalau makan Nasi Ayam di kedai, pasti tertanya-tanya macam mana hasilkan ayam yang sedap, garing diluar tapi lembut di dalam. Menerusi perkongsian saudara Mohd Azlie, beliau mengajar cara-cara untuk menyediakan hidangan ayam yang sedap dan ‘juicy’ untuk sajian nasi ayam. Mudah je rupanya. Bolehlah cuba nanti.

 

RESIPI AYAM NASI AYAM YANG SEDAP & MUDAH

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam segar – tanpa potong

BAHAN AIR REBUSAN AYAM:

  • 3 liter air – boleh lebihkan bergantung pada saiz ayam
  • 1/2 senduk besar garam
  • 1-2 biji jus limau nipis
  • 1 senduk besar gula atau madu -jika nak lebih sedap, guna madu beli online disini
  • Kicap pekat secukupnya – jumlahnya agak-agak warna air tu jadi macam teh o nipis beli online disini

 

CARA MEMASAK:

1.Didihkan air dan masukkan semua bahan untuk air rebusan ayam.

Ads

Cara Masak Ayam Yang Sedap, Juicy & Empuk Sampai Tulang

2. Bila air mendidih sekali lagi, masukkan ayam. Rebus selama 4 minit.

3. Angkat ayam tadi dan sejukkan sampai kulit ayam nampak kering. Kalau nak cepat kering, kipaskan atau jemur dalam masa 15 minit lebih kurang.

Cara Masak Ayam Yang Sedap, Juicy & Empuk Sampai Tulang

4. Panaskan minyak yang banyak sekurang-kurangnya boleh menenggelamkan seluruh badan ayam.

5. Panaskan minyak selama 15 minit menggunakan api sederhana. Pastikan api tidak terlalu kuat dan tidak terlalu kecil.

6. Masukkan ayam dan setkan masa antara 15-18 minit.

Cara Masak Ayam Yang Sedap, Juicy & Empuk Sampai Tulang

7. Angkat ayam dan toskan minyaknya. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Cara Masak Ayam Yang Sedap, Juicy & Empuk Sampai Tulang Cara Masak Ayam Yang Sedap, Juicy & Empuk Sampai Tulang Cara Masak Ayam Yang Sedap, Juicy & Empuk Sampai Tulang

 

Kredit resipi & foto: Mohd Azlie

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Ads

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Tat Nanas Homemade Sedap & Cair Di Mulut

Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.

Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan

Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly

Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je

Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji  

Ads

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI