Bagi peminat sajian Nasi Kandar, lauk Kari Sotong Mamak ni pastinya menjadi kegemaran. Sedap dan membuka selera. Bagi anda nak cuba masak sajian istimewa ni untuk keluarga tercinta, saudari Rosni Musa ada kongsikan resipinya. Bolehlah cuba. Bila masak sendiri ni tentunya lebih jimat. Malah satu keluarga boleh makan. Memang terbaik!
Anda suka pasta? Jika YA, resipi ini wajib dicuba. Nampak macam hidangan dari restoran kan? Dengan resipi ni anda sendiri boleh masak menu ala restoran di rumah. Mudah dan lebih jimat!
PASTA AGLIO OLIO SALAMI DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm spageti
15 biji bawang putih |dicincang halus
5gm chili flakes
5gm serbuk parsli
60gm minyak zaitun |untuk menumis
30gm serbuk lada hitam
8 keping salami daging
CARA MEMASAK:
Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan spageti dan garam kemudian rebus sehingga lembut.
Tapis dan ketepikan. Ketepikan setengah cawan air rebusan tadi.
Panaskan kuali dan tuang minyak zaitun. Perlahankan api. Tumis bawang putih dan chili flakes sehingga separuh kekuningan.
Masukkan spageti, gaulkan dengan serbuk lada hitam dan daun parsli dan garam. Gaul hingga sebati, tuangkan sedikit air rebusan tadi.
Bakar kepingan salami selama dua hingga empat minit kepingan salami kemudian dihiris panjang.
Matikan api dan sediakan di dalam pinggan kemudian baru dihiaskan dengan kepingan salami daging. Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk mendapatkan rasa yang lebih enak, gunakan minyak zaitun extra virgin oil .
Sesiapa sahaja pasti menggemari resipi yang berkaitan dengan kentang. Apa kata kali ni cuba resipi sambal kentang yang disagat halus dan menghasilkan rasa rangup dan mudah dinikmati bersama dengan nasi, bubur atau ratah sahaja! Memang sesuai di buat stok untuk dimakan pada bulan puasa. Selamat mencuba.
RESIPI SAMBAL KENTANG PEDAS RANGUP
BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang size besar
10 tangkai cili kering (boleh tambah) buang biji dan rebus
8 ulas bawang putih
1 sudu mkn udang kering rendam air panas, bila dah kembang toskan airnya
1 batang serai
5 helai daun limau purut hiris halus
4 sudu mkn gula pasir
Garam
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Kentang disagat halus kemudian basuh hingga air basuhan jernih supaya tak melekat bila digoreng.
Toskan hingga kering.
Panaskan minyak yg banyak hingga betul2 panas kemudian goreng kentang hingga garing keperangan (kacau 2-3 kali). Angkat dan toskan.
Cili kering, bawang putih, udang kering dan serai diblender guna sedikit minyak (JANGAN guna air) kemudian ditumis hingga naik bau.
Masukkan gula dan garam, kecilkan api.
Masak hingga gula larut, masukkan daun limau purut. Kacau hingga sedikit pekat, rasa masinnya klo kurang tambahkan garam. Tutup api dan biarkan sambal sejuk.
Masukkan kentang goreng & bawang goreng dan gaulkan dgn sambal hingga sebati.
Simpan dlm bekas bertutup rapat
NOTA : Boleh tambahkan kacang goreng dan ikan bilis goreng jika suka.
Ni dia resipi dan gaya donut ala Perancis. Resipi ori dari Chef Frederic Oger yang berasal dari Perancis, kini sudah berumahtangga dengan rakyat Malaysia serta menetap di sini. Beliau adalah pemilik Pastry Institute of St Honore, di Taman Tun Dr Ismail. Variasi donutnya sungguh mempesona dan memikat selera.
Himpunan donut berwarna serta lembut gebu ini juga cukup membuatkan sesiapa yang melihat pasti terliur. Kalau nak tahu kelazatannya bolehlah mencuba resipi Chef tersohor ini.
GREEN TEA CHOCOLATE DOUGHNUT
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
250gm tepung rose @ tepung gandum
5gm yis kering
30gm mentega cair
25gm gula aising
125ml susu
60gm kuning telur
2 gm garam
Bahan inti :
50gm coklat gelap 54% * kandungan koko/coklat
5gm serbuk teh hijau
100gm krim
CARA MEMASAK : Cara buat doh :
Masukkan tepung, garam, yis, gula dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
Kemudian masukkan susu dan kuning telur, sedikit demi sedikit
Ulikan doh hingga tidak melekat di tepi mangkuk dan boleh meregang
Bentukkan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda selama sejam.
Ambil doh tumbuk untuk keluarkan angin, dan bulatkan bentuk donut masukkan inti,
Kemudian biarkan selama 20 minit, untuk proses gebukan donut.
Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga keperangan dengan api yang sederhana.
Toskan dan biarkan sejuk sebelum meletakkan /menaburkan bahan topping di atasnya di atasnya.
Cara masak inti :
Didihkan krim bersama serbuk teh hijau, di dalam satu mangkuk
Tutupkan api dan tuangkan coklat
Kacau hingga sebati
Saiz hidangan : 15 keping, 33gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donat
Keistimewaan : Teh hijau memberikan rasa yang sungguh nyaman Anggaran kos : RM 20-RM 30
Info Chef : Untuk rasa yang lebih asli anda bolej memasukkan sedikit serbuk teh hijau ke dalam adunan doh donat.
STRAWBERRY ROSE JAM DOUGHNUT
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
250gm tepung rose @ tepung gandum
5gm yis kering
30gm mentega cair
25gm gula aising
125ml susu
60gm kuning telur
2 gm garam
Bahan inti :
125gm puri strawberi
40gm gula
2gm esen ros
3gm pectin
CARA MEMASAK : Cara buat doh :
Masukkan tepung, garam, yis, gula dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
Kemudian masukkan susu dan kuning telur, sedikit demi sedikit
Ulikan doh hingga tidak melekat di tepi mangkuk dan boleh meregang
Bentukkan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda selama sejam.
Ambil doh tumbuk untuk keluarkan angin, dan bulatkan bentuk donut masukkan inti,
Kemudian biarkan selama 20 minit, untuk proses gebukan donut.
Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga keperangan dengan api yang sederhana.
Toskan dan biarkan sejuk sebelum mencelupkan permukaan donat di atas inti strawberi yang sudah dimasak tadi.
Cara masak inti :
Campurkan dan satukan gula dan pectin
Kemudian masukkan puri dan esen
Didihkan hingga suhu 106 darjah Celcius.
Saiz hidangan : 15 keping, 33 gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donut
Keistimewaan : Kaya dengan rasa strawberi yang lazat.
Anggaran kos : RM 20-30
Info Chef : Pektin adalah bahan pemekat jam (ejen ‘gelling’). Mengurangkan waktu memasak.
TWIST DOUGHNUT WITH SESAME ALMOND TOPPING
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
250gm tepung rose @ tepung gandum
5gm yis kering
30gm mentega cair
25gm gula aising
125ml susu
60gm kuning telur
2 gm garam
Bahan ‘topping’:
125gm coklat putih | dicairkan
40gm bijan putih
CARA MEMASAK : Cara buat doh :
Masukkan tepung, garam, yis, gula dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
Kemudian masukkan susu dan kuning telur, sedikit demi sedikit
Ulikan doh hingga tidak melekat di tepi mangkuk dan boleh meregang
Bentukkan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda selama sejam.
Ambil doh tumbuk untuk keluarkan angin, dan bulatkan bentuk donut masukkan inti,
Kemudian biarkan selama 20 minit, untuk proses gebukan donut.
Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga keperangan dengan api yang sederhana.
Toskan dan biarkan sejuk sebelum mencelupkan permukaan donat di atas coklat putih dan taburkan bijan putih.
Saiz hidangan : 15 keping, 33 gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donut
Keistimewaan : Rangup dengan taburan bijan yang lemak.
Anggaran kos : RM 20-30
Info Chef : Untuk lebih rasa bijan anda boleh menaburkan sedikit bijan ke dalam adunan doh.
DOUGHNUT WITH MANGO FILLING & COCONUT TOPPING
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
250gm tepung rose @ tepung gandum
5gm yis kering
30gm mentega cair
25gm gula aising
125ml susu
60gm kuning telur
2 gm garam
Bahan inti manga :
125gm puri manga
40gm gula
3gm pectin
Bahan topping :
Kelapa parut kering secukupnya
(Boleh disangai jika suka)
CARA MEMASAK : Cara buat doh :
Masukkan tepung, garam, yis, gula dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
Kemudian masukkan susu dan kuning telur, sedikit demi sedikit
Ulikan doh hingga tidak melekat di tepi mangkuk dan boleh meregang
Bentukkan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda selama sejam.
Ambil doh tumbuk untuk keluarkan angin, dan bulatkan bentuk donut masukkan inti,
Kemudian biarkan selama 20 minit, untuk proses gebukan donut.
Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga keperangan dengan api yang sederhana.
Toskan dan biarkan sejuk sebelum menaburkan atau menekap permukaan donat di atas kelapa parut kering.
Cara buat inti mangga :
Campurkkan gula dengan pectin
Kemudian masukkan puri mangga
Didihkan sehingga suhu 106 darjah Celcius
Saiz hidangan : 15 keping, 33 gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donut
Keistimewaan : Gabungan rasa mangga dan coklat yang sungguh nikmat.
Anggaran kos : RM 20-30
INFO CHEF : Anda boleh juga memasukkan potongan dadu kecil mangga untuk rasa manga yang lebih sedap.
COFFEE CRUMBLE DOUGHNUT
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
250gm tepung rose @ tepung gandum
5gm yis kering
30gm mentega cair
25gm gula aising
125ml susu
60gm kuning telur
2 gm garam
Bahan ‘topping’:
50gm gula
50gm tepung gandum
50gm mentega
1 gm serbuk kopi Nescafe
CARA MEMASAK : Cara buat doh :
Masukkan tepung, garam, yis, gula dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
Kemudian masukkan susu dan kuning telur, sedikit demi sedikit
Ulikan doh hingga tidak melekat di tepi mangkuk dan boleh meregang
Bentukkan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda selama sejam.
Ambil doh tumbuk untuk keluarkan angin, dan bulatkan bentuk donut masukkan inti,
Kemudian biarkan selama 20 minit, untuk proses gebukan donut.
Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga keperangan dengan api yang sederhana.
Toskan dan biarkan sejuk sebelum menaburkan atau menekap permukaan donat di atas campuran bahan topping.
Cara buat topping :
Campurkan kesemua bahan-bahan topping hingga membentuk tekstur yang diinginkan (usah terlalu halus)
Saiz hidangan : 15 keping, 33 gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donut
Keistimewaan : Berperasa kopi dengan aroma yang sungguh memikat selera.
Anggaran kos : RM 20-30
Info Chef : Anda boleh memasukkan serbuk kopi sedikit untuk rasa kopi yang lebih ‘kuat’
RESIPI : CHEF FREDERIC OGER
Terima kasih : PASTRY INSTITUTE OF ST HONORE, TTDI Plaza, A1-11, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...