Resipi makan malam yang paling mudah, ringkas dan mengenyangkan perkongsian dari saudari Cik Pooja. Kalau sesiapa suka makan bihun PAMA, ha…resipi ni rasa dia memang hampir sama. Buat sendiri barulah boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!
BIHUN SUP ALA PAMA ( sukatan 2 orang makan)
BAHAN UTAMA:
- 2 ulas bawang putih – ditumbuk
- 2 ketul kiub pati ayam
- 1 sudu teh lada sulah (lada putih)
- Sedikit daun sup dan daun bawang
- Bihun secukupnya
- 1 liter air
BAHAN LAIN:
- Secubit garam – jika perlu
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga kiub pati ayam larut.
3. Bila kuah dah mendidih, masukkan bihun. Renehkan hingga bihun masak sempurna.
4. Rasa kuah dan jika kurang masin, tambah sedikit garam.
5. Siap dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
- Serbuk lada sulah / lada putih amat penting dalam resipi ini kerana bahan ini yang membuatkan sup jadi lebih sedap dan wangi.
- Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili.
- Untuk lebih sedap, boleh juga tambah isi ayam atau lobak merah yang dipotong dadu.
Kredit resipi & foto: Cik Pooja
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lagman, Resipi Mi Unik Masyarakat Asia Tengah
Nama masakan ini ialah Lagman, yang dikatakan berasal dari Uighyur. Rupanya seperti menu spaghetti atau mi tarik yang dihiasi dengan daging hancur dan juga sayuran.
Menurut perkongsian daripada saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan, dia pertama kali merasa makan hidangan ini ketika belajar di Rusia.
Jika disusuri asal-usulnya, kebanyakan sumber mengatakan ia berasal dari Uighyur.
Masakan ni mungkin berasal dari perkataan China, lamian, iaitu mi tarik. Sekarang ia popular di negara-negara Asia Tengah.
RESIPI CARA BUAT LAGMAN
BAHAN-BAHAN: (UNTUK 2-3 ORANG)
300g daging
½ paket spageti (atau mi tarik)
1 batang lobak merah – beli online di sini
½ biji kentang – beli online di sini
½ biji lada Belanda (capsicum)
½ biji bawang Holland – beli online di sini
1 batang saderi
3 ulas bawang putih – beli online di sini
1 sudu besar pes tomato
1 tangkai daun ketumbar
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis – beli online di sini
Garam secukup rasa
TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk
TONTON Istimewa Rasa 20 Tahun: 20 Petua Mudahkan Tugas Di Dapur
CARA-CARA:
1. Mula-mula, potong dadu lobak merah, kentang, capsicum, bawang Holland dan saderi. Cincang bawang putih. Potong daging dalam bentuk kiub.
2. Biji ketumbar dan jintan manis ditumbuk, dan kemudian letak garam. Ini bahan perencah untuk perap daging. Jika suka lada hitam, boleh letak sekali.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Lesung batu saya agak besar, jadi saya gaul daging dengan rempah tadi di dalamnya. Perap selama 10-20 minit, sambil tu rebus spageti.
4. Selepas perap, kita goreng kiub daging. Bau dia, memang semerbak. Orang Rusia gemar goreng dulu daging sebelum reneh. Ia menjadikan makanan mempunyai rasa lebih padu.
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]
5. Selepas daging dah nampak perang, tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga layu.
6. Kemudian masukkan semua bahan yang telah kita dadukan tadi. Goreng kilas sehingga semuanya kelihatan empuk.
7. Untuk tambah umami, orang Uighyur tak ada belacan, jadi mereka gunakan tomato. Boleh gunakan tomato segar atau pes/puri tomato. Tomato ada banyak kandungan glutamat. Ini adalah penambah rasa yang semulajadi.
8. Goreng kilas sehingga jadi seperti ini. Nampak tak pati yang telah kering di dinding periuk? Pastikan ada benda itu. Itu semua penting untuk memastikan kuah lagman ni sedap. Lepas tu tambah air dalam 500-750ml.
9. Reneh selama 30-60 minit. Bergantung kepada daging yang anda guna. Kalau daging batang pinang, cepatlah empuk. Jika bahagian lain, mungkin lama sedikit. Nak guna periuk tekanan pun boleh.
10. Masakan ni tak pedas. Tapi kalau nak pedas, ia sesuai dipadankan dengan adzhika. Ini sambal orang Rusia. Cara buat dia, tumbuk cili merah, biji ketumbar, biji halba, dan daun ketumbar. Tambah garam. Itu je.
11. Okay, kita hidang macam ni. Kuah dia ada rasa rebusan daging, masam tomato, kemanisan lobak serta saderi, dan lemak kentang. Rempah ketumbar tadi tu menaikkan rasa. Adzhika tu beri “kick” kepedasan.
Kredit resipi: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Suka Makan Ayam Pencen? Ini Resipi Mudah Rendang Cili Api Ayam Salai
Masak Kuah Mee Udang Penang Mari Ikut Resipi Mak. Sedap Tak Terkata!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Makan Satu Dah Kenyang. Resipi Mi Gulung Sedap Untuk Makan Malam
Pernah cuba hidangan Mi Gulung? Sedap tau menu ni. Mi yang dibalut bersama telur dan dimakan bersama kuah berperisa. Ada isi ayam, daging dan aneka makanan laut. Memang berselera dan tak jemu. Jom cuba masak Mi Gulung untuk makan malam hari ni. Sesuai dijadikan menu untuk seisi keluarga. Saudari Nadia Muharam ada kongsikan resipinya.
RESEPI MI GULUNG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN (Untuk 2-3 orang makan):
Mi kuning
Daun bawang – cincang
2 biji telur
1/2 biji bawang besar – potong dadu
Bawang goreng – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Basuh atau celur mi kuning
2. Pecahkan sebiji telur pukul sekali dengan daun bawang cincang dan juga bawang besar yng telah dipotong dadu. Jumlahnya agak-agak dengan selera.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali/pan, tuang bancuhan telur tadi buat macam telur dadar.
4. Susun mi secara memanjang kemudian gulungkan.
4. Dah siap, letak Mi Gulung di atas pinggan kemudian tuangkan kuah. Tabur sedikit bawang goreng. Siap!
BAHAN KUAH:
Isi ayam/daging/sotong/udang
4 biji cili padi
3 biji bawang merah – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
2 sudu makan sos tiram/sos seafood – beli online disini
1 sudu makan sos ikan – beli online disini
1 sudu teh garam (tidak letak pun tak apa kerana sos ikan sudah rasa masin)
2 cawan air
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah) – beli online disini
1/2 kiub pati daging (jika tiada, abaikan) – beli online disini
Sayur secukupnya (lobak merah/kubis bunga@kubis/saderi
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga halus.
2. Panaskan kuali, letak sedikit minyak masak. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan bahan mentah seperti ayam/daging/udang/sotong. Kacau rata.
4. Bila sudah naik bau bahan tumis tu, masukkan sos tiram @ sos seafood.
5. Seterusnya masukkan air, sos ikan dan juga garam jika perlu. Rasa terlebih dahulu sebelum letak garam.
6. Masukkan hirisan sayur-sayuran dengan secukupnya.
7. Bila sayur kelihatan lembut, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sebati dan padamkan api.
8. Tuang kuah pada Mi Gulung yang siap dimasak tadi.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nadia Muharam
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sambal Kicap Sedap Cara Orang Johor. Simpan 2-3 Bulan Tetap Elok
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak
Terasa nak makan menu ala barat hari ni? Haa boleh buat Pasta Goreng Cili Padi Berkeju yang cukup mudah. Kalau anda suka pedas, hidangan ini memang sesuai untuk anda. Gabungan keju serta cili padi yang memikat selera. Nak lebih istimewa, pastikan anda gunakan Perfect Italiano Mozzarella dan Perfect Italiano Perfect Melt untuk regangan yang sempurna serta menaikkan rasa hidangan anda. Percayalah, hidangan ini akan buat anda tambah berpinggan-pinggan. Jom cuba.
PASTA GORENG CILI PADI BERKEJU
Bahan-bahan:
- 150gram spaghetti – celur hingga al-dente & toskan
- 150gram Perfect Italiano Perfect Melt & Perfect Italiano Mozzarella
- 8 biji cili padi – hiris
- 5 ulas bawang putih – hiris
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1 tangkai daun kari
- 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
- Ikan bilis goreng secukupnya
- Garam secukupnya
- Cincangan daun bawang secukupnya
Cara Memasak:
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili padi dan daun kari. Tumis lagi.
- Masukkan spaghetti yang telah dicelur, gaul rata.
- Tambah serbuk pati ikan bilis dan garam secukupnya.
- Masukkan Perfect Italiano Perfect Melt & Perfect Italiano Mozzarella lalu gaul sebati.
- Tuang spaghetti dalam pinggan. Tabur ikan bilis dan hirisan bawang goreng secukupnya. Hidangkan segera.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official