Sedapnya Kuah Kacang Daging ni. Sesuai dihidangkan buat tetamu di hari raya. Kalau nak tahu, resipi Kuah Kacang Daging ni mudah dan cepat disediakan. Memang sedap dinikmati bersama nasi impit dan juga sate. Hirisan daging dalam kuah, menaikkan lagi keenakkan dan rasanya. Jom cuba. Anda pasti puas hati.

 

CARA MASAK KUAH KACANG DAGING

Cara Masak Kuah Kacang Daging Paling Sedap & Mudah Buat.
10155460144838739

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 500gm kacang tanah tumbuk segera | boleh diperolehi di pasaraya utama
  • 150gm daging | hiris nipis
  • 200ml santan
  • 200ml air
  • 4 sudu makan pes cili
  • Satu sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2cm lengkuas
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

 1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.

Cara Masak Kuah Kacang Daging Paling Sedap & Mudah Buat.2. Masukkan pes cili, kacau rata hingga pecah minyak.

Cara Masak Kuah Kacang Daging Paling Sedap & Mudah Buat.

Ads

 3. Masukkan pula daging, kacau rata.

Cara Masak Kuah Kacang Daging Paling Sedap & Mudah Buat.
4. Seterusnya masukkan kacang kisar, diikuti air.

Cara Masak Kuah Kacang Daging Paling Sedap & Mudah Buat. 5. Kacau rata hingga mendidih.

Ads

 6. Tambahkan santan, air asam jawa garam dan gula secukupnya.

Cara Masak Kuah Kacang Daging Paling Sedap & Mudah Buat.
7. Kacau hingga kuah pekat dan pecah minyak.

 

https://youtu.be/B6z9SOWV82U

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI