Cara Masak Ikan Sardin Homemade Tanpa Guna Tomato Puri

Share

Ikan Sardin memang sedap malah kalau buat sendiri secara homemade pasti rasa lebih yakin dan dijamin halal. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri hidangan ini, saudari Bahiah Saripuddin ada kongsikan resipinya. Jom cuba.

RESIPI IKAN SARDIN HOMEMADE TANPA GUNA TOMATO PURI

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ikan selayang – buang ekor dan kepalanya
  • 2 biji tomato
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 2-3 sudu makan sos tomato
  • Sedikit air – jika suka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak masak
  • 1 biji cili hijau – hiris
  • 1/2 biji bawang holland – hiris

CARA MEMASAK:
1. Kisar tomato, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.


2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.


3. Masukkan sos tomato. Tambah sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih.


4. Seterusnya masukkan ikan. Biar seketika hingga isi ikan sedikit masak.


5. Perasakan dengan garam dan juga gula dengan secukupnya.


6. Kemudian masukkan hirisan bawang holland dan cili hijau. Kacau sebati.


7. Bila ikan sudah masak sepenuhnya, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Bahiah Saripuddin

Published by
Nur