Cara Masak Bihun Celup Siam Paling Sedap & Mudah.

Share

Bihun Celup Siam ni memang antara menu popular di Thailand dan juga negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan. Keenakan kuah dan campuran dalam mangkuk mi tu membuatkan kita teringat-ingat. Pedas, masam, memang cukup sempurna. Rasa nak cuba? Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!

BIHUN CELUP SIAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tulang lembu yang berdaging
  • 4 ulas bawang putih – dimayang
  • 4 ulas bawang merah – dimayang
  • 1 inci halia – dimayang
  • 1 batang serai
  • 2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
  • Sos ikan ikan
  • Gula kabung
  • Garam
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

BAHAN ISIAN:

  • Bihun | rendam dan celur
  • Hirisan ayam yang telah direbus
  • Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
  • Daun ketumbar
  • Kacang tumbuk
  • Taugeh | dicelur
  • Kangkung | dicelur
  • Limau nipis

CARA MEMASAK:

  1. Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
  4. Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
  5. Matikan api.
  6. Untuk menyediakannya, masukkan bihun ke dalam mangkuk.
  7. Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
  8. Bihun Sup Thai sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Bihun Sup Thai  berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.

Published by
Nur