Di musim cuaca tak menentu dan selalau hujan ni, memang sedap kalau dapat makan bihun sup panas-panas. Kalau puan-puan ada merancang nak masak menu ni, boleh cuba resipi Bihun Sup cara cina perkongsian saudari Nur Suraya Uya ni. Sangat mudah dan tak guna banyak bahan pun. Selamat mencuba!

 

BIHUN SUP CHINESE STYLE

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus bihun / yee mee
  • 1 labu bawang putih – potong dadu
  • 2 bungkus bebola ikan
  • 1 bungkus filamen ketam
  • 1/2 kg udang segar
  • Sawi / pak choy secukupnya
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • Gula batu – sebesar ibu jari
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya – anggaran 3 liter

BAHAN SAMBAL KICAP :

  • 1 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi
  • Sos cili secukupnya
  • Kicap secukupnya
  • Sedikit gula

(campur semua bahan dan sedia untuk digunakan)

Cara Masak Bihun Sup Chinese Style. Ringkas & Sedap.

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Celur bihun atau yee mee dalam air panas. Toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih hingga kekuninggan. Ketepikan sekali dengan minyak gorengannya.
  3. Untuk menyediakan sup, didihkan air, masukkan kiub pati ayam, gula batu, garam secukupnya dan minyak bijan.
  4. Setelah kuah mendidih, masukkan bebola. Celur seketika kemudian angkat dan toskan. Diikuti dengan filamen ketam, udang dan juga sawi/pak choy.
  5. Bila smeua bahan siap dicelur, bolehlah dihidangan bersama bihun dan sup.
  6. Untuk lebih enak, tambahkan sambal kicap.

Cara Masak Bihun Sup Chinese Style. Ringkas & Sedap.

Kredit resipi & foto: Nur Suraya Uya

Ads

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI