Cara Masak Daging Goreng Cendawan, Campak-Campak Sedap Nih…

Share

Makan nanti apa kata kita cuba menu Daging Goreng Cendawan super simple ni, Korang hanya perlu ada daging dan cendawan, bahan lain semua ada dalam dapur korang. Mudahnya menu ni .

Cuma siapkan bahan ikut resipi atau ikut kreativiti korang asal bahan asasnya daging dan cendawan. Pendek kata campak-campak je dalam kuali gerenti jadi, paling penting sedap terangkat dan membangkit selera.

DAGING GORENG CENDAWAN
.

BAHAN-BAHAN:

500gm daging batang pinang | hiris nipis memanjang
150gm cendawan shitake | hiris nipis – beli online DI SINI
5cm halia muda | hiris memanjang – beli online DI SINI
1 biji bawang Holland | dadu kasar
2 ulas bawang putih | titik
20gm daun bawang | potong 3cm
1/2 cawan biji cili benggala merah, kuning & hijau | potong dadu
1 sudu teh serbuk lada hitam- beli online DI SINI
1 sudu teh serbuk pati ayam – beli online DI SINI
1 sudu makan sos tiram – beli online DI SINI


2 sudu makan minyak masak –  beli online DI SINI
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.


2. Masukkan hirisan cendawan shitake dan cili benggala, kemudian gaul rata


3. Seterusnya, masukkan hirisan daging yang telah direbus.


4. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan serbuk pati ayam secukup rasa.
5. Lengkapkan rasa dengan sos tiram.


6. Sebelum angkat masukkan daun bawang. Sedia dihidangkan.

 

INGIN MENCARI AIR FRYER UNTUK MEMUDAHKAN ANDA MEMBUAT SAJIAN GORENG. JOM LAYARI DI SINI

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI -RESIPI INI :

 

 

 

 

Published by
Faridah Talib