Bagi peminat sajian Nasi Kandar, lauk Kari Sotong Mamak ni pastinya menjadi kegemaran. Sedap dan membuka selera. Bagi anda nak cuba masak sajian istimewa ni untuk keluarga tercinta, saudari Rosni Musa ada kongsikan resipinya. Bolehlah cuba. Bila masak sendiri ni tentunya lebih jimat. Malah satu keluarga boleh makan. Memang terbaik!
Siapa kata usia 70 an tak cukup kuat menguli doh roti. Cuba tengok ni hasil roti kampung dengan hanya menguli dengan dua belah tangan tanpa mesin penguli.
.
Jom semak resipi yang dikongsikan oleh Mak Uda Intan , gebunya.
.
ROTI KAMPUNG ,MAK MENTUA
Bahan A
2 sudu teh yis kering (mauripan)
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar tepung gandum
½ cawan air
*Campurkan semua di atas sehingga sebati dan biarkan sehingga saiz berganda, bagi mereka yang dah biasa membuat roti pasti tahu kaedah tanzhong
Bahan B
3/4 cawan gula Kastor
4sudu besar marjerin
**pukul hingga sebati
Bahan C
4 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1 biji telur
.
CARA MEMASAK :
Campurkan A+B+1biji telur+3/4cwn air tadi dan kacau sebati.
Masukkan 4 cawan tepung sikit-sikit dan uli hingga jadi doh lembut.
Sekiranya nak gunakan mixer pun ok, tapi mak mentua uli tangan aje.
Biarkan doh rehat dalam 1 jam dan size jadi double.
Bolehlah bakar adunan roti dengan suhu 180 C selama 30 minit.
.
Permukaan roti boleh sapukan planta dan biarkan sejuk sebelum dimakan
Cuti sekolah ni waktu terbaik nak buat kenduri kendara. Tak kisahlah majlis doa selamat ke, majlis berkhatan ke atau majlis apa pun, lauk kenduri yang sedap pasti jadi bualan.
Orang belah Utara memang terkenal dengan sajian menggunakan rempah ratus yang melazatkan juadah. Ni resepi dari Che Nuri Azmi ,Restoran Sajian Utara, Petaling Jaya mempamerkan kehebatan resipi kenduri dari negeri-negeri belah utara yang juga resipi warisan keluarganya.
Jom salin…
1. KURMA AYAM & TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
5 kg ayam
30 biji telur ayam
3 liter santan
6 biji kentang | belah empat
6 biji bawang | besar belah empat
6 biji tomato | belah 4
12 sudu makan rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak sapi
1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS :
5 batang kulit kayu manis
10 kuntum bunga lawang
15 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN:
20 ulas bawang merah
2 biji bawang putih
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
10sm halia
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak bersama minyak sapi dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan. 2. Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi. 3. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata. 4. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak. 5. Masukkan ayam dan ubi kentang. 6. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut. 7. Masukkan santan dan biarkan mereneh atas api sederhana. 8. Masukkan telur rebus, hirisan bawang dan tomato. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 9. Selepas dua minit, tutup api. 10. Kurma ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Cucuk telur dengan garpu supaya kuah lebih mudah menyerap ke dalam telur. ………….. Saiz hidangan: 60 orang Masa memasak:1 jam Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan :Enak, tidak pedas dan kaya dengan aroma rempah ratus
2. PAJERI NANAS UTARA:
BAHAN-BAHAN:
5 biji nanas | buang kulit dan hiris bulat, celur dan tos
2 liter santan
10 sudu makan remah kari
5 sudu makan kerisik
5 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
3 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
9sm halia muda
30 ulas bawang merah
2 biji bawang putih
5 sudu makan udang kering
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis rempah penumis bersama daun kari hingga wangi. 2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga kekuningan, masukkan pula rempah kari. 3. Kacau rata, selepas timbul minyak santan dan nanas, biarkan kuah mereneh seketika. 4. Masukkan kerisik, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Biarkan kuah mereneh atas api perlahan hingga pekat dan timbul minyak. 6. Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika nanas muda dan masam, semasa celur, tambahkan sedikit gula dan garam. Kemudian tos sebelum dimasak untuk pajeri. …………… Saiz hidangan: 50 orang. Masa memasak:45 minit. Cara memasak : Tumis dan reneh. Jenis masakan : Sayur. Keistimewaan Enak dengan rasa masam manis dan kaya dengan aroma rempah ratus.
3. BATANG KELADI ASAM REBUS:
BAHAN-BAHAN:
20 pokok batang keladi | buang kulit arid an potong 3-4 cm
6-8 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
20 ulas bawang merah
8cm kunyit hidup
1/2 cawan ikan bilis
10 ulas bawang putih
10 biji cili merah
20 biji cili padi
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air dalam periuk, kemudian renehkannya. 2. Celurkan batang keladi 2-3 minit kemudian bilas di bawah air paip mengalir supaya lender dan rasa gatalnya gilang. Ketepikan dan tos. 3. Kemudian masukkan semula dalam periuk tambah air secukupnya dan masukkan bahan kisar serta asam gelugor. 4. Renehkan di atas dapur hingga mendidih, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Setelah batang keladi masak dan cukup rasa. Tutup api. 6. Batang keladi sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Jika suka, anda boleh gunakan cili kering mengantikan cili merah. Boleh juga tambah daun kesum dan bunga kantan jika suka. ………….. Saiz hidangan: 40 orang. Masa memasak:30 minit . Cara memasak : Reneh. Jenis masakan : Sayur. Keistimewaan: Enak dengan rasa kuah masam pedas dan batang keladi yang lembut.
4. DAGING GORENG KUNYIT LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
5 kg daging | rebus
20 batang kacang panjang | potong 3-4cm
10 biji kentang | potong memanjang
5 tangkai cili merah | hiris
4 biji bawang besar hiris
4 sudu makan lada hitam | tumbuk kasar
5 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
5 biji bawang besar
20 ulas bawang putih
9cm halia muda
CARA MEMASAK: 1. Daging yang direbus, dihiris nipis. 2. Gaul daging hirisan daging dengan sedikit garam dan kunyit. Ketepikan. 3. Panaskan, goreng kentang, angkat dan ketepikan. 4. Kemudian goreng daging (jangan terlalu garing) angkat dan tos. 4. Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis. 5. Tumis bahan kisar hingga wangi,, masukkan daging bersama kacang dan hirisan cili. 6. Seterusnya , masukkan sos tiram, lada hitam, garam dan gula secukup rasa. 7. Setelah cukup rasa, angkat sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka anda boleh tambahkan hirisan cili padi untuk rasa lebih pedas. ………….. Saiz hidangan: 50 orang. Masa memasak:1 jam. Cara memasak : Rebus dan tumis. Jenis masakan : Lauk pauk. Keistimewaan: Garing dan sedap.
5. MASAK LEMAK PUCUK MANIS BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN:
5 ikat pucuk manis | ambil daun muda dan pucuk saja
2 biji labu | lebih kurang 3-4 kilo
3 liter santan
1 liter air
1 cawan ikan bilis
20 biji bawang merah | hiris
20 ulas bawang putih | hiris
CARA MEMASAK: 1. Labu buang kulit dan biji, kemudian potong dadu. 2. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan 1 liter air. 3. Apabila labih hampir empuk, masukkan ikan bilis, hirisan bawang merah dan putih. 4. Seterusnya masukkan santan dan daun puncuk manis, biarkan hingga mendidih. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Tutup api, gulai labu sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain pucuk manis, boleh juga guna pucuk turi dan bayam. …………. Saiz hidangan: 40 orang. Masa memasak:30 minit. Cara memasak : Reneh. Jenis masakan :Sayur. Keistimewaan: Enak rasa lemak dan tidak pedas.
Terima kasih : RESTORAN SAJIAN UTARA ,18, Jalan SS 5b/4, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!