
Jemu asyik masak sambal sardin sahaja. Jom kita cuba masak kari sardin pula. Menariknya resipi kali ini kerana ia tidak menggunakan santan tetapi kuah yang dimasak tetap pekat. Sama macam kat kedai mamak. Sedap sungguh! Jom kita tengok resipi yang dikongsi oleh Hamizah Zakaria. Selamat mencuba.
KARI SARDIN TANPA SANTAN

BAHAN-BAHAN:
- Ikan sardin tin | digoreng
- Serbuk kari ikan – beli online DISINI

BAHAN-BAHAN TUMIS:
- 1 biji bawang besar – beli online DISINI
- 4 ulas bawang putih – beli online DISINI
- Cili besar – beli online DISINI
- 2 tangkai daun kari
- 2 biji bunga lawang – beli online DISINI
- 3 batang bunga cengkih
- Halba – beli online DISINI

BAHAN YANG PERLU DICAMPUR DENGAN AIR:
- 3 sudu besar serbuk cili – beli online DISINI
- 2 sudu kecil serbuk kunyit – beli online DISINI
- 3 sudu besar air asam jawa – beli online DISINI
BAHAN-BAHAN LAIN:

CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan bahan-bahan yang perlu ditumis ke dalam kuali. Masak sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Kemudian, masukkan tomato, lobak merah dan kentang.

3. Bila tomato dah lembik, masukkan serbuk kari ikan. Kacau hingga sebati.

4. Masukkan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air, garam, serbuk perasa dan tunggu sehingga pecah minyak.
5. Tambahkan 2 cawan air dan biarkan ia mendidih seketika.

6. Bila dah mendidih, masukkan ikan sardin yang sudah digoreng.

7. Siap! Sedia untuk dimakan.

Kredit resipi & foto: Hamizah Zakaria
Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cara Masak Ikan Talapia Garing Bersos Limau, Sedap Hingga Menjilat Jari
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!











