RESIPI BINGKA ROTI BAKAR GUNA PEMANGGANG AJAIB
BAHAN-BAHAN:
- 5 keping roti gardenia
- 2 biji telur – pukul sikit
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 sudu kecil garam
- 400ml santan – 200ml santan KARA + 200ml air (sy ltk pewarna hijau dan esen pandan)
- 100ml full cream milk – boleh guna susu segar@susu cair
- 1 sudu kecil esen vanila
CARA MEMASAK:
- Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam satu mangkuk besar. Ketepikan.
- Dalam bekas lain, satukan susu, santan, gula, garam, telur, esen vanilla dan pukul hingga sebati.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan adun lagi supaya tepung tidak berketul. Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk roti tadi.
- Biarkan roti terendam sebentar dalam masa 15-20 minit.
- Tuang campuran roti ke dalam pemanggang ajaib dan bakar hingga masak menggunakan api paling kecil. Kena selalu periksa kuih supaya tidak hangit. ( empunya resipi bakar dalam 20 minit kemudia terbalikkan dan bakar lagi selama 20 minit.)
- Bila kuih Bingka sudah masak, sejukkan dan barulah dipotong. ( empunya resipi alas adunan kuih menggunakan baking paper supaya ia mudah dikeluarkan bila masak.)
Selamat mencuba!
Kongsi resipi & foto: Shameema Ahamed