Bihun Celup Siam ni memang antara menu popular di Thailand dan juga negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan. Keenakan kuah dan campuran dalam mangkuk mi tu membuatkan kita teringat-ingat. Pedas, masam, memang cukup sempurna. Rasa nak cuba? Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
BIHUN CELUP SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tulang lembu yang berdaging
- 4 ulas bawang putih – dimayang
- 4 ulas bawang merah – dimayang
- 1 inci halia – dimayang
- 1 batang serai
- 2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
- Sos ikan ikan
- Gula kabung
- Garam
- Air secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
- Bihun | rendam dan celur
- Hirisan ayam yang telah direbus
- Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
- Daun ketumbar
- Kacang tumbuk
- Taugeh | dicelur
- Kangkung | dicelur
- Limau nipis
CARA MEMASAK:
- Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
- Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
- Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
- Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
- Matikan api.
- Untuk menyediakannya, masukkan bihun ke dalam mangkuk.
- Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
- Bihun Sup Thai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Bihun Sup Thai berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Pasta Pendek Sambal Daging Bakar Berkeju Yang Menyelerakan
Dah dua minggu berpuasa ni tentunya anda pun buntu memikirkan menu apa nak dimasak hari ini kan? Jom masak Pasta Pendek Sambal Daging Bakar Berkeju untuk berbuka nanti. Memang kena hidangan ini dengan selera orang Malaysia yang suka makan pedas. Tambahkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna. Hidangan juga jadi bertambah lazat. Cubalah!
PASTA PENDEK SAMBAL DAGING BAKAR BERKEJU
Bahan-Bahan:
- 150gram pasta pendek (macaroni/penne) – celur hingga al-dente dan toskan
- 250gram Perfect Italiano Perfect Bakes
- 50gram Anchor Unsalted Butter
- 100ml Anchor Cooking Cream
- Cincangan daun bawang
Bahan-Bahan Sambal Daging:
- 200gram daging – dadu kecil & rebus empuk
- 1 mangkuk medium cili kisar
- 5 biji bawang merah – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu makan gula perang
- 1 labu bawang besar – potong bulat
- Garam secukupnya
- Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
- Untuk membuat sambal daging; panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan daging yang telah direbus, bawang besar, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal masak sempurna. Gaul rata dan ketepikan
- Sediakan mangkuk tahan panas. Sapu dengan Anchor Unsalted Butter secukupnya. Masukkan pasta yang telah direbus bersama sambal daging. Tuang Anchor Cooking Cream dan masukkan separuh Perfect Italiano Perfect Bakes lalu gaul sebati dan ratakan. Tabur separuh lagi Perfect Italiano Perfect Bakes di atasnya.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 20-25 minit. Tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Anak Gerenti Suka Bawak 6 Jenis Bekal Ini Ke Sekolah. Mak-Mak Wajib Buat!
Mak-mak selalu pening kepala fikir apa makanan yang anak suka bawak bekal ke sekolah betul tak? Jangan give up, ini ada enam menu yang admin share untuk mak-mak semua. Mudah je nak buat dan anak gerenti suka sebab sedap dan tak pedas. Cuba dulu ye kalau ok nanti admin share lagi idea nak masak apa.
Yang penting cuba dulu…
PASTA SPIRAL DRAGON BALL
BAHAN- BAHAN :
- 200gm pasta spiral
- 150gm isi ayam
- 350gm tomato
- 1 sudu makan pes tomato
- 2 helai daun salam
- 50gm batang saderi | hiris nipis
- 20gm bawang putih | cincang
- 100gm bawang merah | cincang
- 2 sudu teh madu
- Lada sulah secukupnya
- Daun basil dan oregano secukupnya | cincang
- Garam secukup rasa
- Air dan ais secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebuskan pasta spiral di dalam air yang mendidih selama 5 minit. Kemudian angkat dan siram dengan air sejuk. Toskan.
- Untuk membuat bebola ayam; Isi ayam digaul bersama dengan bawang merah cincang, bawang putih, basil, oregano, madu, garam dan lada sulah hingga sebati. Kemudian dibentuk menjadi bulat.
- Cara membuat sos: Tomato dibelah empat dan direbus. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam ais. Buang biji dan cincang hingga halus.
- Selepas itu tumis bawang putih sehingga kekuningan, masukkan bawang merah dan batang saderi serta basil, oregano, daun salam dan pes tomato. Kacau hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan isi tomato yang dicincang halus dan kacau hingga mendidih.
- Selepas itu masukkan bebola ayam, garam, lada sulah dan biarkan seketika.
- Kemudian angkat dan masukkan ke dalam bekas anak.
AYAM TINJU
BAHAN-BAHAN:
- 5 ketul kepak ayam
- 50gm serbuk roti
- 1 biji telur | dipukul
- 1 sudu makan jus limau nipis
- 1 sudu teh lada hitam | ditumbuk kasar
- 1 sudu teh lada sulah
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
HIASAN:
- Daun salad secukupnya
- Kertas aluminium secukupnya
- Cili Benggala
- Sedikit sos mustard
- Sedikit buah zaitun
CARA MEMASAK:
- Kepak ayam dipatahkan dua di bahagian tengahnya. Kemudian ambil bahagian yang mempunyai banyak isi. Kikis dan terbalikkan isinya ke atas. Biarkan tulang di bahagian bawahnya.
- Seterusnya perap ayam dengan lada sulah, lada hitam, jus limau nipis dan garam. Biarkan seketika.
- Setelah diperap, celupkan ayam ke dalam bancuhan telur dan salut dengan serbuk roti. Lakukan sehingga habis.
- Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sehingga masak atau bertukar warna kuning keemasan.
- Angkat, toskan. Masukkan ke dalam bekal anak dan hias mengikut kreativiti sendiri. Misalnya balut tulang ayam dengan kertas aluminium dan cili benggala dibentukkan seperti lady bird.
MAKARONI BAKAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
- 250gm makaroni | rebus dan tos
- 100gm daging kisar
- 1 biji tomato | buang biji dan dadu kecil
- 150gm parutan keju mozarella
- 1 sudu makan serbuk oregano
- 4 sudu makan sos balognes
- 2 sudu makan sos cili
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1/2 biji bawang Holland | cincang halus
- 3 sudu mentega
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN:
- Buah Epal
- Tomato ceri
- Salad
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
- Masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
- Seterusnya masukkan pula sos balognes dan sos cili,
- Kacau rata, kemudian masukkan makaroni dan tomato yang didadu halus.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api.
- Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
- Sementara itu masukkan makaraoni dalam cawan aluminium foil.
- Taburkan di atasnya parutan keju dan serbuk oregano.
- Bakar lebih kurang 15 minit.
- Setelah siap, sedia dibawa untuk bekal.
CUCUR NASI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan nasi putih | kisar dengan sedikit air
- 2 biji kentang | rebus dan lenyek
- 1 cawan tepung gandum
- Sedikit hirisan daun bawang
- Sedikit hirisan cili benggala merah
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- Sedikit garam
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
- Ayam goreng
- Sos Cili Thai
- Salad
- Tomato Ceri
CARA MEMASAK:
- Campurkan nasi yang telah dikisar bersama kentang lenyek dalam mangkuk adunan.
- Gaul rata, tambahkan hirisan daun bawang dan cili Benggala, serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
- Gaul lagi dan tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi bancuhan cucur yang sesuai.
- Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
- Boleh dihidangkan cucur ini dengan Sos Cili Thai dan ayam goreng sebagai bekal.
CHICKEN & RICE PATTIES
BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi dada ayam | rebus dan carik-carik
- 1 cawan nasi | kisar kasar
- 2 biji telur
- ½ cawan susu segar
- 2 sudu makan keju pemersan
- Sedikit parutan lobak merah
- Sedikit hirisan daun bawang
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu the serbuk pati ayam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar dengan suhu 180C.
