
Resipi makan malam yang paling mudah, ringkas dan mengenyangkan perkongsian dari saudari Cik Pooja. Kalau sesiapa suka makan bihun sup PAMA, ha…resipi ni rasa dia memang hampir sama. Buat sendiri barulah boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!
BIHUN SUP ALA PAMA ( sukatan 2 orang makan)
BAHAN UTAMA:
- 2 ulas bawang putih – ditumbuk
- 2 ketul kiub pati ayam
- 1 sudu teh lada sulah (lada putih)
- Sedikit daun sup dan daun bawang
- Bihun secukupnya
- 1 liter air
BAHAN LAIN:
- Secubit garam – jika perlu
- Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga kiub pati ayam larut.

3. Bila kuah dah mendidih, masukkan bihun. Renehkan hingga bihun masak sempurna.

4. Rasa kuah dan jika kurang masin, tambah sedikit garam.

5. Siap dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
- Serbuk lada sulah / lada putih amat penting dalam resipi ini kerana bahan ini yang membuatkan sup jadi lebih sedap dan wangi.
- Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili.
- Untuk lebih sedap, boleh juga tambah isi ayam atau lobak merah yang dipotong dadu.

Kredit resipi & foto: Cik Pooja
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Kiub Rempah Sup Homemade. Mudah & Sedap

Suka makan sup? Ini dia cara-cara untuk menyediakan pes sup @ kiub rempah sup homemade. Dengan adanya kiub rempah sup ni, kerja memasak jadi mudah dan membolehkan anda menikmati hidangan sup sedap setiap hari. Boleh disimpan dan peti sejuk dan tahan lama. Cubalah resipi perkongsian saudari Mas Lieyana ni. Pasti puas hati.
RESIPI KIUB REMPAH SUP HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 labu bawang besar | dipotong kecil
- 3 ulas bawang putih | dipotong kecil
- 2 inci halia | dipotong kecil
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 sudu kecil kfc lada hitam
- 1 sudu kecil kfc bunga cengkih
- 2 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisar.

2. Masukkan semua bahan dalam pengisar, tambahkan air dan kisar hingga halus. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit minyak.

3. Tuang bahan kisaran ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas kiub ais untuk menjadikan pes berbentuk kiub.

4. Untuk menggunakannya, masukkan rempah sup anggaran 1 atau 2 sudu makan ke dalam sup mengikut keperluan. Boleh juga masukkan secubit kas-kas untuk menyedapkan sup.

Kredit gambar & resipi:Mas Lieyana
Resipi Kuah Mi Bandung Penuh Lauk Yang Sedap & Paling Mudah Buat Untuk Hidangan Makan Malam.

Terasa nak makan Mi Bandung tapi nak resipi paling mudah dan sedap? Resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini tentunya yang anda patut cuba. Bahan-bahan digunakan sangat mudah dan hasilnya memang membuka selera. Pendek kata tak rugilah kalau cuba.
RESIPI MI BANDUNG MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- Mi kuning secukupnya | basuh dan celur seketika
- Sedikit isi ayam | dihiris
- Udang segar | jumlah terpulang pada citarasa
- 2-3 keping tauhu | dipotong dan digoreng seketika
- 1-2 batang lobak merah | dipotong
- Putik jagung
- Sedikit sawi
- 1 biji tomato | belah 4
- 4 biji telur
- 1 cawan sos cili
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 1/2 sudu makan tepung jagung | (bancuh dengan 1 cawan air
- 3 sudu makan gula pasir
- 1 sudu makan garam
- Bahan perasa secukupnya | jika perlu
- 2 liter air | jika kuah pekat, boleh lebihkan. Jika kuah cair, boleh tambah air bancuhan tepung jagung
- 3 senduk minyak untuk menumis
BAHAN SAMPINGAN:
- Daun sup
- Bawang goreng
- Cili padi
BAHAN KISAR:
- 15 tangkai cili kering
- 1 1/2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 5 sudu makan udang geragau kering | boleh ganti dengan 3 sudu makan udang kering
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, gula, garam dan bahan perasa hingga garing dan betul-betul pecah minyak.
2. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau seketika.
3. Masukkan ayam. Biar hingga empuk barulah dimasukkan air. Biar hingga mendidih.
4. Seterusnya masukkan lobak merah dan tomato.
5. Bila kuah dah mendidih kuat, pecahkan telur. Jangan kacau kerana nak biarkan telur masak sebiji-sebiji.
6. Bila telur sudah masak, masukkan sawi, udang dan tauhu.
7. Untuk pekatkan kuah, masukkan air bancuhan tepung jagung secukupnya. Biar mendidih seketika dan sesuaikan rasa.

8. Siap dan sedia untuk dinikmati bersama mi.

Kredit resipi & foto: Marina Zainal
Koleksi Resipi Viral FB Yang Sangat Mudah, Sedap & Wajib Cuba.

Setiap hari, terlalu banyak resipi yang dikongsi pelayar-pelayar laman sosial yang boleh dicuba. Ada diantaranya yang mudah, ada resipi yang sukar namun dipermudahkan penyediaannya malah ada juga resipi yang diolah menggunakan bahan-bahan yang kita tak sangka boleh hasilkan sajian yang enak. Maka terjadilah resipi viral dan dikongsi oleh beribu-ribu pengguna internet. Kadang-kadang sampai tak tahu nak cuba resipi yang mana dulu.
Khas buat anda, RASA kongsikan bersama anda seleksi resipi-resipi yang pernah viral di FB yang boleh anda cuba. Memang sedap dan dijamin menjadi. Selamat mencuba!
1. TORTILLA TWISTER HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

- Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
- Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
- Mayones secukupnya
- Sos Thousand Island secukupnya
- Daun salad secukupnya
- Tomato – potong dadu
- Lobak merah – disagat
- Timun – disagat
- Keju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa
BAHAN PERAP AYAM
- Tepung gorengan serbaguna
- Telur – dipukul
- Bahan perasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.

4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.

7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.

9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mastura Razali
2. BIHUN SUP SIAM

BAHAN-BAHAN:

- Kuetiau/ bihun/mi – dicelur
BAHAN KUAH SUP SIAM
- 4 ketul dada ayam
- 1/2 kg kaki ayam
- 2 inci halia – dititik
- 2 batang serai – dititik
- 1 inci lengkuas – dititik
- Sos tiram secukupnya
- Sos sotong secukupnya
- Kicap secukupnya
- 2 kiub pati ayam
- 1 kiub pati ikan bilis
- Daun ketumbar & akar ketumbar
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- Rempah 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
BAHAN SAMPINGAN:

- Kacang tanah tumbuk – kacang digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan dikisar halus.
- Air lada – segenggam cili melaka, 2 ulas bawang putih dan sedikit cuka dikisar halus.
- Cili potong – Potong cili hijau kemudian campur dengan sos sotong dan sedikit cuka. Sedia untuk dinikmati.
- Emping cili kisar – boleh beli di pasaraya
- Fish ball, fish cake dan sayur kangkung – dicelur
- Tauge
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan sup, rebus ayam bersama akar ketumbar, daun ketumbar, kiub pati ayam dan kiub pati ikan bilis.
- Kemudian masukkan halia, serai, lengkuas, sos sotong, sos tiram dan kicap.
- Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Rebus hingga ayam empuk.
- Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga garing dan wangi.
- Kemudian masukkan bahan tumis garing ke dalam periuk sup dan masak dalam 5 minit. Padamkan api.
- Ambil kuetiau, masukkan ke dalam mangkuk bersama fishball, fish cake, tauge dan kangkung. Tuang sup secukupnya.
- Tabur kacang tumbuk, emping cili, air lada dan cili potong sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nur Ramizah
3. NASI AYAM PENYET RANGUP

BAHAN UNTUK AYAM:

