Cara Masak Cucur Jagung Yang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam

Share
Cucur Jagung memang enak dijadikan hidangan untuk minum petang. Dimasak pula dengan jagung segar, bertambah manis Cucur Jagung kita. Nak buat Cucur Jagung yang rangup di luar, lembut di dalam pun ada caranya. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Ana Mariana Ismail ini. Gerenti jadi!

CUCUR JAGUNG

BAHAN-BAHAN:
  • 2 batang jagung | isi jagung dihiris
  • Tepung gandum
  • Cili kisar
  • Udang kecil atau ikan bilis | ditumbuk kasar
  • Bawang besar | dihiris
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk ikan bilis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji telur
  • Air suam
**Anggaran bahan mengikut kuantiti tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung gandum (agak-agak padan dengan bahan-bahan lain), isi jagung, bawang besar, udang, serbuk kunyit, garam, gula, serbuk ikan bilis, cili kisar dan telur di dalam mangkuk.
2. Bancuh adunan dan pastikan ia tidak terlalu pekat atau cair. Masukkan air sedikit demi sedikit, agak-agak senang untuk jemput adunan menggunakan tangan. Gaul sebati.
3. Kemudian, goreng cucur menggunakan minyak yang banyak serta api sederhana.
4. Apabila cucur sudah bertukar keperangan atau keemasan, boleh angkat dan toskan minyak.
5. Siap. Cicah dengan sos cili memang sedap.
Kredit resipi & foto: Ana Mariana Ismail

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

Published by
Naqiyatul Uzma