Cara Masak Ikan Lengat Yang Sedap, Tak Hanyir & Tahan Lama.

Share

Pernah cuba makan Ikan Lengat? Ha…bagi yang biasa, pasti tahu macam mana seleranya kalau makan lauk ni kan? Sangat ringkas tapi ia mampu membuka selera makan. Kalau orang Pantai Timur, Ikan Lengat ni dikenali dengan nama ikan rebus atau ikan kukus. Ada rasa masam-masam masin sikit. Memang sedap! Nak cuba resipi perkongsian saudari Salmah Wawa

ni? Jom lihat bahan-bahannya.

 

IKAN LENGAT HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg ikan temenung lemak – boleh juga guna ikan kembung atau sardin
  • 4 sudu makan garam – lebihkan 3 kali ganda jumlah garam yang kita guna untuk ikan goreng biasa
  • 10 keping asam gelugur/ keping – ikut selera masing-masing nak masam atau tak

 

CARA MEMASAK:

1. Siang ikan dan bersihkan. Kemudian perap bahan-bahan diatas bersama ikan selama 1 jam.

2. Susun dalam periuk kukusan dan kukus sehingga ikan masak.

3. Bila dah masak, simpan ikan dalam bekas tertutup. Simpan dalam peti sejuk.Lagi lama disimpan, lagi sedap dan masam. Ikan ini tahan lama.

4. Bila nak digoreng, jangan letak garam atau serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sahaja.

5. Selain goreng, ikan lengat ni sesuai juga dimasak sambal atau masak asam.

 

Kredit resipi & foto: Salmah Wawa

 

Nak lebih banyak resipi berasaskan ikan? Dapatkan disini.

Published by
Nur