Sedap juga jika ikan talapia digoreng garing dan dituang kuah bersos limau. Rasa masam, masin, manis dan pedas yang mampu membuka selera. Balance semua rasa, lagi-lagi bila dapat isi makan yang segar dan sedap. Jom kita ikut resipi yang dikongsi oleh Marina Ismail. Selamat mencuba!
Nasi iaitu dari beras basmathi boleh dimasak dengan pelbagai cara masakan. Lebih-lebih lagi nasi dari negara Arab mahupun Mediterranean.
Kalau masak guna basmathi tu jangan lupa direndam dahulu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum memasak. Barulah gebu nasi tu.
Ni min kongsikan 4 resipi Nasi dari negara Yemen, Turki, Palestin dan Mesir. Boleh jadikan juadah raya.
1. NASI DAGING YEMEN
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong kiub besar
4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
2 biji bawang besar | mayang halus
4 cawan air rebusan daging
3 sudu makan mentega/minyak sapi
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh air rendaman safron
1 sudu teh jus lemon
2 helai daun bay leaf
1 sudu teh biji lada hitam
5 ulas bawang putih
Garam dan gula perang secukupnya
Bawang goreng dan kismis secukupnya
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia |kisar
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging bersama bay leaf, lada hitam dan bawang putih hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B dan bawang besar yang dimayang halus hingga wangi.
3. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis bersama sedikit air lalu teruskan menumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging yang telah direbus bersama air rebusan daging. Masukkan beras, garam dan gula perang secukup rasa. Tanak hingga masak.
5. Tuang air rendaman safron dan jus lemon ke dalam nasi. Kacau sebati.
6. Tambah bawang goreng dan kismis jika suka.
7. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 4-5 orang Jenis hidangan : Yemen Keistimewaan : Penuh perisa Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef:Tidak perlu masak lauk lain kerana sudah terdapat daging di dalam nasi.
2. NASI KOSHARY RINGKAS (MESIR)
BAHAN-BAHAN A:
4 cawan beras basmathi | basuh dan toskan
4 cawan air rebusan ayam/daging
½ cawan tomato puri
½ cawan kacang dhal | rebus hingga empuk
1 sudu teh air rendaman safron/pewarna kuning
Garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
2 sudu makan minyak sapi
4 ulas bawang merah |mayang halus
2 ulas bawang putih | mayang halus
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan B hingga wangi.
2. Masukkan beras, tomato puri dan air rebusan ayam/daging.
3. Tambah garam, lada sulah, lada hitam dan tanak hingga nasi masak.
4. Renjiskan air rendaman safron/pewarna kuning dan gaul rata.
5. Gemburkan nasi sebelum dihidangkan bersama lauk-pauk yang bersesuaian.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Mesir Keistimewaan : Penuh perisa dan lemak Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef:Jika ikut resipi asli dari Mesir mereka akan menambah ½ cawan kacang kuda dan ½ cawan makaroni ketika nasi sedang mendidih. Kacang kuda direndam dulu.
3. NASI TURKI KAMBING
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | basuh & toskan
2 cawan air rebusan daging kambing
2 cawan susu cair
300gm daging kambing | potong dadu sederhana & rebus empuk
2 biji ubi kentang |belah empat
2 biji tomato | potong bulat
1 batang lobak merah |potong bulat
3 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Kismis & bawang goreng | untuk hiasan
2 – 3 biji telur rebus | pilihan
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia
2 sudu teh jintan putih
BAHAN-BAHAN C:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan B dan C hingga wangi dan naik bau.
2. Masukkan daging kambing berserta air rebusan, susu cair, beras, garam, ubi kentang dan lobak merah lalu didihkan hingga nasi tanak.
3. Gemburkan nasi menggunakan garpu dan ratakan.
4. Jika suka boleh tambah 2-3 biji telur yang telah direbus ketika cecair telah sejat dan gaulkan sebati. Tabur dengan kismis dan bawang goreng.
5. Angkat dan sedia dinikmati
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Turki Keistimewaan : Rasa daging kambing Jenis masakan : Nasi Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Enak jika dihidangkan bersama sup dan salad sayuran sebagai tambahan.
4. Nasi Maqlubah Kambing (PALESTIN & SYRIA)
BAHAN-BAHAN :
1 kg beras basmathi /basuh dan rendam setengah jam
2 kg daging kambing /dipotong kiub 2 inchi@ 5 sm
4 sudu makan rempah Maqlubah
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 liter air stok daging
2 biji bawang besar /dimayang
10 ulas bawang putih/ diketuk
2 batang kayu manis
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
5 biji cili hijau / potong 1 inci@ 2.5 sm
3 biji lobak merah /dihiris dan goreng kuning keemasan
CARA MEMASAK :
