Sedap juga jika ikan talapia digoreng garing dan dituang kuah bersos limau. Rasa masam, masin, manis dan pedas yang mampu membuka selera. Balance semua rasa, lagi-lagi bila dapat isi makan yang segar dan sedap. Jom kita ikut resipi yang dikongsi oleh Marina Ismail. Selamat mencuba!

TALAPIA GARING BERSOS LIMAU

Cara Masak Ikan Talapia Garing Bersos Limau, Sedap Hingga Menjilat Jari

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan talapia
  • 3 biji limau nipis | ambil jusnya – beli online DISINI
  • 3 sudu besar gula – beli online DISINI
  • 3 biji cili padi merah | potong halus
  • 5 biji cili padi merah | potong halus
  • 5 sudu besar sos ikan – beli online DISINI
  • 7 ulas bawang putih | cincang halus – beli online DISINI
  • 2 tangkai daun ketumbar | potong halus
  • Garam | untuk lumur pada ikan

Cara Masak Ikan Talapia Garing Bersos Limau, Sedap Hingga Menjilat Jari

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Basuh ikan bersih-bersih dengan limau nipis. Bau hanyir ikan pasti akan hilang.

2. Lumurkan garam secukupnya pada ikan tadi. Perap seketika, tidak perlu letak kunyit.

3. Goreng ikan sehingga betul-betul garing. Ketepikan.

IKLAN
 

4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Jangan terlalu garing.

 

5. Campurkan sos ikan, gula, jus limau nipis, cili padi dan daun ketumbar. Kacau sebati.

Cara Masak Ikan Talapia Garing Bersos Limau, Sedap Hingga Menjilat Jari

 

6. Masukkan bancuhan ke dalam kuali yang kita tumis bawang putih tadi.

IKLAN

7. Kacau dan rasa. Pastikan cukup rasa masam, manis, masin dan pedas. Apa yang kurang, boleh adjust.

8. Dah cukup rasa, tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi.

9. Sedia untuk dihidangkan.

Cara Masak Ikan Talapia Garing Bersos Limau, Sedap Hingga Menjilat Jari

 

Kredit resipi & foto: Marina Ismail

IKLAN

 

Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Spageti Bolognese Dah Masak, Bakarlah Pulak Memang Berganda Sedapnya

Fettucine Carbonara Mushroom Ringkas, Sosej dan Udang Digril Dulu. Mantaplah Rasanya

Kerabu Maggi, Sedap Untuk Minum Petang

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI