Cara Masak Gulai Ikan Kering Sedap Cara Tradisional Kelantan.

Share

Di Kelantan, menu nasi berlauk memang popular dan mempunyai beberapa pilihan lauk pauk. Antara yang popular ialah Gulai Ayam, Gulai Ikan Tongkol

dan banyak lagi. Salah satu yang paling sedap adalah Gulai Ikan Kering @ Ikan Masin. Kena pula makan dengan nasi putih panas dan sambal belacan tumbuk. Fuhhh…Memang padu! Gulai ni pula ada macam-macam rencah dalam kuahnya. Ada timun, nanas dan cili. Lagi lama diperangat, lagi sedap! Nak cuba resipi perkongsian Puan Zatul Hernani ni
? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI GULAI  IKAN KERING SEDAP VERSI KELANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 ekor ikan kering | dibasuh
  • Timun | dibelah kecil
  • 5-6 biji cili hijau
  • 1 -2 keping nanas | dipotong dadu
  • Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3-4 tangkai cili kering
  • 1 biji cili merah
  • 2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
  • 2 inci kunyit segar
  • Sedikit lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
  2. Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
  4. Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
  5. Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
  6. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Zat Hernani

Link asal resipi: https://goo.gl/6HkkwV

Published by
Nur