Cara Masak Kuah Ikan 3 Rasa Yang Sedap Tanpa Guna Sos Segera

Share

Ikan bawal, siakap atau apa-apa sahaja ikan saiz besar, memang sedap kalau dimasak 3 rasa. Kombinasi rasa pedas, masam & manis menjadikan hidangan jadi lebih enak dan tidak muak. Kalau makan di kedai, memang mahal. Jadi meh cuba buat sendiri kuah Ikan 3 Rasa perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni. Tak perlu pun beli sos ‘ready-made’. Rasa lebih sedap & boleh jimat banyak.

 

RESIPI IKAN BAWAL 3 RASA YANG SEDAP & MUDAH MASAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan bawal – boleh gantikan dengan ikan lain
  • Garam beli online DISINI

BAHAN KUAH:

  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • Sos cili beli online DISINI
  • Sos tomato beli online DISINI
  • Sos tiram beli online DISINI
  • Sos ikan beli online DISINI
  • Jus limau
  • 2-3 ulas bawang putih beli online DISINI
  • 1 biji bawang besar @ bawang holland – potong dadu beli online DISINI
  • 1/4 biji nanas segar – potong dadu ( jika kecil, guna 1/2 biji)
  • 1 biji tomato – potong dadu beli online DISINI
  • 10 biji cili padi – potong beli online DISINI
  • 1 batang serai – hiris beli online DISINI
  • Daun ketumbar – hiasan
  • Sedikit air
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ikan bawal. Lumur garam dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Untuk membuat sos, panaskan minyak tapi jangan terlalu banyak.

3. Tumis bawang putih, cili kering dan semua sos diatas. Sukatan sos agak-agak sahaja ikut cita rasa masing-masing.

4. Bila sos kelihatan masak sempurna, masukkan sedikit air dan jus limau. Gaul rata.

5. Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa mengikut selera masing-masing.

6. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, nanas, cili api dan serai. Masak lagi selama beberapa minit.

 

7. Tuang kuah ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar. Sedia untuk dinikmati.

INFO: Sebaiknya guna nanas segar kerana ia akan menjadikan rasa sos lebih sedap dan beraroma.

 

Kredit resipi & foto: Suisan Aliezsha

 

Nak goreng ikan tanpa minyak? Masaklah guna AIR FRYER. Boleh pilih DISINI. Macam-macam saiz ada.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur