Sedapnya Char Kuey Teow ni. Kalau dapat makan panas-panas memang puas hati. Kalau beli, sepinggan pun dah harga berapa ringgit. Letak extra udang atau kerang, lagi mahal. Jadi meh cuba masak sendiri guna resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha. Bahan-bahan simple je tapi rasa sedap macam beli dekat kedai tau. Makan dengan cili jeruk memang padu.
Sedapnya Mi Goreng Daging ni. Bagi penggemarnya, mi boleh dijadikan sebagai sajian pilihan bagi menggantikan nasi. Malah menu ini juga senang disediakan dan boleh disuaikan dengan pelbagai gaya masakan. Bila tiba malam, jika ingin mengalas perut dengan sajian yang tak terlalu berat, mi ni antara pilihan yang sesuai. Nak cuba resipi mi goreng simple tapi sedap ni? Resipi di bawah ni memang kena cuba.
CARA MASAK MI GORENG DAGING CARA KAMPUNG
YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
300gm mi kuning
200gm daging |hiris nipis dan rebus empuk
100gm brokoli | potong kecil
2 biji telur
2 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan stok daging/air
5 ulas bawang putih | tumbuk halus
4cm halia muda | hiris halus/nipis
1 sudu makan cili kisar
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan hirisan halia hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan hirisan daging, tumis hingga masak.
Masukkan kicap pekat manis dan stok daging/air. Didihkan seketika.
Masukkan mi kuning dan brokoli. Masak hingga lembut.
Pecahkan telur dan biarkan sebati dengan mi.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu masukkan telur jika tidak suka.
Hidangan berasaskan mi boleh menjadi alternatif bagi hidangan yang lebih ringkas namun tetap lazat dan mengenyangkan. Anda boleh cuba 7 jenis resipi mi yang dikongsikan ini. Gerenti sedap!
Satukan semua bahan A dan gaul rata. Perap selama sejam kemudian goreng dengan sedikit minyak hingga lembut dan wangi. Ketepikan.
Di dalam kuali lain, panaskan sesudu makan minyak, tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan isi ayam, udang dan sotong dan tumis lagi. Tuang air rebusan ayam dan didihkan.
Masukkan sawi, lobak merah, hirisan kubis dan bunga kubis. Didihkan sekejap hingga sayuran agak lembut.
Tuang bancuhan tepung jagung, tambah garam, serbuk pati ayam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan seminit lagi hingga kuah agak pekat. Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air.
Tuang kuah ke atas kuey teow yang telah digoreng tadi. Jika suka, boleh tabur dengan daun bawang yang telah dicincang dan sedia hidangkan.
Info chef: Kuey teow yang digoreng berasingan menggelakkan ia lembek.
Sediakan kuali sizzling, letakkan yee mee kering, cendawan shiitake celur dan sawi. Letak di atas api yang besar, tuang sesenduk kuah. Pecahkan sebiji telur di dalam kuali sizzling dan biar kuah mendidih sebentar. Hidangkan.
Info chef: Anda perlu menyediakan kuali sizzling sebelum memasak mi ini.
MI UDANG
BAHAN-BAHAN A:
1 paket mi kuning | celur
2 biji tomato |hiris nipis
2 biji telur rebus |belah empat
50gram tauge | celur sedikit
2-3 batang sawi |potong kecil & celur
UNTUK HIASAN:
Hirisan daun bawang, hirisan cili merah dan bawang goreng secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
1 liter air rebusan kulit udang (kulit udang direbus dan tapis, ambil airnya)
8-10 ekor udang sederhana besar
2-3 biji ubi keledek sederhana | rebus dan kisar
10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
100gm udang kering | rendam sekejap
3cm belacan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA-CARA:
Kisar cili kering bersama bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga menjadi pes yang lumat.
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan masak.
Tuang air rebusan kulit udang dan belacan. Didihkan hingga semua bahan sebati.
Tambah ubi keledek kisar, garam dan gula secukup rasa. Didihkan lagi hingga semua bahan masak rata.
Masukkan udang dan biarkan udang masak seketika (jangan terlalu lama).
Sediakan serba sedikit bahan-bahan A di dalam mangkuk/pinggan menghidang, tuang kuah dan hidangkan.
Info chef: Saiz udang berdasarkan bajet anda sendiri.
MI WANTAN SUP
BAHAN-BAHAN A:
1 paket mi wantan | celur dan toskan
2 ketul dada ayam
3-4 batang sawi hijau pendek | celur dan toskan
4-5 biji cendawan shiitake |bersihkan dan celur
4 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
BAHAN-BAHAN B (KUAH):
1 liter air rebusan ayam
8-10 biji wantan*
8-10 biji bebola ikan
4 ulas bawang putih | kisar halus
3cm halia |kisar halus
Garam & lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN C (WANTAN*):
8-10 keping kulit wantan
50gram cincangan isi ayam
½ batang lobak merah | cincang dadu halus
2 batang daun bawang |cincang halus
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
½ sudu teh minyak bijan
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat wantan*: satukan semua bahan C kecuali kulit wantan dan gaul rata menjadi inti. Letakkan sesudu kecil inti ke dalam kulit wantan, sapu keliling kulit wantan dengan kuning telur, bunjutkan wantan dan kemaskan bunjutan. Ketepikan.
Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
Tuang air rebusan ayam dan didihkan.
Masukkan wantan, bebola ikan, minyak bijan dan didihkan hingga wantan empuk.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Sementara itu, panaskan sesudu minyak di dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan minyak bijan. Tuang air rebusan ayam dan didihkan hingga semua bahan sebati. Masukkan mi wantan yang dicelur tadi dan biarkan mendidih hingga kuah kering. Angkat.
Ayam diperap bersama dua sudu makan kicap cair, 1 sudu makan sos tiram dan 2 sudu makan madu selama sejam atau lebih. Goreng dan hiris nipis.
Cara menghidang; Di dalam pinggan susun bahan-bahan A dan hidangkan bersama sup wantan yang dituang di dalam mangkuk berasingan.
Info chef: Enak dimakan bersama cili jeruk atau cili potong.
Kuetiau Kung Fu menu yang sesuai untuk makan malam. Makan panas-panas ada pula kicap cili potong memang mantap.
Letak segala jenis sayuran dan juga haiwan, mesti meriah dan menyelerakan.
Kalau ada stok yee mee dekat rumah boleh jadikan alternatif selain kuetiau. Memang sedap pasti tak menyesal kalau buat.
KUETIAU KUNG FU
BAHAN-BAHAN (untuk 3 orang makan):
500 gm kuey teow/ 3 keping yee mee
3 biji telur
Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak. Pukul 1 biji telur dgn lada sulah hingga rata dan masukkan kuetiau anggaran seorang makan kacau rata. Goreng hingga garing. Angkat dan Ketepikan.
BAHAN-BAHAN KUAH:
3-4 ulas bawang putih – ketuk
1 mangkuk isi ayam
5 ekor udang
3 ekor sotong
1 batang karot dihiris
2 pohon sayur sawi
1 mangkuk bunga kubis
1 sdk lada sulah
1 kiub ayam
1 1/2 sdb tepung jagung + air sikit
Air anggaran 4 cawan
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masukkan air dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan sotong dan udang.
Setelah mendidih, masukkan bunga kubis, carrot dan sayur sawi.
Akhir sekali, masukkan kiub pati ayam dan garam secukupnya.
Masukkan air bancuhan tepung jagung. Masak hingga kuah pekat.
Tuang kuah atas kuey teow yang telah digoreng tadi. Tabur bawang goreng, jika suka. Sedia untuk dihidangkan.