1. Daging kambing direbus selama 30 minit, dan ambil air stoknya.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk.
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
4. Masukkan cili hijau bersama rempah ratus kayu manis, cengkih, pelaga, tumis hingga naik bau.
5. Masukkan rempah maqlubah dan serbuk lada hitam . Tumis hingga pecah minyak.
6. Masukkan air rebusan daging kambing dan masukkan garam halus
7. Didih dengan api perlahan selama 45 minit. Angkat asingkan kambing dan masukkan pula beras.
8. Kacau dan ratakan beras, laraskan sukatan air kira-kira 40 mm melebihi paras beras.
9. Biarkan mendidih dengan api sederhana dan tutup api sebelum kering.
10. Sediakan periuk lain, masukkan satu sudu makan minyak masak.
11. Masukkan satu senduk daging kambing, masukkan satu lapisan sayuran yang telah digoreng tadi diikuti satu lapisan beras. Lapiskan sayur, daging dan beras secara berselang seli.
12. Setelah semua dimasukkan keringkan nasi menggunakan api paling kecil selama 20 minit.
13. Setelah masak ambil dulang dan tutup periuk menggunakan dulang. Angkat periuk dan terbalikkan atas dulang tadi dan ketuk perlahan-lahan bahagian luar periuk.
14. Tarik periuk keluar perlahan-lahan dan hiaskan nasi dengan hirisan lemon, daun pudina dan tomato.
Saiz hidangan : 8 -10 orang Waktu memasak : 1 jam 45 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis hidangan : Nasi Arab Palestin dan Syria Keistimewaan : Berbeza dengan nasi Arab yang lain, nasi Maqlubah menggunakan sayur goreng sebagai ramuan. Anggaran kos : RM 70
INFO CHEF: Nasi Maqlubah adalah sajian Arab yang terkenal di Palestin dan Syria. Campuran daging dan sayur menjadikan ia sajian nutrisi lengkap berempah dan lazat.
Kuih talam memang boleh dikatakan menjadi salah satu pemanis mulut yang diminati oleh masyarakat kita. Kuihnya lembut dan rasanya yang manis memikat selera. Kini pelbagai jenis kuih talam dihasilkan untuk mendapatkan kelainan.
RASA tampilkan Kuih Talam Lapis Cendol pada hari ini. Haaaa, cendol bukan setakat boleh dijadikan minuman je tau. Tapi turut boleh dibuat kuih talam. Jom cuba.
Talam Lapis Cendol
Bahan lapisan atas:
200 gram tepung beras
250 ml santan
450 ml air
2 sudu besar tepung jagung
150 gram gula
1 sudu kecil garam
250 gram cendol
Cara membuat:
1.Campur bahan di atas masakkan di atas api sehingga naik wap.
2.Kukus selama 20 minit.
Bahan lapisan tengah:
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
2 biji telur ayam
200 ml santan
200 ml air
Sedikit perasa pandan
Pewarna hijau
Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan di atas kecuali cendol.
2.Masak sehingga naik wap.
3.Masukkan cendol dan kukuskan selama 20 minit.
Bahan lapisan atas:
[A]
30 gram gula pasir
100 gram gula merah
1 helai daun pandan
Cara membuat:
1.Masak sehingga gula larut.
[B]
80 gram tepung gandum
10 gram tepung ubi
2 biji telur ayam
250 ml santan
1/2 sudu besar esen vanila
1/4 camca teh garam
Cara membuat:
1.Campur semua bahan dalam satu bekas.
2.Setelah bahan A sejuk, masukkan ke dalam bahan B.
2.Tuang adunan ke atas lapisan cendol dan kukus selama 20 minit.
Daging salai masak lemak cili padi ini memang kegemaran ramai.Daging salainya penuh aroma asap dan dagingnya juga tak kering. Masih lembut di dalam.
Selain rebung, daging Salai ini boleh digabungkan dengan sayuran lain seperti ubi kentang, pisang muda dan sebagainya. Terpulang pada selera masing-masing.
Tak susah pun nak masak daging salai masak lemak cili padi dengan rebung ni. Cubalah.
Cara Membuat Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Rebung:
Mula-mula bersihkan rebung dan rebus kira-kira 10 minit, kemudian tutup api dan toskan. Kemudian kisar bahan-bahan seperti kunyit hidup, cili padi dan cili merah besar hingga hancur.
Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk (tak perlu tumis guna minyak). Masukkan rebung yang sudah direbus. Kacau rata seketika. Tambah sedikit air jika perlu.
Setelah itu, masukkan pula daging salai yang sudah dipotong.
Gaul rata rebung dan daging salai. Kemudian, masukkan air secukupnya untuk kuah. Masak rebung dan daging salai itu lagi.
Setelah itu, masukkan santan pekat dan kacau sebati.
Masukkan pula daun salam, asam gelugur dan kiub ikan bilis. Kacau lagi.
Biarkan kuah masak dan pekat. Tambah garam secukup rasa. Masukkan hirisan daun kunyit. Gaul rata. Perlahankan api, biar ia mereneh seketika.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.