- Campurkan nasi, isi ayam, parutan lobak merah, daun bawang.
- Gaul rata dan ketepikan.
- Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata. Kemudian masukkan susu dan kacau lagi hingga sebati.
- Perasakan dengan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
- Tuangkan di dalam mangkuk berisi bahan campuran tadi.
- Taburkan keju pemersan dan gaul sebati.
- Masukkan dalam acuam muffin dan bakar lebih kurang 20-25 minit.
- Sedia dihidangkan bersama sambal cili.
SPAGETI GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk spageti/linguine (yang telah dicelur)
- 2 batang jejari ketam | potong kecil
- 8-10 ekor udang sederhana |bersihkan
- 5-6 biji cili padi | hiris halus
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 1 sudu makan cili kisar
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan cincangan daun bawang
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan cili kisar, cili padi, jejari ketam dan udang. Tumis hingga semua bahan masak.
- Masukkan sos tiram, spageti yang telah dicelur dan hirisan daun bawang. Tumis hingga semua bahan sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Panduan & Tip Goreng Bihun Satu Kawah Untuk Makan Ramai. Bihun Elok Lembut, Tak Putus
Setakat goreng bihun untuk hidangan makan sekeluarga mungkin tiada masalah. Tapi jika diminta menyediakan bihun goreng satu kawah untuk makan 200 orang mungkin ramai yang menolak.
Untuk menggoreng bihun dalam kuantiti banyak ini memang ada tekniknya. Bagi yang nak belajar boleh gunakan panduan dan tip yang dikongsi oleh Nurjuwaini Aziz.
Tip goreng bihun satu kawah
- Jika mahu menyediakan bihun goreng untuk 200 pek boleh terus masak dalam satu kawah. Boleh guna bihun beg besar, dalam 4kg per beg. Satu beg boleh cukup untuk 60-70 orang makan.
- Cuma paling mencabar, waktu nak mengacau bihun. Kena guna kudrat tulang empat kerat. Kena sediakan guna sudip besi yang panjang. Tujuannya supaya dasar kawah tak berkerak nanti.
Persediaan bahan, tak perlu tambah air
- Bihun kena rendam di dalam air biasa dulu. Tak perlu air panas. Rendam sejam pun dah ok asalkan bihun lembut.
- Siapkan pes rencah terlebih dahulu, kemudian masukkan bihun. Sewaktu mula menggoreng, selepas dimasukkan bihun, elakkan dari menambah air ke dalam kuali. Tambah air bukan membantu bihun lembut, tapi membuatkan bihun kembang, putus dan hancur. Teksturnya boleh jadi kurang cantik.
Buat lubang masa menggoreng
- Untuk jadikan bihun lembut sewaktu menggoreng, mula-mula gaul sebati bihun dengan rencah dulu, kemudian buatkan lubang di tengah-tengah. Pastikan boleh nampak dasar kuali. Guna api perlahan.
- Selepas beberapa ketika, dasar kuali akan berasap, kacau bihun perlahan-lahan dengan penuh kesabaran. Jangan sesekali putuskan bihun. Masak dengan sopan. Lebih elok sambil kacau sambil selawat ke atas Nabi Muhammad. Pahala pun dapat.
- Ulang langkah buat lubang di tengah dan kacau dengan sopan sehingga bihun betul-betul lembut. Bila sudah lembut, boleh masukkan sayur-sayuran. Gaul sebati. Bila siap boleh angkat bihun dan hidang ke dalam bekas.
Buat bihun sikit pun boleh guna cara sama
Teknik ini boleh digunakan untuk menggoreng bihun kuantiti sedikit atau banyak. Dan yang pasti, tiada cara betul atau salah dalam memasak. Masing-masing ada cara dan teknik sendiri. Mari raikan perbezaan.
Sumber: Nurjuwaini Aziz