Semua orang boleh buat sambal ikan, tidak kira sambal itu sambal cili padi, sambal cili kering mahu pun menggunakan cili boh. Yang penting sambal kena tumis sampai masak, mesti ada asam, garam dan gula dan paling penting gunakan ikan yang segar, goreng minyak banyak supaya garing dan tidak lekat di kuali.  Sambal Bawal Tiga Rasa ini boleh anda semua cuba, gerenti tak menyesal punya.

 Cara Masak Ikan Bawal 3 Rasa, Gerenti Jilat Jari.

BAWALTIGA  RASA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersih, kelar-kelar dan gaul bersama sedikit garam kunyit
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 1/2 sudu makan sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

BahanKisar:

Ads
  • 2 biji cili merah
  • 5 tangkai cili padi
  • 2 biji bawang merah
  • 1 batang serai | jika suka
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil jus limau kasturi

LANGKAH DEMI LANGKAH:

Cara Masak Ikan Bawal 3 Rasa, Gerenti Jilat Jari.

LANGKAH1: Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan sampai garing. Angkat dan ketepikan.

Cara Masak Ikan Bawal 3 Rasa, Gerenti Jilat Jari.

LANGKAH  2: Keluarkan minyak tinggalkan sedikit dan tumis hirisan bawang besar tadi.

Cara Masak Ikan Bawal 3 Rasa, Gerenti Jilat Jari.

LANGKAH 3: Masukkan bahan kisar.

Ads

Cara Masak Ikan Bawal 3 Rasa, Gerenti Jilat Jari.

LANGKAH 4 : Kacau sebati hingga pecah minyak.

Cara Masak Ikan Bawal 3 Rasa, Gerenti Jilat Jari.

LANGKAH 5: Masukkan sos cili dan kacau rata lagi.

Ads

Cara Masak Ikan Bawal 3 Rasa, Gerenti Jilat Jari.

LANGKAH 6 : Perasakan dengan garam dan gula, kemudian tuangkan sos di atas ikan goreng tadi.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI