
Sesekali layan sajian Cina ni memang menaikkan selera. Tak perlulah ke restoran mahal-mahal kerana anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Antara yang boleh dicuba adalah Daging Szechuan dan Cendawan Shimeiji Goreng Telur Masin ni. Makan dengan nasi panas, memang terangkat beb!
1. DEEP FRIED SHIMEIJI MUSHROOM WITH SALTED EGG YOLK

BAHAN-BAHAN:
- 100gm cendawan Shimeiji – bersih dan leraikan satu-satu.
- 3 biji kuning telur masin rebus – dilenyek halus
- 1 sudu makan serbuk keju parmesan
- 1/2 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh gula
- 2 sudu makan mentega
- Minyak masak secukupnya
- 100gm tepung gandum
- 60gm air
CARA MEMASAK:
- Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ( Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
- Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan.
- Panaskan mentegadi dalam kuali dan masukkan kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
- Masukkan pula cendawan yang telah digoreng dan kacau hingga sebati.
- Angkat dan hidangkan ketika panas.
2. DAGING SZECHUAN

BAHAN-BAHAN:
- 600gm daging – potong dadu kira-kira 1.5cm lebar
- 50gm lada benggala hijau – potong 1.5cm lebar
- 50gm lada benggala merah – potong 1.5cm lebar
- 50gm lada benggala kuning – potong 1.5cm lebar
- 50gm lobak merah – hiris nipis
- 20gm cili kering – potong
- 2 sudu makan Spicy Hot Bean Sauce – boleh diperolehi di pasaraya
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 4 sudu makan air
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
- Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
- Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
- Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aneka Resipi Boleh Dihasilkan Hanya Guna Satu Pes Sambal. Sedap & Mudah!

Mudah, jimat masa dan sedap aneka resipi boleh dihasilkan hanya berasaskan satu pes sahaja sebagai panduan memasak. Penggunaan pes yang disiapkan pada hujung minggu sangat membantu. Pes yang sama itu boleh digunakan untuk memasak pelbagai resipi dengan sedikit penambahan bahan lain. Yang pasti, kerja memasak lebih pantas dan menjimatkan masa. Selamat mencuba!
PES SAMBAL
BAHAN-BAHAN
- 100gm cili kering | Dibuang biji dan rendam
- 3 biji bawang besar
- 3 biji bawang putih
- 2.5cm belacan | pilihan
- ½ cawan kecil air asam jawa
- Minyak masak secukupnya
CARA-MEMASAK
- Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat. Panaskan ¼ cawan minyak masak.
- Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan.
- Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama). Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.
Info chef: Boleh juga dibekukan untuk kegunaan jangka masa yang lama.
MASAK LEMAK MERAH AYAM
XZ
BAHAN-BAHAN:
- 4 ketul ayam sederhana besar
- 2 sudu makan pes sambal
- 2.5cm kunyit hidup
- 3 biji cili padi
- 1 batang serai | ketuk
- 1 mangkuk santan pekat
- 1 keping asam gelugur
- 1 biji buah tomato | potong empat
- 1 helai daun kunyit | racik halus
- 2 helai daun limau purut
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumbuk lumat kunyit hidup dan cili padi. Renehkan di dalam periuk bersama sedikit air, dua sudu makan pes sambal, daun limau purut dan serai. Kacau perlahan.
- Setelah sedikit mendidih, campurkan sedikit air lagi dan masukkan ketulan ayam. Masukkan juga asam gelugur.
- Setelah ayam sudah empuk dan masak, masukkan santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau perlahan. Masukkan hirisan buah tomato.
- Setelah kuah sudah pekat sedikit, masukkan racikan daun kunyit. Biar daun kunyit lembut sedikit barulah tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Jika mahu lebih pedas, masukkan lebih cili padi.
SAMBAL SOTONG PEDAS

BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor sotong | potong gelang
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 3 biji bawang merah | racik
- 1 batang serai | ketuk
- 3 sudu makan pes sambal
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah yang telah diracik. Setelah agak berbau wangi, masukkan pes sambal dan serai. Tumis dengan api sederhana hingga naik bau.
- Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan hirisan bawang besar dan kacau sebentar.
- Setelah agak kuah telah pekat dan sambal pecah minyak, angkat dan hidangkan.
Info chef: Juga enak jika dimasukkan sedikit petai.
IKAN KEMBUNG STIM BERSAMBAL

BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ikan kembung bersaiz besar
- 3 sudu makan pes sambal
- 1 biji limau kasturi
- 2 batang bendi | hiris serong
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 1 biji cili merah | hiris
- Garam dan gula secukupnya
- Aluminium foil
CARA MEMASAK:
- Sediakan aluminium foil. Ikan kembung dilumur garam, gula dan perahan limau kasturi. Kemudian masukkan ikan ke dalam aluminium foil.
- Masukkan pula pes sambal, hirisan bawang besar, cili merah dan bendi. Balut ikan dengan kertas aluminium foil tadi dan kukus dalam 15 minit. Selepas 15 minit, angkat dan hidangkan
Info chef: Enak dimakan bersama nasi panas.
SAMBAL TUMIS TELUR

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur | rebus, buang kulit dan digoreng
- 3 sudu makan pes sambal
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Panas kan minyak di dalam kuali dan tumis pes sambal hingga terbit bau. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah sambal pecah minyak, masukkan telur rebus yang telah digoreng tadi dan gaulkan untuk pastikan semua telur bersalut sambal.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah hirisan cili padi jika inginkan rasa pedas menyengat.
ASAM PEDAS AYAM

BAHAN-BAHAN
- 4 ketul ayam | sederhana besar
- 3 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit daun kesum
- 1 batang bunga kantan
- Sedikit daun ketumbar
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit. Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan bunga kantan. Kacau hingga bau wangi.
- Masukkan sedikit air asam jawa dan air untuk kuah. Masukkan daun kesum. Setelah mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Sesuaikan garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
- Taburkan sedikit daun ketumbar sebelum dihidangkan untuk aroma.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh tambah sedikit cili giling ketika menumis.
SAMBAL TAUHU TEMPE DAN KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN
- 8 tangkai kacang panjang |basuh dan potong serong
- 2 ketul tauhu | potong dadu besar
- 1 keping tempe | potong
- 2 ulas bawang merah | hiris nipis
- 1 ulas bawang putih | hiris nipis
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Sedikit serbuk kunyit
- Bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng tempe hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit.
- Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan kacau hingga naik bau. Masukkan kacang panjang, tauhu dan tempe. Kacau hingga rata, dan masukkan perasa dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
- Kemudian angkat dan tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.
Info chef: Tauhu juga boleh digoreng berasingan jika suka.
SAMBAL BENDI

BAHAN-BAHAN
- 9 batang kacang bendi | basuh dan potong serong
- 2 sudu makan pes sambal
- 2 biji bawang merah | racik
- 1 ulas bawang putih | racik
- Sedikit ikan bilis
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan ikan bilis, goreng sehingga garing. Masukkan pes sambal dan kacau hingga naik bau.
- Masukkan sayur bendi dan kacau hingga rata. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam secukupnya.
- Kemudian angkat, taburkan sedikit bawang goreng sebelum dihidangkan.
Info chef: Boleh campurkan sayur lain juga seperti kacang jika mahu.
DAGING KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN
- 100gm hirisan daging nipis
- Minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN PERAPAN DAGING:
- 3 biji bawang merah | kisar
- 2 biji bawang putih | kisar
- 2.5cm halia | kisar
- Sedikit jintan manis tumbuk
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan pes sambal
- 1 biji bawang merah | potong bulat
- 1 biji cili hijau | hiris
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Daging diperap dengan bahan yang telah dikisar, jintan manis dan kicap manis selama 15 minit. Ketepikan.
- Panaskan kuali dan masukkan daging perapan, Setelah air perapan kering meresap ke dalam daging barulah dimasukkan minyak untuk menumis.
- Tumis pes sambal bersama daging perapan tadi. Setelah agak naik bau, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
- Setelah sambal pecah minyak, masukkan hirisan bawang besar dan cili hijau. Kecilkan api dan biar seketika.
- Angkat, tabur sedikit daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih.
NASI GORENG ACACIA TREE KOFFIE

BAHAN-BAHAN
- 1 mangkuk nasi sejuk
- 3 biji bawang merah
- 1 sudu makan pes sambal
- 2 biji bawang putih
- 1 biji telur
- Sedikit cili benggala merah dan hijau | potong dadu kecil
- Sedikit isi ayam
- Minyak untuk menumis secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih hingga naik bau. Masukkan hirisan isi ayam, cili benggala merah dan hijau. Goreng hingga masak.
- Selepas itu masukkan pes sambal, pecahkan telur dan kacau hingga sambal pecah minyak.
- Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan nasi sejuk dan gaul sebati.
- Masukkan telur dan goreng nasi hingga garing.
- Hiaskan dengan sedikit udang yang digoreng berasingan bersama hirisan timun dan tomato segar.
Info chef: Enak dimakan bersama keropok.
CENCARU BAKAR PORTUGIS

BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ikan cencaru saiz besar | belah belakang
- 2 sudu makan pes sambal
- 1 batang cili merah | hiris memanjang
- 1 batang cili hijau | hiris memanjang
- 3 biji cili padi | hiris kasar
- Sedikit buah nanas | potong kiub
- Sedikit daun limau purut | hiris
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masukkan sedikit pes sambal ke dalam belahan belakang ikan dan lumur pes selebihnya pada ikan bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.
- Gris sedikit periuk pan dengan sedikit minyak dan bakar atau gril ikan tadi.
- Balikkan ikan agar dibakar sekata. Tambah hirisan cili, nanas, daun limau purut dan tambah sedikit pes sambal lagi dan biar ia masak bersama ikan.
- Setelah garing, bolehlah angkat dan dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah hirisan cili padi jika mahu pedas.
Kongsi Resipi: Terima kasih Chef Mohd Faez b Mohd Khalid dan Chef Mohd Noorshafiq b Hairul Nizam, Acacia Tree Koffie, Century Square, Cyberjaya (terima kasih puan Rozel).
6 Resipi Kari Paling Kaw Sampai Melekat Bau Dekat Tangan. Padu Woo!

Hidangan berasaskan kari sememangnya popular di Malaysia. Gaya hidup masyarakat majmuk menjadikan menu tradisi masyarakat India ini digemari semua tidak kira bangsa. Terasa nak masak kari hari ni? RASA kongsikan aneka resipi kari yang boleh anda cuba.
1.KARI DARAT IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:
- 300gm ikan talang masin|direndam ½ jam
- 2 biji terung bulat|belah empat
- 2 biji ubi kentang|dipotong dadu
- 300ml santan
- 200ml air
- 30gm rempah kari ikan
- 15ml air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- 8 ulas bawang merah|dimayang halus
- 4 ulas bawang putih|dimayang halus
- 1 biji bawang besar|dimayang halus
- 15gm halba campur
- 1 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
- Satukan rempah kari bersama ubi kentang dan air di dalam periuk lalu didihkan sehingga rempah masak.
- Masukkan ikan masin, terung bulat, air asam jawa dan santan. Didihkan lagi dengan menggunakan api kecil sehingga semua bahan menjadi empuk. Tambah garam dan gula secukup rasa. Tutup periuk dan tutup api.
- Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan B sehingga agak garing dan wangi.
- Tuang bahan-bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk gulai ikan masin dan tutup periuk selama 10-15 minit atau sehingga bahan-bahan tumis mesra di dalam gulai
2. KARI DAGING DAN KELEDEK

BAHAN-BAHAN A:
- 600gm daging|dipotong kecil
- 500ml santan pekat
- 2 biji ubi keledek|dipotong dadu
- 2 biji tomato|dibelah empat
- 3 labu bawang besar|dikisar halus
- 8 ulas bawang putih|dikisar halus
- 3cm halia|kisar halus
- 60gm serbuk kari daging
- 5gm serbuk garam masala
- 5gm serbuk jintan manis
- 5gm serbuk jintan putih
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan daun kari sehingga wangi.
- Satukan rempah kari daging, jintan manis, jintan putih dan campuran bawang kisar. Campur sedikit air dan kacau hingga menjadi pes yang pekat.
- Tuang ke dalam periuk dan tumis bahan-bahan rempah sehingga terbit minyak.
- Masukkan daging dan sedikit air. Didihkan sehingga daging empuk.
- Masukkan santan, ubi keledek dan tomato. Masak lagi sehingga daging dan ubi keledek benar-benar empuk.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
3. KARI KEPALA IKAN MAMAK

BAHAN-BAHAN:
- 1 kepala ikan jenahak
- 6 batang kacang bendi
- 2 biji tomato|dibelah empat
- 1 biji terung panjang|dipotong kecil
- 2 biji cili hijau|dibelah dua
- 15ml air asam jawa
- 30gm rempah kari ikan
- 1 labu bawang besar|dikisar halus
- 4 ulas bawang putih|dikisar halus
- 2cm halia|dimayang halus
- 2 helai daun ketumbar|cincang
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMISAN:
- 6 ulas bawang merah|dimayang halus
- 4 ulas bawang putih|dimayang halus
- 5gm halba campur
- 2 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan-bahan kisar bersama rempah kari dan bersama sedikit air. Gaul sebati.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga wangi dan naik baunya.
- Masukkan campuran rempah kari dan halia. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
- Masukkan kepala ikan, air asam jawa dan tambahkan air secukupnya. Didihkan hingga ikan masak dan kuah pekat.
- Tambah tomato, kacang bendi, terung dan cili hijau. Didihkan untuk beberapa minit lagi hingga semua bahan sebati. Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Taburkan cincangan daun ketumbar dan hidangkan.
4. KARI SARDIN DAN TOMATO

BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul sardin dalam tin|diambil ikan sahaja
- 3 biji tomato|dibelah empat
- 8 biji cili padi
- 200ml santan
- 30gm rempah kari ikan
- 15ml air asam jawa
- 5gm serbuk cili
- 6 ulas bawang merah|dimayang halus
- 4 ulas bawang putih|dimayang halus
- 2cm halia|dimayang halus
- 1 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan mayang bersama daun kari sehingga wangi.
- Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tambah air asam jawa bersama sedikit air lalu didihkan hingga rempah masak.
- Masukkan santan, sardin dan tomato. Didihkan dengan api yang kecil untuk beberapa minit.
- Tambah garam dan gula secukup rasa sebelum dihidangkan.
5.KARI SOTONG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor sotong|dibersihkan
- 400ml santan pekat
- 30gm serbuk kari udang/ikan
- 5gm serbuk ketumbar
- 15ml air asam jawa
- 5gm serbuk jintan manis
- 5 ulas bawang merah|dikisar
- 3 ulas bawang putih|dikisar
- 3cm halia|dikisar
- 1 tangkai daun kari
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
- Di dalam mangkuk, satukan serbuk kari, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan air asam bersama dua sudu makan air.
- Tuang bancuhan rempah dan daun kari ke dalam kuali. Tumis hingga rempah benar-benar masak.
- Tuang santan ke dalam periuk, didihkan selama beberapa minit.
- Masukkan sotong, garam, dan gula secukup rasa.
- Didihkan lagi hingga sotong masak dan kuah pekat.
6 .KARI TERUNG PANTAI TIMUR

BAHAN-BAHAN:
- 6 biji terung bulat|dibelah dua
- 500ml santan pekat
- 30gm rempah kari ikan
- 20gm cili kisar
- 6 ulas bawang merah|dikisar
- 3 ulas bawang putih|dikisar
- 2cm halia|dikisar
- Garam secukup rasa
- Gula merah secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMISAN:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
- Masukkan rempah kari yang telah dicampurkan dengan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan bahan-bahan tumisan dan tumis sehingga wangi.
- Masukkan santan, terung, garam dan gula merah secukup rasa.
- Didihkan beberapa minit hingga kuah agak pekat.
SUKA MAKAN PERIA? CUBA NI.
Peria Goreng Mamak Paling Cepat Sold Out, Memang Senang Nak Buat!
Resipi Daging Goreng Kentang Cili Padi. Lauk Ringkas Tapi Boleh Buat Ketagih.

Bagi penggemar makanan pedas, menu Daging Goreng Kentang Cili Padi ni antara yang wajib dicuba. Bahan paling ringkas tapi rasanya boleh buat orang tak berhenti makan. Memang berpeluh! Nak makan dengan nasi putih boleh atau dijadikan lauk untuk bubur pun sesuai. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
DAGING GORENG KENTANG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging – hiris nipis
- 2 biji ubi kentang – hiris nipis
- 3 biji bawang merah
- 15 tangkai cili padi
- 6 biji tomato ceri – belah 2
- 1 tangkai daun bawang – hiris
- Garam. gula dan serbuk kunyit secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Gaul hirisan daging bersama garam dan serbuk kunyit. Gaul rata.
- Panaskan minyak dan goreng hingga haring. Angkat dan toskan.
- Menggunakan minyak yang sama, goreng hirisan kentang hingga kekuningan. Angkat.
- Kisar bawang merah bersama cili padi. Kemudian masukkan ke dalam kuali dan masak tanpa minyak hingga air bawang kering.
- Setelah air kering, masukkan minyak secukupnya. Tumis hingga pecah minyak.
- Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
- Tambahkan juga daging dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
- Masukkan hirisan tomato serta daun bawang. Gaul sekali lagi.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.


