
Sedapnya Daging Goreng Thai Tyle perkongsian Chef Azahari Abdullah ni. Bahan-bahan nampak mudah dan hasilnya pun buat rasa tak sabar nak cuba. Anda bercadang nak masak lauk daging hari ni? Resipi terbaik ni antara yang boleh dipertimbangkan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESEPI DAGING GORENG THAI STYLE
BAHAN-BAHAN:
- 800gm daging
- 5 sudu teh biji ketumbar – dikisar / ditumbuk
- 4 ulas bawang putih – ditumbuk / dihiris halus
- 1 sudu makan lada hitam – dikisar / ditumbuk
- 2 sudu makan sos tiram
- Garam secukup rasa
- Mentega atau marjerin untuk menumis
BAHAN SOS:
- 3 sudu makan serbuk cili thai
- Gula kabung atau gula somtam – jika tiada, guna 2 sudu makan gula putih
- 2 sudu makan beras – sangai dan kisar halus
- 2 sudu makan jus limau nipis
- 3 sudu makan air asam jawa
- Kicap sotong atau sos ikan secukupnya
- 3 ulas bawang merah kecil – hiris nipis
- Daun ketumbar & daun bawang secukupnya
- Sedikit air – jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan daging dan hiris nipis. Kemudian satukan dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap 30 minit atau 2 jam.
2. Campurkan bahan-bahan sos. Kacau sebati. Ketepikan.
3. Panaskan mentega dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi.
4. Masukkan daging yang telah diperap. Masak hingga air daging keluar dan daging kelihatan keperangan.
4. Tambahkan sos. Gaul sebati dan masak lagi hingga daging empuk.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Chef Azahari Abdullah
ANDA JUGA KENA CUBA NI:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Daging Goreng Kentang 5 Bahan. 15 Minit Dah Siap Masak.

Isi Kandungan
ToggleTercari-cari menu yang sedap, mudah dimasak serta tak guna banyak bahan? Resipi Daging Goreng Kentang perkongsian saudari Nadia Mohamad ni tersangatlah mudah. Sesuai dijadikan sajian makan tengah hari. Kalau suka makan lauk pedas, sesuai sangat cuba menu ni. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK DAGING GORENG KENTANG 5 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji ubi kentang | dipotong kecil
- Sedikit daging | dihiris dan digaul garam serta kunyit
- 1 biji bawang holland | dikisar
- 5 biji cili merah | dibuang biji dan dikisar
- Sedikit garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2. Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3. Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4. Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5. Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nadia Mohamad
Peti sejuk tak muat & nak cari FREEZER baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Cara Buat Kuih Tepung Pelita Dalam Jumlah Sedikit & Tak Perlu Kukus.
Petua Simpan Lengkuas Agar Tahan Lama, Lembut & Mudah Dipotong.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Suka Lauk Pedas Bercili? 2 Menu Berasap Ni Pasti Buat Anda Puas Hati.

Masakan bercili memang sedap terutamanya jika makan dengan nasi panas-panas. Lagi pedas, lagi laju suap ke mulut. Kata orang, bertambah selera. Kalau anda memang peminat masakan pedas, dua menu bercili ini memang kena cuba.
1. AYAM BALADO PADANG
BAHAN-BAHAN A:
- 500ml air
- 1 ekor ayam | potong kecil
- 2 helai daun salam
- 2 batang serai | dititik
- 3cm lengkuas | diketuk
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
- 8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4 biji buah keras
- 1 sudu makan ketumbar
- 3cm halia
- 1 sudu teh garam
BAHAN-BAHAN C (TUMBUK KASAR):
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 10 biji cili merah
- 1 biji tomato
- 3 sudu makan air asam
- 1 sudu teh gula
- ½ sudu teh garam
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan-bahan A dan bahan-bahan B yang telah dikisar lalu rebus hingga air kering.
- Angkat ayam dari periuk.
- Goreng ayam di dalam minyak yang panas hingga keperangan. Toskan. Ketepikan.
- Bahan-bahan C ditumbuk kasar dan gaul sebati. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan C hingga harum dan sesuaikan rasanya. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Boleh tambah cili padi jika mahu lebih pedas.
2. DAGING KASTURI BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging | potong kecil dan rebus empuk
- 1 cawan air rebusan daging
- 1 cawan santan
- 3 batang serai muda | ketuk
- 3 helai daun limau purut | siat
- 4-5 biji limau kasturi | ambil jusnya
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
- 10 biji cili merah
- 8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm lengkuas
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga cili masak.
- Masukkan serai dan daun limau purut.
- Masukkan daging yang telah direbus bersama santan dan air rebusan daging. Didihkan hingga semua bahan masak sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan tambah jus limau kasturi lalu kaup-balikkan sebati.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
Koleksi Resipi Casserole Enak & Mudah Air Tangan Chef Khairi

Sesekali nikmati menu barat di hujung minggu memang layan juga. Khas buat anda, RASA kongsikan aneka menu casserole yang mudah dan enak. Menu yang disediakan oleh Chef Khairi ini memberikan idea untuk anda menyediakan sajian casserole sendiri di rumah ikut citarasa keluarga. Memang sedap! Pasti tak menyesal jika cuba.
1. CHICKEN CHEESE POTATO CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
- 50gm hash brown sejuk beku
- 60gm whipping cream
- 20gm tepung gandum
- 30gm mentega
- 1/2 sudu teh serbuk paprika
- 50gm Shredded Cheddar Cheese / keju Cheddar parut
- 70gm isi ayam kisar
- 20gm lobak merah | dihiris halus
- 20 gm bawang merah | dicincang halus
- 30gm Japanese Breadcrumbs / serbuk roti Jepun
- 1 biji telur
- Garam ikut keperluan
- Serbuk lada hitam ikut keperluan
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada 180 C.
- Campurkan ayam kisar, lobak merah, serbuk roti, garam, lada sulah. Gaul hingga sebati.
- Ambil aduan dan bentukkan bulat-bulat. Lakukan sampai habis adunan dan masukkan dalam peti sejuk selama 15 minit.
- Sementara itu, sediakan sos.
- Panaskan mentega dan campurkan tepung di dalam nya, kemudian tambah serbuk paprika, cream cheese dan whipping cream. Kacau sebati dengan api sederhana sehingga pekat.
- Kemudian panaskan air dalam periuk, apabila mendidih masukkan bebola ayam lebih kurang lapan minit.
- Panaskan sedikit mentega dalam kuali, kemudian masukkan bebola ayam. Goreng seketika untuk mendapatkan warna keperangan.
- Masukkan hash brown dalam casserole, kemudian masukkan bebola ayam di atasnya.
- Tuangkan pula sos di atasnya sehingga meliputi bebola ayam.
- Akhir sekali, taburkan cheddar cheese sebelum dibakar lebih kurang 20-25 minit.
INFO CHEF: Untuk menjimatkan masa membuat bebola daging, anda boleh menggunakan bebola daging yang ada dijual di pasaran.
2. SEAFOOD CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping fillet ikan
- 30gm udang |buang kulit
- 50gm bawang besar | cincang
- 30gm mentega
- 30gm tepung gandum
- 70gm whipping cream / krim putar
- 10gm cuka epal
- 50gm Sherdded Cheddar Cheese / keju Cheddar parut
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
- Panaskan sedikit mentega dalam kuali menggunakan api sederhana panggang fillet ikan sehingga warna keperangan.
- Kemudian panggang pula udang. Angkat dan ketepikan.
- Gunakan kuali yang sama. Tumiskan bawang merah, masukkan tepung dan whipping cream dan kacau sebati hingga kuah pekat.
- Lengkapkan rasa dengan sedikit garam dan cuka epal.
- Masukkan fillet ikan, udang di dalam casserole. Tuangkan sos di atasnya.
- Akhir sekali taburkan cheese di atasnya , titikkan mentega di atas dan bakar selama 15-25 minit.
- Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Untuk isian seafood anda boleh pelbagai jenis isiannya.
3. POTATO & LEEK CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
- 100gm kentang | dipotong dadu
- 60gm whipping cream / krim putar
- 30gm krim masam
- 50gm bawang holland |dihiris
- 40gm leek | dihiris
- 30gm mentega
- 50gm Shredded Cheddar Cheese / keju Cheddar parut
- Garam jika perlu
- Lada hitam jika perlu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
- Cairkan mentega dalam kuali atas api sederhana, tumis bawang hingga layu dan masukkan leek sehingga wangi.
- Masukkan pula kentang, kacau hingga kentang keperangan, lengkapkan rasa dengan lada hitam dan garam secukup rasa.
- Panaskan whipping cream di dalam periuk, masukkan krim masam biarkan sehingga pekat.
- Masukkan tumisan kentang dan leek dalam mangkuk casserole, tuangkan sos dan taburkan ceddar cheese di atasnya.
- Bakar selama 15-2 minit atau hingga bahagian atasnya kelihatan perang keemasan.
INFO CHEF: Untuk menjimatkan masa anda boleh menggunakan bebola daging yang ada dijual di pasaran.
4. CHEESY CHICKEN & HERB RICE CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
- 100gm beras
- 100gm bawang holland | dicincang
- 10gm bawang putih |dicincang
- 40gm sayur campur
- 40gm cendawan |dihiris
- 150 whipping cream / krim putar
- 20gm mentega
- 50gm fillet ayam
- 1 sudu teh serbuk paprika
- 2 sudu teh kicap
- 1/2 sudu teh rosemary kering
- 10gm parsly |dicincang
- 100gm Shredded Cheddar Cheese / keju Cheddar putar
- Garam jika perlu
- Lada hitam jika perlu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C sementara sediakan bahan lain.
- Gaulkan garam, serbuk lada hitam daun rosemary, serbuk paprika dan bawang putih bersama fillet ayam. Perap lebih selama 30 minit.
- Basuh beras, kemudian ketepikan.
- Panaskan mentega dalam periuk dengan api sederhana, tumiskan bawang Holland hingga wangi, masukkan beras diikuti beras. Masak seperti masak nasi biasa.
- Di dalam periuk lain, tumiskan bawang dengan sedikit mentega sehingga wangi dan masukkan sayur campur.
- Masukkan whipping cream, kacau sehingga kuah pekat.
- Sapukan casserole dengan mentega, masukkan nasi di lapisan bawah diikuti dengan campuran sayur campur dan akhir sekali fillet ayam di atasnya.
- Akhir sekali liputi bahagian atas dengan cheddar cheese. Kemudian bakar selama 15-20 minit atau sehingga permukaan atas bertukar warna perang keemasan.
INFO CHEF: Untuk lebih rasa cendawan anda boleh gunakan cendawan segar.
5. POTATO & SAUSAGE CASSEROLE
BAHAN-BAHAN:
- 100gm kentang | dipotong dadu
- 100gm sosej |dihiris
- 50gm bawang Holland |dihiris
- 30gm tepung gandum
- 60gm whipping cream / krim putar
- 30gm mentega
- 50gm Shredded Cheddar Cheese / keju Cheddar parut
- Secubit serbuk paprika
- Garam ikut keperluan
- Serbuk lada hitam ikut keperluan
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C sementara itu sediakan bahan lain.
- Panaskan kuali, tumiskan bawang bersama sedikit mentega, kemudian masukkan hirisan sosej, kentang, Masak sehingga wangi.
- Campurkan tepung bersama whipping cream dengan api perlahan. Kacau sehingga sos menjadi pekat. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
- Masukkan sos ke dalam mangkuk casserole, kemudian masukkan campuran isian kentang dan sosej di atasnya, diikuti hirisan keju dan taburkan paprika di atasnya.
- Bakar selama 15-20 minit atau sehingga permukaan atasnya bertukar warna perang keemasan.
INFO CHEF: Untuk hidangan lebih cantik boleh juga gunakan mangkuk casserole yang kecil.