- 1 ekor ayam – dipotong, dibersihkan dan direbus hingga empuk. Masa rebus, masukkan kiub pati ayam ke dalam air rebusan. Air rebusan ayam jdisimpan untuk dijadikan sup.
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1/2 sudu makan serbuk lada putih
- 3 ulas bawang putih
- 1 cm halia
- Sedikit air untuk mengisar
- 1 sudu teh garam
- Minyak untuk mengoreng
- 1/2 cawan tepung beras | tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
- 1 biji telur | tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup
BAHAN SANGAI TANPA MINYAK:
- 1/2 sudu besar jintan manis
- 1/2 sudu besar jintan putih
- 3 sudu besar ketumbar
BAHAN SAMPINGAN LAIN:
- Tauhu
- Tempe
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan sangai, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambah sedikit air kemudian kisar hingga halus.
- Lumur bahan kisar pada ayam yang telah direbus. Perapkan selama 2-3 jam sebelum dimasak. Lagi enak jika diperap semalaman.
Gaul tempe dan tauhu bersama lebihan bahan perapan ayam. Goreng hingga garing. Ketepikan. - Baki bahan perapan ayam dan tempe yang selebihnya jangan dibuang. Gaulkan pula bersama telur dan tepung beras. Tambah sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
- Celupkan ayam perap tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.
Renjiskan baki adunan tepung mengoreng ayam ke dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
BAHAN SUP AYAM:
- Baki air rebusan ayam
- 1 bungkus sup bunjut
- 1 batang serai | dititik
- 1 inci halia – dihiris
- Daun sup dan daun bawang – dihiris
- Bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan air rebusan ayam diatas dapur dan tambahkan serai, halia serta sup bunjut. Biar hingga mendidih.
- Perasakan sup dengan garam kemudian taburkan daun sup serta daun bawang.
- Bila nak dihidangkan, tabur bawang goreng jika suka.
BAHAN SAMBAL PENYET
- 10 tangkai cili padi
- 10 tangkai cili merah
- 10 biji bawang merah | belah 4
- 3 ulas bawang putih | hiris
- 5 biji tomato | belah 4
- 5cm belacan bakar
- 2 sudu makan ikan bilis
- 3 sudu makan gula merah
- Sedikit minyak untuk menumis
- Limau nipis atau limau kasturi
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Dengan minyak yang sama,gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layu.
- Tunggu bahan-bahan goreng tadi sejuk sedikit kemudian masukkan ke dalam pengisar kering. Tambah ikan bilis serta belacan. Kisar halus.
- Panaskan semula baki minyak menggoreng tadi dan tumis bahan kisar hingga
- Perasakan dengan gula merah dan garam secukup rasa.
- Perah limau kasturi jika suka.
- Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas, ayam goreng serta sup.
Kredit resipi & foto: Zira Tag
4. KEK 2 BAHAN

BAHAN-BAHAN:
- 2 bungkus Oreo
- 1 kotak susu coklat kecil (200ml)

CARA MEMASAK:
- Patah-patahkan biskut Oreo dan masukkan dalam blender. Tuang susu dan kisar sekaligus sampai sebati.
- Tuangkan ke dalam acuan kukus yang disapu marjerin sikit.
- Apabila air kukusan dah mendidih, kukus dalam 15-20 minit.
- Bila kek dah sejuk, boleh letak topping ikut citarasa sendiri.
INFO CHEF: Jika gandakan adunan resipi, kukus kek selama 30 minit.
Kredit resipi & gambar: Zuraita Mohd Anua
5. NASI AYAM THAI

BAHAN-BAHAN:
- Isi dada ayam
- Akar ketumbar
- Hirisan halia secukupnya
- Air secukupnya – anggaran air yang biasa digunakan untuk memasak nasi
- Kiub pati ayam secukupnya
- 3 cawan beras – dibersihkan dan ditos
BAHAN SOS NASI AYAM THAI RINGKAS:
- Sos cili thai maggi
- 1 sudu kicap pekat
- Sedikit perahan jus limau nipis
- Sedikit air jika perlu
- Cili merah | dihiris – boleh guna cili padi kalau mahu lebih pedas
CARA MEMASAK:
- Dalam periuk yang bersesuaian, masukkan ayam bersama akar ketumbar/akar daun sup dan hirisan halia. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan perasa kiub pati ayam.

2. Setelah mendidih sekali lagi dan ayam kelihatan masak, keluarkan ayam dan letakkan dalam bekas lain. Ketepikan seketika.

3. Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam air rebusan ayam. Letakkan kembali ayam yang dikeluarkan tadi dan masak beras seperti biasa.

4. Untuk menghasilkan sos nasi ayam versi ringkas, masak sos cili thai bersama kicap pekat dan sedikit jus perahan limau nipis. Tambah sedikit air untuk mencairkan sos. Akhir sekali, masukkan hirisan cili.
5. Hidangkan nasi ayam thai bersama sos tadi. Selamat mencuba!
Nota: Jumlah bahan-bahan dalam resipi ini boleh diubah suai dan dipadankan dengan selera masing-masing.
Kredit resipi & gambar: Shahril Romli
6. CHICKEN PIZZA

BAHAN AYAM:
- Dada ayam – belah dua supaya sedikit nipisa
- Tepung bestari ( pedas)
CARA-CARA:
- Perap dada ayam dengan tepung bestari dan sedikit air.
- Kemudian ambil dada ayam tadi dan gaul dengan tepung bestari ( kering). Goreng hingga garing.
TOPPING:
- Sos prego – ikut selera nak guna yang mana. Kalau buat sendiri, kisar tomato dengan sedikit air. Masa katas api. Tambah sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian kacau sampai pekat.
- Nanas dalam tin
- Tomato
- Lada benggala merah
- Keju mozzarella parut
- Chilli flakes
CARA MEMASAK:
1. Setelah ayam goreng diangkat, letakkan topping ikut kreativiti masing-masing.
2. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 5 minit.

3. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Yumni Syazwani
7. TAUHU BERGEDIL DAGING

BAHAN-BAHAN:
- Tauhu kering
- 5-6 biji ubi kentang
- Daging @ ayam kisar – jumlah ikut citarasa
- Bawang goreng secukupnya
- 1 biji bawang besar – potong dadu
- 2-3 sudu makan bawang goreng
- Daun sup – potong halus
- Serbuk lada putih secukupnya
- 2-3 biji telur
- Garam & serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kopek kulit & rebus kentang hingga empuk. Kemudianlenyekkan kentang masa masih panas.
- Daging kisar digoreng hingga kering air. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
- Satukan kentang yang telah dilenyek tadi dengan daging.
- Masukkan bawang yang dipotong dadu, daun sup, serbuk lada putih dan bawang goreng. Gaul sebati.
- Potong tauhu kering berbentuk X ditengah.
- Sumbat adunan kentang dan daging di dalam tauhu hingga penuh.
- Pecahkan telur dan pukul.
- Celup tauhu yang dah disumbat tadi di dalam bancuhan telur dan goreng menggunakan minyak panas sehingga perang.
- Sedia untuk dinikmati bersama sos.
BAHAN SOS HITAM MANIS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 10 tangkai cili kering
- Gula melaka atau gula merah
- Bijan (disangai)
- Gula biasa (kalau kurang manis)
- Garam (secukup rasa)
- Sedikit belacan
- 300ml air
- 1 sudu besar minyak
- 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
- Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
- Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
- Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
- Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
- Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.
Kredit resipi & gambar: Izan Abd Rahman
8. GARLIC BREAD TANPA MSG

BAHAN-BAHAN:

- Roti gardenia (potong panjang-panjang)
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit Parsley flakes
- Unsalted butter / mentega tanpa garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih sampai lumat.

2. Unsalted butter dah habis. So Aya beli yang ni. Sebaiknya, beli unsalted butter ye.

3. Tumis bawang putih dengan mentega tadi. (Nota RASA: untuk 1 ulas, anggaran 1 sudu teh lebih kurang.)

4. Tumis sampai macam ni. Jangan sampai hangit pula.

5. Campurkan tumisan bawang putih tadi dengan ( Nota RASA: jumlah emntega bergantung pada roti yang anda guna.)

6. Gaul sampai sekata.

7. Letak sikit parsley flakes. Jangan banyak sangat.

8. Gaul sampai macam ni.

9. Sapu dekat roti.

10. Bakar dalam oven/ pemanggang ajaib hingga garing. ( Nota RASA: Kalau guna ketuhar, suhu antara 160C dan bakar dalam 5 minit atau hingga roti nampak keperangan.)

11. Taraaaa siap! Sedia di hidang untuk si kecil anda!
INFO: Kalau ada sup cendawan, memang lagi sedap.
Kredit resipi & foto: Aya Zuki

