
Orang sekarang kalau makan nak sedap, pastu tu kalau boleh tak mahu lama di dapur. Jawapanhya kenalah pilih menu ekspres seperti Daging Goreng Serai ni. Menu sempoi yang anda semua boleh sediakan tak lebih dari 15 minit. Sambil tunggu nasi masak bolehlah goreng daging ni, gerenti korang tidak menyesal. Sesuai sangat untuk si bujang atau mak-mak yang bekerja.
DAGING GORENG SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 250gm daging batang pinang | rebus dan hiris nipis
- 1 biji bawang besar| dihiris bulat
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 2cm halia | dihiris memanjang
- 3 batang serai| dihiris serong
- 1 biji cili merah| dihiris memanjang
- ½ biji cili benggala
- Sedikit hirisan lobak merah
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Panaskan minyak. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan bawang merah dan serai hingga wangi.

LANGKAH 2: Masukkan pula hirisan daging, kacau lebih kurang 2-3 minit

LANGKAH 3: Masukkan sos tiram

LANGKAH 4: Masukkan sos cili, tomato, garam dan gula secukup rasa.

LANGKAH 5: Akhir sekali masukkan hirisan lobak merah, cili merah dan cili benggala. Kacau 1-2 minit, angkat dan hidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Daging Goreng Thai Stail Ibu. Sedap Makan Dengan Nasi Putih

Daging goreng Thai stail ibu ini memang sedap. Seperti kebanyakan masakan Thai lain, ia penuh aroma dan ada rasa masam dan pedasnya yang amat membuka selera.
Nak memasaknya bukan susah sangat. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Ameera ini ye. Gerenti makan bertambah!
Daging Goreng Thai Stail Ibu
Bahan-bahan:
400gm daging (potong dan bersihkan)
4 ulas bawang putih (hiris) – boleh beli online di sini
1 labu bawang merah besar (hiris) – boleh beli online di sini
Sedikit sos ikan (anggaran 1 sudu makan) – boleh beli online di sini
2 sudu makan cili kisar – boleh beli online di sini
Sedikit daun limau purut – boleh beli online di sini
1 biji tomato (belah 4)
Buah limau nipis – boleh beli online di sini
Daun ketumbar
Garam – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
3-5 batang cili padi (pilihan) – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Bahan Perap:
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil lada hitam – boleh beli online di sini
2 sudu makan sos tiram – boleh beli online di sini
Garam secukup rasa – boleh beli online di sini
Cara Memasak:

Satukan daging dan semua bahan perapan dalam satu bekas. Gaul sebati dan perap selama I jam. Ketepikan.

Panaskan minyak tumis bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga terbit wangi dan bawang layu.

Kemudian masukkan daging yang dah diperap tadi dan gaul sebati. Masukkan daun limau purut. Kemudian tutup periuk. Guna api sederhana sahaja. Masak daging sehingga lembut. Tapi rajin kacau-kacau ye.

Bila daging dah masak, masukkan cili kering kisar. Kalau nak pedas, boleh tambah kuantiti. Tambah pula sos ikan. Kemudian ambil sepotong limau nipis dan perahkan. Tambah gula secukup rasa.

Setelah itu masukkan tomato. Gaul rata. Nak masukkan cili padi pun boleh kalau suka pedas.
Last sekali, taburkan daun ketumbar.

Siap! Sedap makan dengan nasi putih panas-panas dan telur dadar. Peh!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
5 Manisan’Candy Buffet’, Ilham Hebat Dari Hotel The Pearl KL

Manisan,pana cotta, muffin dan bikut memang sedap makan setelah puas menikmati hidangan berempah majlis perkahwinan. Sekiranya anda masih mencari menu sesuai untuk Candy Buffet majlis perkahwinan anak atau rakan, jom semak lima resipi hebat daripada hotel The Pearl Kuala Lumpur ni.

Resipi yang diberi ni adalah ilham oleh barisan Chef The Pearl Kuala Lumpur Hotel yang diketuai Chef Pastri Wan Kaisa Ibrahim. Selamat mencuba.
1. PECAN BUTTERSCOTCH MUFFIN

BAHAN-BAHAN :
Bahan muffin :
- 300gm tepung naik sendiri
- 100gm gula halus
- 6gm baking powder
- 2gm garam
- 100ml susu
- 2 biji telur
- 6gm esen vanilla
- 100gm minyak jagung
- 30gm kacang pecan | ditumbuk
- 30gm coklat putih | dicairkan
- 100gm karamel
Bahan karamel :
- 100gm gula
- 20ml air
*Masak gula dengan air sehingga warna keperangan menjadi karamel
Bahan butterscotch:
- 150gm gula
- 50gm krim
- 25gm mentega
- 3gm garam
CARA MEMASAK :
Cara masak butterscotch :
1. Masak gula dan tambahkan air, masakkan dua bahan ini sehingga warna keperangan.
2. Masukkan krim dan kacau hingga likat sedikit, dan masukkan garam.
Cara masak muffin :
1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Ayak bahan kering (tepung, baking powder dan garam), masukkan ke dalam adunan telur dan gula tadi.
3. Pukul hingga sebati , masukkan esen vanilla, coklat putih, diikuti dengan minyak jagung.
4. Kacau kesemua adunan hingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam cawan kertas muffin bersaiz sederhana
6. Paipkan butterscotch dan hiaskan kacang pecan di atasnya
7. Panaskan oven dengan suhu 175 C- 180 C, dan bakar selama 20-25 minit atau hingga keperangan.
Saiz hidangan : 20 biji, cawan kertas sederhana
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Muffin
Keistimewaan : Rangup dengan kacang pecan dan manis butterscotch & karamel
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Usah tuang adunan melebih sukatan cawan kertas yang digunakan jika mahukan muffin terbentuk cantik.
2. PANNA COTTA WITH FRESH BERRIES

BAHAN-BAHAN :
- 250ml krim masakan
- 50ml susu segar
- 3ml esen vanila
- 10gm gelatin
- 40ml air
Buah-buahan secukupnya | dipotong kecil :
- Strawberi
- Anggur
- Kiwi
- Oren
CARA MEMASAK :
1. Campurkan krim masakan, susu segar, gula dan esen vanila ke dalam periuk dan panaskan hingga mendidih.
2. Sementara tunggu mendidih, campurkan gelatin dan air kacau hingga tidak berketul dan biarkan selama 5 minit (blooming )
3. Setelah campuran pertama tadi mendidih dalam periuk, perlahankan api dapur dan cairkan campuran kedua (gelatin) ke dalam ketuhar gelombang mikro
4. Tuangkan campuran kedua ke dalam periuk tadi dan kacau hingga sebati dan terus tuangkan ke dalam bekas yang mahu digunakan.
5. Letakkan bekas tadi ke dalam chiller selama satu malam.
6. Setelah panna cotta sudah siap, hiaskan hidangan anda menggunakan buah-buahan yang siap dipotong
Saiz hidangan : 20 cawan bekas plastik, 20ml setiap satu
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Puding
Keistimewaan : Kaya dengan rasa susu dan krim dan masam manis buah-buahan
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Adunan yang siap dimasak harus dituang segera dalam bekas, jika tidak ia akan mengental sebelum sempat dituang.
3. LEMON MERINGUE STICK

BAHAN-BAHAN :
- 240gm putih telur
- 450gm gula halus
- 45gm tepung jagung
- 150gm gula aising
- 15ml jus lemon
CARA MEMASAK:
1. Pukul putih telur dan gula hingga kembang.
2. Keluarkan dari dalam mixer dan gaulkan dengan bahan lain menggunakan spatula.
3. Masukkan tepung jagung, gula aising dan jus lemon ke dalam bahan yang telah kembang tadi masukkan kesemua bahan itu satu persatu.
4. Gaulkan secara ‘fold in’ dan kacau perlahan-lahan.
5. Paipkan adunan yang telah siap di atas pembakar yang dilapik atas kertas minyak mengikut bentuk dan kreativiti anda.
6. Bakar di dalam oven bersuhu rendah 45-50 darjah Celcius selama 3hingga 3 jam setengah.
Saiz hidangan : 4-5 orang makan
Waktu memasak : 3 jam setengah
Cara memasak : Bakar dengan suhu rendah
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Keistimewaan : Meringue berperasa limau yang penuh zest
Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Pastikan bekas yang anda gunakan untuk membuat meringue adalah kering dan bersih kerana meringue sensitif dengan air
4. CINNAMON SUGAR SHORTBREAD COOKIES

BAHAN-BAHAN :
- 108gm mentega
- 60gm gula
- 163gm tepung gandum
- 30gm serbuk kayu manis
- 30gm gula
CARA MEMASAK :
1. Masukkan mentega dan gula ke dalam mixer dan pukul hingga kembang.
2. Masukkan tepung yang telah diayak perlahan-lahan ke dalam adunan
3. Gaul sehingga ia menjadi doh semula kemudian simpan doh tersebut ke dalam chiller selama 15 minit.
4. Keluarkan doh dan canaikan sehingga 3 sm tebal.
5. Terap doh dalam bentuk bulan dan susun atas dulang pembakar yang dilapik kertas minyak.
6. Campurkan serbuk kayu manis dengan gula dan gaul sebati, taburkan atas permukaan doh.
7. Masukkan ke dalam oven dengan suhu 170-180 darjah Celcius selama 25-30 minit.
Saiz hidangan : 30 keping
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Biskut
Keistimewaan : Biskut rangup beraroma dan rasa kulit kayu manis berempah
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Jangan lupa menyimpan doh di dalam chiller untuk biskut yang lebih rangup.
5. PANDAN MACAROON WITH KAYA FILLING

BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
- 150gm gula aising
- 150gm serbuk badam
- 55gm putih telur
- 10gm perasa pandan
Bahan B :
- 55gm putih telur
- 43gm air
- 150gm gula
Bahan inti kaya :
- 100gm kaya
- 50gm topping cream
*Pukul topping cream hingga kembang, masukkan kaya dan kacau hingga sebati.
CARA MEMASAK :
Langkah untuk bahan A :
1. Ayak gula aising dan serbuk badam ke dalam satu mangkuk.
2. Campurkan putih telur ke dalam tepung tadi dengan cara kaup balik dan kacau dengan perlahan, jangan kacau terlalu lama kerana ia akan menjadi cair
3. Kacau hingga sebati dan kemudian letakkan perisa pandan ke dalamnya dan kacau hingga sebati.
Langkah untuk bahan B :
1. Masukkan putih telur ke dalam dalam mixer dan pukul hingga kembang.
2. Gula dan air perlu dimasak hingga suhu 121 darjah Celcius
3. Masukkan air gula yang dimasak tadi ke dalam mixer sambil guna kelajuan paling tinggi. Tuangkan air gula perlahan-lahan ke dalam mixer.
4. Pukul hingga kembang dan stabil (jika terbalikkan mangkuk mixer, meringue di dalamnya tidak akan jatuh).
Langkah final :
1. Campurkan adunan A dan B dengan cara kaup balik , gaul hingga sebati.
2. Setelah siap anda boleh paipkan macaroon di atas dulang berlapik kertas minyak
3. Gunakan pewarna makanan yang anda mahu gunakan dan paipkan mengikut bentuk yang disukai.
4. Biarkan dalam suhu bilik dalam 10 hingga 15 minit.
5. Bakar dalam oven dalam suhu 180-185 darjah Celcius selama 20-25 minit
6. Biarkan macaroon yang siap dibakar dalam suhu bilik sehingga ianya sejuk
7. Paipkan inti di tengah-tengah sebelum cantumkan kedua belah macaroon
Saiz hidangann: 30 keping, satu set dua belah
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Meringue
Keistimewaan : Manisan berperisa pandan yang lembut dan cair di mulut
Anggaran kos : RM 21
INFO CHEF : Penyediaan maroon perlu dibuat dengan cepat untuk mengelakkan adunan daripada mencair.
FOTO : AZFARINA SULAIMAN
RESIPI : KETUA PASTRI CHEF WAN KAISA IBRAHIM, MUHAMMAD SYAMSUL FITRI ABD JALIL, NUR FARHANA MOHD SAID & MOHDHAZRIL ROAIZAD
TERIMA KASIH : THE PEARL HOTEL KUALA LUMPUR, Batu 5, Jalan Klang Lama, KL. www.pearl.com.my
2 Resipi Sambal Petai, Bahaya Untuk Korang Yang Tengah Diet

Kalau tengah diet, jangan berani tengok resipi ni tau. Kang ada yang hancur dietnya. Petai adalah salah satu ulam yang sangat sedap. Walaupun baunya kurang menyenangkan namun ulam bernama petai mempunyai tarikan tersendiri.
Harga petai pun sekarang ni boleh tahan. Sedap dimakan mentah atau dimasak menjadi sambal. Hari ini RASA ingin kongsikan dua resipi berasaskan petai yang gerenti sedap, sekali makan pasti tambah lagi. Tak percaya cubalah.
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS

BAHAN-BAHAN
250 gram ikan bilis | kopek
200 gram cawan isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR
6 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
4. Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
6. Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
7. Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
8. Angkat dan hidangkan.
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN
200 gram ikan bilis | kopek
200 gram isi petai
3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR
15 biji cili padi
3 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
2. Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
5. Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
8. Tutup api dan sedia dihidangkan
Selamat mencuba!

