Cara Masak Kari Ayam Kampung Stail Nasi Kandar

Share

Suka makan Kari Ayam yang dijual di restoran Nasi Kandar? Saudari Niza Zaini ada kongsikan resipinya. Caranya sangat mudah dan tidak renyah. Selain ayam kampung, boleh juga menggunakan ayam biasa. Cubalah. Hasilnya pasti tidak mengecewakan.

 

RESIPI KARI AYAM KAMPUNG STAIL NASI KANDAR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam kampung – dipotong kecil dan gaul garam kunyit
  • 3 paket kecil serbuk kari daging
  • Sedikit kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji bawang merah besar – hiris
  • 6-7 tangkai cili kering – basuh
  • 3 biji cili hijau – belah 2
  • 2-3 biji ubi kentang – potong kecil
  • 2 biji tomato – belah 4
  • 3-4 ulas bawang putih – kisar
  • 1 inci halia – kisar
  • 1-2 tangkai daun kari
  • Sedikit santan – jika suka
  • Air secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih hingga naik bau.


2. Masukkan bwawang merah, cili kering dan cili hijau. Masak hingga sedikit layu.


3. Seterusnya masukkan daun kari. Gaul sebati hingga wangi.


4. Tambahkan ubi kentang. Kacau seketika.


5. Masukkan ayam yang telah diperap bersama kunyit tadi. Gaul sekali lagi.


6. Kemudian masukkan bawang putih dan halia kisar.


7. Masukkan rempah kari. Elakkan terlalu kacau keran takut bahan-bahan menjadi hancur. Hanya kacau perlahan-lahan sahaja.


8. Masukkan air dengan secukupnya. Perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Biarkan mendidih sehingga ayam dan kentang empuk. Jika suka, boleh tambah sedikit santan. (Resipi asal tidak guna santan)


9. Bila ayam telah lembut dan kentang empuk, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Niza Zaini

Published by
Nur