Cara Masak Kari Ikan Siakap Tanpa Santan Paling Sedap & Mudah.

Share

Sajian kari sememangnya antara menu kegemaran rakyat Malaysia. Namun bagi yang inginkan juadah lebih sihat, boleh juga hasilkan kari tanpa santan. Macam mana tu? Ha…Cubalah resipi Kari Ikan Siakap tanpa santan perkongsian Puan Sabrina Khan ni. Hidangan ni adalah ‘specialty’ beliau kerana suaminya berketurunan India. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.

 

KARI IKAN SIAKAP TANPA SANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap – digoreng dulu separuh masak
  • 2 bungkus kecil rempah kari ikan babas
  • Bendi secukupnya
  • 2 batang serai – dititik (*)
  • 1 inci halia – diketuk tapi jangan lumat sangat (*)
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk (*)
  • 5 ulas bawang merah ditumbuk (*)
  • Daun kari (*)
  • 2 kuntum bunga lawang (*)
  • 2 biii tomato dibelah 4 (*)
  • Sedikit ikan bilis ditumbuk hancur untuk memasinkan kari (*)
  • Air asam jawa secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan-bahan bertanda (*) menggunakan minyak goreng ikan tadi hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air bersama rempah kari. Kacau rata dan biarkanhingga rempah kari betul-betul masak.
  3. Seterusnya barulah dimasukkan ikan, air asam jawa dan bendi. Masak hingga terbit minyak.
  4. Angkat dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

 


INFO RASA: Penggunaan ikan bilis dan asam jawa sudah memberikan rasa pada kari. Jika anda sukakan rasa yang lebih masin, tambah garam ikut citarasa.

Kredit resipi & foto: Puan Sabrina Khan

Published by
Nur