
Sesekali makan Bubur Ayam yang dimasak homemade memang sedap. Maklumlah bila buat sendiri, anda boleh letak aneka bahan sampingan yang disukai. Nak masak pun tidak renyah mana malah kosnya juga jauh lebih murah berbanding yang dibeli. Salah satu resipi Bubur Ayam yang paling mudah adalah yang dikongsi oleh saudari Ana Mariana Ismail ni. Ringkas je tapi hasilnya nampak sedap. Nanti bolehlah cuba.
RESIPI BUBUR AYAM SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak
- 1 batang lobak merah – potong dadu
- 2 keping dada ayam – rebus dan carik
- Kiub pati ayam
- Bawang putih – cincang halus
- Lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa
- 1 inci halia – ketuk
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula rebus beras atau nasi dengan halia dan kiub ayam sampai jadi bubur. Kalau air kering tambah lagi hingga jadi bubur.
2. Kemudian masukkan lobak merah dan isi ayam. Isi ayam ni boleh juga disimpan sikit untuk ditaburkan atas bubur masa nak makan nanti.
3. Seterusnya masukkan lada sulah, lada hitam (nk guna lada hitam tumbuk pun blh) dan garam secukup rasa.
4. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang untuk dijadikan minyak bawang putih. Goreng sampai garing dan keperangan.
5. Tuang minyak bawang putih ke dalam periuk bubur. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati.
6. Semasa menghidang, boleh tabur bawang goreng, daun bawanag, isi ayam, minyak bawang putih dan lada hitam bagi menyedapkan lagi rasa.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Ana Mariana Ismail
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Idea Masakan Menggunakan Pressure Cooker. Sangat Mudah!

Isi Kandungan
TogglePeriuk tekanan atau ‘pressure cooker’ memang memudahkan kerja-kerja memasak lebih-lebih lagi untuk menyediakan sajian yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan seperti rendang daging, sup tulang dan sebagainya. Namun kini, terdapat pelbagai lagi resipi lain yang boleh dimasak menggunakan periuk tekanan ni. Meh cuba resipi-resipi ni. Memang mudah!
1. AYAM PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam
- 4 ulas bawang putih | kisar – beli online DISINI
- 1 inci halia | kisar – beli online DISINI
- 3 sudu jintan manis | kisar kering
- 3 sudu jintan putih | kisar kering
- 3 sudu sos tiram – beli online DISINI
- 4 sudu madu – beli online DISINI
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk cili – beli online DISINI
- Sedikit lada hitam | kisar kering – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dan lumurkan pada ayam. Perap selama 3-4 jam. Lagi lama diperap, lagi enak rasanya.
- Masukkan ayam dan lebihan air perapan ke dalam inner pot.
- Set high pressure 8 minit dan tutup periuk.
- Setelah tamat masa, buka penutup terbalikkan ayam. Tutup penutup dan set lagi ‘high pressure’ selama 8 minit.
- Setelah siap, tukar mode ‘stir fry’ dan kacau sedikit ayam. Masak anggaran 5 minit.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Zainab Zainun
2. PULUT KUNING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg beras pulut | rendam 1/2 jam bersama sedikit serbuk kunyit
- 3 cawan air
- 1 helai daun pandan’
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Tapis pulut yang telah direndam. Masukkan ke dalm periuk.
- Tambahkan garam, daun pandan dan air.
- Letak mood ‘high pressure’, set selama 6 minit.
- Setelah masak, keluarkan wap, masukkan santan dan ratakan.
- Tutup periuk dan tekan reheat/warm selama 5 minit.
- Sedia untuk dinikmati.
Nota: Santan anggaran 1 – 1 1/2 cawan.
Kredit resipi & gambar: Izwany Abd Malek
3. KEK MARBLE
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 1 cawan gula kastor – beli online DISINI
- 1 buku mentega – beli online DISINI
- 1 sudu esen vanilla – beli online DISINI
- 2 cawan tepung self raising flour
- 1/2 cawan serbuk koko
CARA MEMASAK:
- Pukul telur, gula, mentega dan esen vanilla hingga sebati.’
- Kemudian masukkan tepung. Adun rata.
- Bahagikan adunan kepadaq dua bahagian. Satu pada adunan asal dan satu bekas ditambah dengan serbuk koko.
- Tuang adunan berselang seli ke dalam acuan.
- Alas inner pot dengan redai besi. Letak acuan dan tutup periuk.
- Selaraskan tombol pressure, set ‘high pressure’ selama 60 minit.
- Buka periuk dan lihat kek. Jika permukaan kek nampak perang, tandanya kek telah masak. Boleh juga dicucuk dengan lidi untuk memastikan kek masak sempurna.
Kredit resipi & gambar: Jay Anne Zaihan
4. SARDIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 8 ekor ikan selayang | dibuang kepala dan ekor, bersihkan
- 1 cawan puri tomato
- 2 biji tomato cincang
- 1 biji bawang besar | hiris kasar
- 5 ulas bawang putih | cincang
- 1/3 cawan minyak
- 1 sudu halba campur | kalo tak suka boleh skip atau letak sikit je
- Sedikit air | jumlah agak-agak supaya tak kering dan melekat pada periuk
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang besar hingga wangi dan masukkan bawang putih.
- Masukkan tomato cincang dan ikan.
- Masukkan puri tomato dan halba campur.
- Masak dengan api sangat perlahan. Saya guna periuk ajaib. Saya masak selama 8 jam sampai tulang lembut. Sambil-sambiltu check air supaya tak melekat ikan kat periuk. Boleh guna slow cooker.
- Boleh frozen kan. Masuk dalam pek kecil dan bekukan. Ambil satu setiap kali masak
Nota 1: saya tak letak garam atau gula ya. Boleh tambah jika suka
Nota 2 : Kalau guna noxxa, masak ‘high pressure’ dalam 90 minit.
Nota 3 : Air jangan banyak sangat. Sekadar untuk bagi ikan tak melekat pada periuk. Check air selalu. Kalau air banyak sangat ikan mudah hancur.
Kredit resipi & gambar: Azie Zahra Al-Bakri
5. NASI DAGANG
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras wangi siam | bersihkan
- 2 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 4 biji bawang merah | dihiris
- 2cm halia | dihiris nipis
- Sedikit halba
- Garam dan gula secukupnya
- 500gm santan | santan ni kira sekali dalam 1pot yang digunakan untuk masak nasi yang awal.
CARA MEMASAK:
- Satukan beras, air dan 1 cawan santan. Gaul rata.
- Kemudian masukkan halia, bawang merah, halba dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.
- Masak guna ‘high pressure’ selama 7 minit.
- Setelah amsak, masukkan baki santan dan gaul sebati.
- Siap untuk dihidangkan bersama gulai ikan dan acar.
Kredit resipi & gambar: Nurul Syuhada Firhan
Anda mencari PERIUK KACA? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit
Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Nasi Briyani Bersama Lamb Shank Memang Padu. Masakan Ini Cukup Untuk 6 Orang Makan

Kombinasi lamb shank dan nasi briyani memang sedap dinikmati sekeluarga. Jika anda peminat kambing pasti puas makan. Resipi yang dikongsi oleh Aishah Muslim ini sesuai untuk enam orang makan.
Lamb shank
(6 orang )
Bahan-bahan:
6 ketul lamb shank atau
2 -3kg kambing / lembu. Seeloknya beserta tulang tulang sedikit.
* rebus sehingga lembut (2 – 21/2 jam periuk biasa / 1jam preasure cooker). Simpan air rebusan utk masak nasi & kuah briyani nanti.
Bahan tumis:-
3 biji bawang Holland
Segenggam bawang putih
3 inci halia
*blend halus semua
Rempah kering :-
2 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
1 sudu teh buah pelaga
*blend kering
2 batang kayu manis sederhana besar
1/2 tin besar tomato puree
3 – 4 sudu makan cili sos
3 – 4 sudu makan rempah briyani kegemaran
1/2 cawan yogurt /susu cair
Sedikit gula (jika masak lamb shank /kambing)
sedikit daun sup & daun bawang dipotong panjang seinci ( jika ada)
Minyak zaitun / ghee / minyak biasa untuk menumis
Cara memasak:-
1.Tumis bahan giling yang dikisar halus tadi sehingga wangi.
2.Masukkan 2 batang kayu manis tadi. Tumis lagi.
3.Masukkan pula bahan rempah kisar kering tadi bersama rempah briyani. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
4.Masukkan sedikit air rebusan lamb shank/kambing/lembu utk elakkan rempah tumis dari terlalu kering.
5.Masukkan tomato puree & tomato sos. Kacau lagi. Jika masak lamb shank / kambing masukkan sedikit gula. Jika masak daging lembu tidak perlu gula.
6.Bila sudah kelihatan mesra & berkilat sedikit masukkan pula lamb shank / kambing / daging lembu yang telah direbus bersama 4 – 5 cawan air rebusan lamb shank tadi. Biarkan tanak semua bahan menjadi mesra dan pekat. Jika suka kuah lebih boleh tambah air rebusan lagi.
7.Bila sudah pekat dan tanak, masukkan yogurt/susu cair dan biarkan didih lagi sehingga betul-betul mesra. 8.Perasakan garam dan gula sekali lagi. Tutup api dan taburkan potongan daun sup & daun bawang tadi.
Siap untuk dihidang.
Nasi Briyani
(6 orang)
Bahan-bahan:-
3-4 pot beras basmathi / beras parboiled cuci bersih dan toskan
Bahan tumis:-
1/2 labu bawang holland – hiris halus
2 sudu rempah briyani
1 batang kecil kayu manis
1 sudu kecil buah pelaga
1 sudu kecil bunga lawang
2 helai daun salam (jika ada)
2 helai daun pandan (jika ada)
Secubit gula
Air rebusan lamb shank / daging / kambing
Minyak zaitun / ghee / minyak masak untuk menumis
Secubit saffron dan rendam dalam 1/2 cawan air suam atau jika tiada saffron boleh guna pewarna kuning sahaja
1 sudu kecil dan larutkan sedikit dengan air
Cara memasak:-
1.Tumis bawang bersama kayu manis, buah pelaga & bunga lawang hingga wangi. Kemudian masukkan pula rempah briyani. Tumis lagi.
2.Masukkan beras dan kacau perlahan sehingga kelihatan jernih. Kacau perlahan beberapa kali sahaja supaya beras tidak pecah.
3.Kemudian masukkan air rebusan lamb shank / daging / kambing tadi mengikut sukatan yang diperlukan. 4.Masukkan sekali daun salam, daun pandan dan tabur secubit gula. Gula akan menjadikan nasi ini tetap lembut dan agak berkilat.
5.Tutup dan masak seperti biasa. Seeloknya api sederhana besar.
6.Bila sudah masak.Tutup api dan kaup balik kan nasi tadi perlahan.
7. Ambil sesenduk kuah briyani yang sudah dimasak tadi dan tabur sedikit demi sedikit di atas nasi berselang seli dengan larutan saffron atau larutan pewarna kuning tadi.
8.Tutup balik periuk nasi dan biar ia mesra sebelum dihidang.
Kredit resipi dan gambar: fb Noraishah Muslim
INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH BELI DI SINI.
Cara Masak Set Masak Nasi Minyak Terengganu Yang Simple & Sedap.

Nasi Minyak Terengganu ni, selain boleh dinikmati bila ada kenduri kendara atau di harai-hari istimewa seperti Hari Raya, ia juga ada dijual sebagai hidangan sarapan pagi oleh kebanyakan restoran di Terengganu. Menariknya set Nasi Minyak Terengganu sedikit berbeza kerana lauk pauk yang digandingkan akan menggunakan rempah ratus tempatan yang ada dijual di sana. Jika anda ingin mencuba, berikut dikongsikan set Nasi Minyak Terenggau yang dimakan bersama Gulai Daging dan Acar Pedas Nanas.
NASI MINYAK TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
3 pot beras basmathi | rendam 10 min
5 pot air
1 labu bawang besar | belah dua & hiris nipis
3 inci halia | dihiris & diketuk
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
8 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar Sunquick Oren – beli online disini
3 sudu besar sos tomato
2 helai daun pandan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dalam rice cooker dn panaskan sehingga mendidih.
- Sementara itu panaskan minyak sapi + minyak masak dan tumis hirisan bawang besar sehingga wangi.
- Masukkan 4 sekawan, daun pandan dan halia dan tumis lagi hingga naik bau dan bawang keperangan atau garing.
- Bila air dalam rice cooker sudah mendidih tuangkan bahan tumisan dan didihkan lagi sekejap.
- Masukkan beras, Sunquick Oren, sos tomato, garam dan gula secukup rasa dan masak nasi seperti biasa.
- Bila nasi masak biarkan 5 – 10 minit baru kacau nasi baru nasi kita cantik dan tidak patah.
GULAI DAGING TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | hiris nipis, basuh dan toskan
3 sudu besar kerisik
3 sudu besar rempah gulai bunga rose
1 sudu besar rempah masak bunga rose
Santan secukup nya
1 keping kecil Nisan /gula melaka
Asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
10 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
Minyak secukupnya |untuk menumis
BAHAN TUMIS :
1 labu bawang besar | hiris nipis
1 inci halia | hiris halus
3 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar cili kisar
CARA MEMASAK:
- Tumiskn bahan-bahan tumisan kecuali cili kisar hingga wangi dan garing.
- Masukkan cili kisar dan tumis lagi sekejap hingga cili masak dan pecah minyak.
- Masukkan bahan kisar, rempah gulai, rempah masak dan kerisik dan gaul sebati.
- Masak menggunakan sederhana hingga rempah masak dan pecah minyak.
- Masukkan daging dan perasa secukupnya, kacau rata dan masak sekejap hingga daging separuh masak.
- Masukkan air secukupnya dan rebus hingga daging empuk.
- Baru masukkan santan, renehkan sekejap dan perasakan dengan garam, gula dan
- Renehkan gulai hingga masak dan pecah minyak.
- Gulai daging versi cepat sebab itu saya tumis sekali jalan. Untuk lebih sedap rebuskan dahulu daging dengan rempah rempah, kemudian baru tumis (tumis darat).
INFO: Untuk rasa lebih sedap campurkan gula nisan dengan gula melaka dan kalau suka juga boleh tambah kentang ke dalamnya.
ACAR PEDAS NENAS
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas | potong kecil-kecil
Cili kisar secukupnya
Nisang /gula melaka scukupnya
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masakkan air, nisan/gula melaka, sedikit garam dan cili kisar.
- Renehkan hingga betul-betul masak.
- Kemudian tuangkan dalam bekas berisi hirisan nanas tadi.
- Gaul sebati.
- Acar sedia dihidangkan bersama Gulai Daging dan Nasi Minyak.
Kredit : ummihanas