Garlic Nan homemade atau Roti Nan Bawang Putih ni memang sangat sedap kalau makan panas-panas. Jika kena yang betul-betul padu, makan tanpa kuah pun dah cukup membuka selera. Untuk menikmatinya, kebanyakkan kedai-kedai makan mamak ada menjual menu ni. Tapi, di musim PKP ni agak susah nak beli.  Jom cuba resipi perkongsian saudari Amie Samuri ni. Sekali cuba pasti puas hati.

 

RESIPI GARLIC NAN / ROTI NAN BAWANG PUTIH HOMEMADE YANG SANGAT SEDAP

Cara Masak Garlic Nan Homemade Yang Sangat Mudah & Sedap

 

BAHAN-BAHAN DOH:

Ads
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan yis
  • 1 sudu makan susu pekat manis – boleh abaikan
  • 1 sudu makan gula
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh RFB atau sebarang pelembut roti (bread improver) – RFB adalah agen untuk menggantikan bread improver yang diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan.
  • 4 sudu makan minyak zaitun / minyak masak

BAHAN SAPUAN:

  • Mentega
  • Bawang putih cincang
  • Daun ketumbar atau parsley cincang secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan doh dan uli sehingga agak licin.

2. Perap doh hingga naik 2 kali ganda. Tumbuk buang angina dan canai nipis.

3. Rehatkan doh selama 5 minit.

4. Satukan mentega dan bawang putih. Gaul sebati dan sapukan pada doh tadi. Tabur daun ketumbar atau parsli dengan secukupnya.

Cara Masak Garlic Nan Homemade Yang Sangat Mudah & Sedap

Cara Masak Garlic Nan Homemade Yang Sangat Mudah & Sedap

5. Masak doh menggunakan kuali non-stick dan tutup penutup periuk.

6. Bila dah keperangan, terbalikkan dan masak sebelah lagi hingga keperangan.

Cara Masak Garlic Nan Homemade Yang Sangat Mudah & Sedap

Ads

7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Cara Masak Garlic Nan Homemade Yang Sangat Mudah & Sedap

Cara Masak Garlic Nan Homemade Yang Sangat Mudah & Sedap

INFO: Jika tiada pelembut roti (bread improver), boleh gantikan dengan 1 sudu teh baking powder atau double action powder untuk dapatkan tekstur roti yang lembut walaupun sejuk.

 

Ads

Kredit resipi & foto: Amie Samuri

 

RESIPI DI BAWAH NI PUN BOLEH CUBA TAU

Resipi Paprik Udang Banjir. Sedap & Mudah Masak.

https://www.rasa.my/resipi-kuih-cucur-topi-mudah-hanya-guna-4-bahan/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI