Sedapnya Kuah Kacangni. Walaupun simple je tapi nampak sangat mengiurkan. Selain dinikmati di musim perayaan, ia juga sesuai dijadikan sajian harian. Makan dengan nasi impit di waktu pagi atau nikmati bersama sate untuk makan malam, memang enak. Bagi ibu yang sibuk resipi sedap yang mudah dimasak tentunya jadi pilihan. Nak cuba? Saudara Abdul Razak Abdul Rahim ada kongsikan resipi Kuah Kacamg paling ringkas yang boleh kita masak untuk keluarga.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan goreng kacang hingga masak. Angkat, toskan minyak dan sejukkan seketika. Kemudian kisar kering.
Ads
2. Panaskan minyak dengan secukupnya. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak. 3. Masukkan asam jawa adabi tanpa biji. Masukkan sedikit demi sedikit bagi mengelakkan kuah kacang terlalu masam. 4. Seterusnya masukkan kacang tanah goreng yang telah dikisar kering. Jika tidak pekat, boleh lebihkan kacang.
5. Kemudian masukkan gula melaka @ gula biasa dan garam mengikut selera. Kuah kacang sedap kalau manis.
6. Masukkan sedikit santan untuk rasa yang lebih sedap. 7. Teruskan memasak hingga kuah kacang pecah minyak sekali lagi.
8. Kuah kacang siap untuk dinikmati bersama nasi impit atau apa sahaja mengikut selera anda.
Ads
INFO:
Kuah boleh dibuat awal. Makin lama dipanaskan, lebih sedap rasanya.
Ada yang suka tambah udang kering. Boleh letak ikut selera masing-masing.
1. Bancuhan seperti buat onde-onde atau buah melaka. Campurkan bahan kering bersama. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. 2. Uli sehingga doh tak melekat lagi di tangan. Kemudian, ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti. Bulat-bulatkan, kemudian golekkan ke dalam bekas yang berisi bijan.
* Cara saya, selepas siap letak inti, buat 10 biji golek dalam bekas besar. Kemudian kita golek pulak guna dua tapak tangan. Buat yang lain pula sampai habis, letak dalam peti sejuk, kemudian baru goreng. *Inti kacang merah, saya masak guna periuk noxxa. Kacang saya tak rendam, cuma letak air lebih sikit pada kacang. Bila dah siap rebus, kemudian kisar guna alat pengisar. Selepas itu, masukkan gula dan garam. Kacau sekejap. Kemudian, masak lagi di dalam periuk noxxa.
Yeayyy…sekarang durian tengah musim ni. Kalau ada durian berbaki atau buah yang tak sempurna, isinya jangan dibuang tau. Boleh buat lempuk durian.
Bila musim durian ni bermacam juadah berasaskan durian yang boleh dibuat.Lempuk ni ramuannya mudah sangat, isi durian tu dimasak bersama gula atau nisan sehingga sebati. Ada juga yang memasukkan sedikit santan, kalau tak ada pun tak apa. Ada juga yang sila menggunakan gula melaka atau gula kerek, pokoknya masak hingga pekat dan kerap kacau.
Lempuk yang sempurna dimasak, (agak kering) boleh disimpan agak lama. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau bersama roti.
LEMPUK HOMEMADE
.
BAHAN-BAHAN:
.
15 biji durian – ambil isinya sahaja
Gula secukup rasa – agak2 ikut manis yg kita nak
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kedua2 bhn kedalam kuali dan kacau dgn api perlahan. 2. Sentiasa kacau ye, kalau tak nnt dia hangit kat bahagian bawah tu.
.
3. Kacau hingga durian dah bertukar warna kecoklatan dan likat, maknanya berat bila dikacau..
4. Bubuh dalam bekas dan sejukkan..
5. Lempuk ni akan tahan lebih lama kalau simpan dlm freezer..
Tak dinafikan setiap negeri ada keistimewaan masakan popular tersendiri. Bagi negeri Kelantan, gulai adalah juadah istimewa yang ada dalam senarai menu makanan di sana.
Bagi orang Kelantan, gulai dan kari adalah dua menu yang berbeza. Untuk dapatkan hasil gulai yang cantik, ada pelbagai tips dan petua yang diamalkan orang dulu-dulu.
Menerusi perkongsian daripada cikgu Afy AL Habibi, dia menggunakan ilmu masakan yang ada dan juga diwarisi daripada ibunya.
Menyimpan hasrat agar resipi ini terus terpelihara dan dapat dipanjangkan kepada generasi akan datang, cikgu Afy berkongsi 7 tips awal untuk menggulai ayam. Kena ikut betul-betul untuk hasil akhir gulai ayam yang menjadi luar biasa kesedapannya.
TIPS PERTAMA Sediakan bahan kisar seperti dalam gambar. Resipi untuk 2 ekor ayam:
TIPS KEDUA Panaskan minyak secukupnya. Tumis terlebih dahulu 4 sekawan. Lagi satu boleh tambah bunga daun kaduk.
TIPS KETIGA Pastikan bahan yang dikisar ditumis sehingga naik bau. Barulah cikgu masukkan 1/2 sudu besar cili kisar sendiri.
TIPS KEEMPAT Tips paling penting; untuk mendapatkan rasa gulai kari Kelantan, gunakan serbuk rempah kari timbang dari sana. Masukkan 7 sudu besar. Tumis dalam api paling perlahan.
TIPS KELIMA Masa ni kena tumis betul-betul. Barulah rempah wangi dan tahan lama. Biarkan rempah garing sehingga terbit sedikit minyak. Guna api paling perlahan ya.
TIPS KEENAM Selepas rempah garing, masukkan 2 ½ cawan air. Kemudian perasakan dengan nise kampung. Kebanyakan penjual nasi atau orang Kelantan rata-ratanya akan masukkan nise sebagai tambahan pemanis dan penyedap rasa. Masukkan pula 1 ½ sudu besar garam bukit sebagai perasa peringkat pertama.
TIPS KETUJUH Renehkan pes seperti dalam gambar selepas ditambahkan air asam jawa sebanyak 1 gelas besar. (1 gelas air + 1 sudu teh asam jawa). Jika betul tumisannya, pes gulai ayam menjadi wangi semerbak dan lambat basi gulainya.
RESIPI GULAI AYAM KELATE SPECIAL
(untuk kuantiti 6-7 ketul ayam)
BAHAN KISAR:
2 biji bawang merah saiz bola pingpong 1 ulas bawang putih saiz kecil 3 hiris nipis serai 1/2 hiris nipis lengkuas 1/2 hiris nipis halia 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan. Kemudian tuang bahan kisar tadi.
2. Selepas tumisan bawang naik bau, masukkan 1/2 sudu besar cili kisar.
3. Sediakan campuran rempah gulai yang menjadi rahsia gulai ayam lebih sedap. Masukkan ke dalam periuk. Gunakan api perlahan. Kacau sehingga terbit sedikit minyak.
4. Barulah masukkan 1 cawan air. Kemudian, masukkan perasa peringkat pertama (nise, garam, perasa). Kacau rata. Tutup seketika periuk. Biarkan pes pecah minyak begini kira-kira 3-5 minit dalam api perlahan.
5. Susun ayam yang telah dikelar dan balik-balikkan bersama pes tadi. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh dalam api perlahan. Air akan keluar dari proses kecutan ayam. Proses ini disebut ‘palo awah’ dalam bahasa Kelantan.
6. Disebabkan saya masukkan sekali kaki ayam, maka proses mereneh jadi lama. Air akan mengering sebelum kaki ayam empuk. Maka tambahan secawan air ditambah untuk memastikan kaki ayam empuk dengan baik.
7. Boleh tengok isi pada kaki ayam sedikit lekang. Barulah boleh tambah santan. Masukkan sedikit air untuk menghasilkan kepekatan kuah yang cantik.
8. Jangan lupa masukkan sedikit kerisik untuk menambahkan lagi kesedapan gulai. Perasakan buat kali kedua; garam, gula yang disesuaikan kuantiti mengikut citarasa sendiri.
9. Biar kuah masak sehingga mendidih beberapa kali dalam api perlahan sebelum ditutup apinya. Siap.
10. Nanti makanlah nasi bungkus buat macam ni. Ada sayur taugeh, sambal lada jantan, daging goreng sekali. Perghhh. Sedapnya memang sampai ke bulan. Selamat mencuba.