Cara Masak Ikan Pari Masak Kuah Lada Yang Sedap, Rugi Tak Cuba.

Share

Sesekali masak Ikan Pari Kuh Lada, masakan popular orang Melaka memang layan, rasa pedas hangat dan sedap ni memang mengundang selera makan. Jika anda memasaknya, jangan lupa buat lebih kerana, lagi diperangatkan kuah akan menjadi lebih sedap. Selain makan dengan nasi, lauk ini juga sedap dicicah dengan roti jalan, roti dan roti canai. Terpulang pada citarasa anda dan keluarga. Untuk resipi penuh, berikut dikongsikan resipinya.

IKAN PARI MASAK KUAH LADA
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan pari | potong sederhana
15 tangkai cili kering | kisar
1 keping kelapa bakar | hiris kecil dan tumbuk hingga jadi seperti kerisik
1 cawan air asam jawa
2-3 helai daun limau purut
2 biji tomato | belah empat
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
Bahan Kisar:


2cm halia
3cm kunyit hidup
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Bahan Goreng Sangai & Kisar:

1 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
1 sudu makan lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan kelapa bakar yang telah ditumbuk tadi.
  4. Apabila timbul minyak, masukkan ikan dan air asam jawa. Tambahkan air secukupnya.
  5. Setelah mendidih masukkan daun limau purut dan tomato.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Biarkan mereneh seketika baru tutup api.
  8. Ikan Pari Kuah Lada sedia dihidangkan.
Published by
webadmin