Rupanya tidak susah untuk hasilkan pes inti kacang merah secara homemade. Hanya dengan kombinasi beberapa bahan, anda boleh hasilkan inti kacang merah yang sedap. Bolehlah gunakan untuk buat Pau, Roti Goreng, Roti Bun, Kuih Bom dan bermacam-macam lagi. Tak perlu dah beli inti kacang merah segera. Buat sendiri tentunya lebih sedap, jimat dan boleh kawal kemanisannya. Jadi bagi anda yang nak buat sendiri, resipi perkongsian saudari Marlia Lia ni boleh dicuba.
RESIPI PES INTI KACANG MERAH YANG MUDAH, SEDAP & TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
- 400gm kacang merah – rendam semalaman – beli online disini
- Air secukupnya untuk merebus
- 2 sudu besar marjerin/ mentega – beli online disini
- 4 sudu besar shortening (lemak sayur) – beli online disini
- 1 keping gula nisan (RASA: boleh guna gula melaka) – beli online disini
- Gula pasir (ikut manis masing-masing. Saya guna 1 cawan lebih sikit)
- Sedikit garam
- 2 helai daun pandan – disimpul
CARA MEMASAK:
1.Basuh dan bilas kacang merah yang sudah direndam semalaman. Guna kacang merah yang bulat kecil begini. Bukan kidney beans @ kacang merah yang kita buat ABC.
2.Rebus kacang merah hingga betul-betul empuk dan lembut bersama daun pandan.
3.Tambah air panas beberapa cawan lagi jika kacang masih belum empuk.
4.Apabila kacang sudah empuk, sejukkan seketika sebelum dikisar halus di dalam mesin pengisar.
5.Masak semula kacang yang dikisar tadi bersama gula, marjerin, shortening dan garam. Guna api sederhana dan kerapkan kacau supaya tidak hangus. Masak sehingga likat.
6.Sejukkan inti kacang merah sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.
INFO: Marjerin @ mentega digunakan untuk bagi rasa lemak. Boleh gantikan dengan minyak jagung atau minyak masak. Shortening pula fungsinya untuk jadikan inti kelihatan cantik berkilat.
Kredit resipi & foto: Marlia Lia
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI