Cara Masak Kuah Bihun Sup Tumis Paling Sedap Di Dunia Hanya Guna Serbuk Lada Sulah.

Share

Resipi makan malam yang paling mudah, ringkas dan mengenyangkan perkongsian dari saudari Cik Pooja. Kalau sesiapa suka makan bihun PAMA, ha…resipi ni rasa dia memang hampir sama. Buat sendiri barulah boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!

BIHUN SUP ALA PAMA ( sukatan 2 orang makan)

BAHAN UTAMA:

  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu teh lada sulah (lada putih)
  • Sedikit daun sup dan daun bawang
  • Bihun secukupnya
  • 1 liter air

BAHAN LAIN:

  • Secubit garam – jika perlu
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.

2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga kiub pati ayam larut.

3. Bila kuah dah mendidih, masukkan bihun. Renehkan hingga bihun masak sempurna.

4. Rasa kuah dan jika kurang masin, tambah sedikit garam.

5. Siap dan sedia untuk dinikmati.

 

INFO:

  1. Serbuk lada sulah / lada putih amat penting dalam resipi ini kerana bahan ini yang membuatkan sup jadi lebih sedap dan wangi.
  2. Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili.
  3. Untuk lebih sedap, boleh juga tambah isi ayam atau lobak merah yang dipotong dadu.

Kredit resipi & foto: Cik Pooja

Published by
Nur